25 December 2011

Malam Pertama

Ini pix aku sedang bjoget atas pentas tu. Haha.

If you"re ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag....Wah, begitu mendalam maksudkan nya. Salute. Suka.






Boleh letak tajuk kontroversi mcm tu. Haha. Ok ini memang pix mlm pertama aku join Ultras Malaya kat Stadium Nasional Bukit Jalil pd 15/12/2010. Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010. Malaysia vs Vietnam Hanjing. Kita menang 2-0. ;p.Ni semua tgh chant kat luar stadium meraikan kemenangan tu, mmg bpeluh ketiak tp puas...








Aku terjoin UM nie secara tak sengaja. Malam sebelum games tu, aku tgk status FB kawan aku -Wan Warga. Nampak dia upload pix dlm keretapi menuju ke KL bsama2 dgn 10 org kawan. Tujuan nk tgk games tu ah. Aku tgk mcm best ja. Bawak gendang, banner dan segala bagai. Then, aku mesej dia kata nak join. Dia suruh tgu kat medan selera bhampiran dgn stadium.








Then apa yg mengejutkan, ada ramai lagi rupanya. Bila sampai di stadium, Wan and the geng bgabung dgn satu lagi kump besar, mcm2 negeri ada. Aku tak taw apa pon, layan ja.Nampak hapening. Then depa pegi dekat pentas, menyanyi ramai2.Woww.best. Layan.


























17 December 2011

Penang

Pulau Pinang
===========


Balik lagi ke Penang. Haha. Ni post ke-2 psal aku dpt tukar ke negeri pemerintahan Lim Guan Eng ni. Macam2 perasaan yg aku rasa. Suka, bersyukur, excited, best, risau, takut, malas dan semua ada.Huh.

Di Penang lah aku mula tulis blog ni. Back to Penang is hermmm form me actually. Aku dah duduk sini pd 2006 till 2009 ari tu of coz sb aku stdy kat USM. Best gak masa tu lebih2 as a student, cuma time tu setiap hujung semester ada masalah kekurangan duit coz PTPTN hampir habis...haha.

Tapi kali ini berbeza, aku dah ada gaji sebab dah keja. hehe. Actuallly nothing much different when i back to Penang this time. It will take two or three month to changed my life.

13 December 2011

Saya Obesiti...

Gemuk???

Alamak ramainya tegoq pasal badan aku yg semakin kembang.

Nak wat mcm mana, selera makan membuak2 sejak lepas raya ari tu.. Demm...Ya saya makan byk dan akan terus makan. Dulu seluar saiz 35 but nowadays 35...Demmm lagi....

Takkan nak buat kempen katakan tidak pada nasik?? Ari tu dah buat 22 hari, tapi xturun pon. Puncanya xmakan nasik tp aku sebat bihun, koteow goreng yg bkolestorol tu.. Ayoooo.

Kali ni kena cuba, sebab aku plan by the time aku mdarat di Penang, berat badan aku kurang 7 kilogram. Sekarang bapa? Aku rasa dah 80 lebih kot..

Jadi misinya sekarang, berusaha sedaya upaya utk turunkan berat badan menjadi 77 atau 77 kilo..Pasti boleh..

09 December 2011

Kesilapan dan Ombak Rindu....Pit Firdaus Sila Jaga Kesihatan Anda Okay..Kurangkan merokok dan minum ayaq suam byk sikit.







Buat julung kali nya aku tempek gambaq artis kat blog aku yg x seberapa ni... Eh bukan julung kali la. Sebelum ni ada Fara Fauzana Kot Kalau Tak Silap.


Bila kerap melakukan kesilapan dlm hidup ni (lebih keji, kesilapan berulang2)...mesti ada sesuatu yg tak kena dan harus diperbetulkan seberapa segera...


Kenapa berulang2 buat silap yang sama. Berubahlah selagi ada masa... Ingat tu!


Apa berlaku sekarang ni. Yang terhangat di negara? Ombak Rindu? Hahaha..


Yalah hangat jugak sebab dalam masa pat ari, RM4 juta tiket terjual. Cayalah. Aku tgk 2 kali. Kali pertama tgk kat The Mines. Tapi x leh nak hayati sgt sb ada 6 org pompuan (depa ni 1 group) dok pot pet bla bla blah dr awal smpai habes. Ada ja benda nak komen.


Ayooo fakkk off lah. Ok fine, kalau anda memang dah baca novel tu berkali-kali pon, xyah la nak melalak kuat2 dlm cinema tu, nak baca setiap diorang yg kuaq, kononnya tahu apa berlaku lah. Wat the fish la wey. Diam2 sudah. Respect la sama kt org lain yg tak tahu apa. Depa byr gak duit tiket kot.


Then a fews day lepas tu, aku p tgk lagi. Kali nie p sorang. Haha.Ok alhamdulillah aku dpt kumpulan penonton yg reti bahasa dan tahu etika menonton wayang. So mmg layan.


Aku penah baca novel nie, lima nam taon lepas. Haha. ( Membaca Jambatan Ilmu =p)..Masa tu aku baca novel nie, buat mcm tgk drama bersiri yg panjang. Aku jenis baca sikit. Satu hari aku baca sekitar 40-60 muka surat ja. Sudah lah tu.


Masa tu, aku terbayang satu watak ni. Bukan Izzah, bukan Haris tapi Mila. Haha. Akhirnya Lisa Suriyani yg menjelmakan Mila.


Mantap ka? Boleh tahan bagusnya walaupun x sempurna mcm dlm novel. Aaron Aziz tu bagi lakonan yg sgt jujur. Pat lima scene aku tgk ayaq mata dia kuaq.


Maya Karin?? Aku rasa nie persembahan terbaik dia. Mantap syeh. Lisa Surihani? Pon bagus walau pon xsempurna acting nya.


Haha. Kritik memang senang dan aku buktikan di sini buttttt at least aku p tgk dua kali.


Moral post hari nie?




1) Kalo p tgk wayang, hampa taw apa yg berlaku dan kalo hampa penulis skrip sekalipon, tolong senyap weh aka etika menonton wayang.


2) Sokonglah filem2 Melayu yg anda rasa best dan nak tgk ok dismping kita dok tgk filem2 Hollywood.

02 December 2011

Jangan Paksa..

Kadang2 aku rasa dah x kuat untuk terus bersama mereka dalam Ultras Malaya dan Ultras Kedah..

Rasa macam tak nak teruskan lagi. Aku tak kuat dan jiwa kurang. Mereka hebat dan kental kerana mereka orang lama yang mewujudkan budaya tu kat negara ini.

Baik aku kembali macam dulu, hanya menjadi penyokong pasukan bola sepak yg aku suka. Pergi stadium bila ada kelapangan dan bukan meletakkan nya pada tempat paling tinggi dalam hidup aku. Aku dah tak boleh buat mcm tu lagi rasanya. Cukuplah....

Pit,,,

Jangan paksa diri hang lagi.Fokuskan pada benda lain yang lebih penting.Kerjaya ke, sambung study ke (perlu sgt ni,sb aku rasa aku bodoh dan tak cukup ilmu)...huhu..

Bulan depan aku akan bertugas di tempat baru..(Yessss)...akhirnya aku ke Penang...Hihi...=p sgt2... Memanglah bila dah kat sana nanti, aku akan dekat dengan Ultras Kedah dan boleh selalu lagi balik Alor Setar kalau ada games yg membabitkan pasukan aku.

PERSOALANNYA??

Adakah aku akan buat mcm tu..Ermmm, aku rasa cukuplah...Dah lah, tak nak cakap psal Ultras lagi...

Sekarang ni, kalau ada kelapangan, pegi je stadium, sama ada aku akan ke curva atau tak, biarlah masa ja tentukan....Huhu, Abes cita...

Bapakkk, dah lama aku tak update blog ni kot, berpurnama rasanya, biarlah, memang byk catatan nk ditulis tp aku terlupa sudeyyy..

Sekarang ni, tgk bz cover perhimpunan Agung UMNO kali ke-63 (KOT) hahahhaa..Tahun kedua aku cover. Taun ni x best la kalo nak dibandingkan dgn pengalaman pertama taon lepas. Tak taw r psai pa.Huhuhu. Biaqlah, janji sepanjang 6 ari aku bertugas kt PWTC ni, aku nak claim OT 4 jam setiap ari. Banyak gak tu.hihihi. Esok last day dah UMNO. Tahun depan berpeluang lagi kah depa buat perhimpunan di tempat tu? Hanya Allah maha berkuasa. Apapun, aku doakan yg terbaik utk UMNOlah...Aku penyokong UMNO ke weh skrng nih? Xdelah sokong gila2 sgt, tp sebab keja dgn company milik UMNO, So sokong la apa yg ptut..

Apa lagi r nk carut kt sini? Ermmmmmm Nak zzzz r. esok pc kul puloh kt PWTC, harap aku xlmbt lagi mcm td..hahahhaha...

04 November 2011

Penentangan Terhadap FAM

Piala Malaysia 2011 terpalit satu penindasan terhadap penyokong apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan harga bagi semua tempat duduk ialah RM50. Ada apa dengan harga itu. Gila. Kenaikan lebih 100% berbanding RM30 tahun lepas.

Maka, mengamuklah pecinta bola sepak tempatan terutamanya penyokong kedua buah pasukan iaitu Negeri Sembilan dan Terennganu, juga penagih stadium di kalangan rakyat Malaysia yang lain.

FAM ditentang, bukan sahaja oleh penyokong, tetapi Menteri Belia dan Sukan juga menegur harga cekik darah tu. Ultras Malaya juga membantah, begitu juga dgn Ultras Tranung dan UN9.

Media juga membantu.Utusan Malaysia memaparkan pada muka depannya beberapa hari sebelum perlawanan dengan tajuk besar TURUNKAN HARGA TIKET. Salute Utusan Malaysia for that. =p...

27 October 2011

Dunia Batinku

Lagu ni diperkenalkan penghujung 2003 dan meledak sekitar 2004.
Ia cool dan menghiburkan.

Ia mungkin sebuah lagu merdu.

Ia mugkin juga catatan perjalanan.

Apapun ia melarutkan....

03 August 2011

Tak Kan Mengalah Harimau Malaya

Hal2 bab cinta yang binasa tu dah over. Pergi mampos lah.

Sekarang masa untuk kembali kpd kegilaan menyokong pasukan bola sepak.Ya, perjalanan Malaysia utk bsaing dlm Piala Dunia 2014 di Brazil sudah berakhir selepas gagal membaham Singapura pada leg kedua di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai 2011 lalu.

Ya aku kecewa tapi jangan harap aku akan berhenti dgn kegilaan ini. Malaysia tewas bermula daripada malapetaka di Stadium Jalan Besar , Singapura 3-5...Aku sendiri ada dalam stadium itu bersama lebih 1000 penyokong Harimau Malaya yang lain. Apa berlaku di sana..Biarlah kami yg ada di situ simpan dalam ingatan masing2 sebagai penyokong.....

Sekarang ni bercuti sekejap dari adegan pergi ke stadium.Pasukan Olimpik kita yang berjaya memasuki kelompok 12 pasukan terbaik hanya akan beraksi pada bulan depan menentang Jepun. Jepun..wow...satu yg menarik mungkin dpt dilihat....;

02 August 2011

Cinta Habis Binasa

Sudah lah Pit. Jangan tunggu lagi. Dia benar2 tak akan balik lagi .. Ya Allah, kenapalah aku rindu gadis itu sangat. Hari2 fikirkan pasal dia walaupun dah 2 bulan berlalu. Sukarnya aku nak melupakan dia.

Kedatangan Ramadan mcm ni menambahkan lagi kerinduan. Ingat semua kenangan kami tahun lepas.Ini kah cinta??

Menjadi Firas adalah lebih baik kerana selepas ditinggalkan Rania, Rania mhilangkan diri dan tidak ada depannya.

Menjadi Firdaus lebih sakit kerana setelah ditinggalkan ,Fazrina Ayu masih ada depannya dan bahagia melakar cinta baru.

Baiklah aku tak kan tunggu kepulangan kau lagi since kau dah ckp dulu " aku tak mungkin bpatah balik lagi, kalo aku kembali, keadaan dah tak sama"....

Betul juga kan Ayu, dah tak ada guna aku tunggu lagi sebab kau bukanlah benar2 mcintai aku..Kalau betul, tentu tak mudah untuk kau isi hati kau dgn org lain...Ya mungkin kau penah ada hati untuk aku, tapi kini semua dah hilang kan..

Baiklah..aku akan berhenti berharap, berhenti merindui, berhenti mengingati, berhenti bermimpi masa silam kita dan yg paling penting aku juga akan berhenti mencintai kau sebagai mana kau bhenti mencintai aku.. Yang terjadi antara kita hanya kesilapan dalam sebuah mimpi....

Selamat Berbahagia Fazrina Ayu

27 July 2011

menjadi seorang Firas lebih senang berbanding Firdaus (sekurang-kurangnya dlm bab itu)

Aku da btul2 xnak harap lagi pada dia..aku jd penat la nk tgu dia..Jadi aku fikir kisah dan penamat kami tak seperti Firas dan Rania....
kadang2 menajdi Firas lebih mudah sebab lepas Rania tinggalkan dia , Rania tidak lagi berada di depan mata Firas setiap ari doh..tapi kisah lain benar2 lain

25 July 2011

bosan dok KL

Aku dah bosan dgn life kat KL.

Semuanya buat aku tension..Tension teruk sgt...Huhuhu..Kat opis? Hurmm kadang2 mmg rasa lngsung xda semngat.
Sejak aku break dgn pompuan tu, rasa x happy saja bila p opis...Dulu aku percaya, bgmana teruknya pon krisis kami, dia ttp ada depan mata aku, so aku leh kawal keadaan.Rupanya aku silap besar. Akhirnya kami musnah binasa jugak bila dia blah dari hidup aku. Memang aku down teruk.Tak pernah aku rasa sedih mcm ni bila ditinggalkan seorang gadis...Huhuhu...Looser weh looser. Fakkkkk

12 June 2011

fakk you!

Minggu yg tak begitu best sepanjang last week.Semuanya bermula Ahad lalu lepas aku tjumpa sesuatu yg menyakitkan hati di facebook. Fuck You!!Aku kejam,kau pulak zalim::

Sakit teruk kot bila fikir balik penamat kisah aku dgn dia:: Sekali lagi aku ulang, kalo ko fikir aku kejam, kau zalim:: Fakkk betul la::Aku tak tau la mcm mana nak cari kekuatan setiap kali jumpa kau di opis. Ahad (hari kejadian) ka cuti, aku keja. Isnin kita sama-sama kerja tapi jumpa sekejap jer di opis.Selasa, Rabu, Khamis,Jumaat (aku keja, kau cuti) Sabtu (aku cuti, kau kerja) Ahad (aku kerja,kau cuti) dan esok sama-sama kerja:: Selasa, Rabu, Khamis (aku cuti, kau kerja) Baguzzzzz::

Ya memang salah aku, kau jugak salah, aku salah kau salah tapi kau cepat sangat!! Cepat sangat weh, kau zalim, kau tanpa rasa bersalah buat macam tu.Yes, itu jalan yang kau pilih,tak pe, aku redha::

Tiba kasih kerana beri aku pengalaman ini dan rasa macam mana sakitnya bila ditinggalkan:: Terima kasih!Tapi oklah jugak, sepanjang aku dengan kau, sekurang-kurangnya, aku tak pernah merosakkan kau, tak pernah merasa madu kau!pendek kata aku tak pernah merasai apa-apa dari kau lah:: Aku langsung tak pernah sentuh kau dengan untuk tujuan melmepiaskan nafsu sebab aku boleh kontrol diri!! ::

20 May 2011

Penyokong Malaysia

Penyokong Kedah atau Hijau Kuning



Penyokong Kelantan-pix Sukan Mania



Penyokong Selangor Penyokong Perak-pix Facebook Perak FA.










Penyokong Negeri Sembilan







Bola sepak tempatan juga mempunyai kelompok peminatnya yang memeriahkan suasana.Pada waktu ini, bola sepak kita (terutamanya pasukan kebangsaan) boleh dikatakan berada pada frasa kebangkitan terutamanya pada peringkat Asia Tenggara.


Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan Sea di Laos pada Disember 2010 dengan menewaskan Vietnam sekaligus menamatkan penantian 20 tahun. Selang setahun pada Disember tahun lalu, kita muncul juara Piala Suzuki AFF dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir.


Jelas, kini Malaysia adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara walaupun dari kedudukan ranking dunia kita masih ketinggalan di belakang Vietnam, Thailand dan Indonesia. Malaysia kini berada pada ranking 143 dunia dan pencapaian terbaik kita ialah berada pada ranking 77 dunia sekitar tahun 1993.


Itu sejarah lama dan tidak pasti adakan Malaysia mampu mengulangi pencapaian itu atau mungkin lebih hebat lagi seperti layak ke pusingan akhir Piala Dunia pasca 2000.


Sebenarnya, penyokong (lebih tepat lagi yang hadir ke stadium setiap kali pasukan mereka beraksi) memainkan peranan besar terhadap psikologi pemain untuk menampilkan aksi terbaik. Hakikat itu dapat dilihat dalam arena bola sepak tempatan ketika ini apabila Kelantan kini menampilkan aksi memukau dalam saingan Liga Super dan Piala FA.


Penyokong pasukan yang digelar The Red Warrior itu membuktikan bahawa mereka mampu menguasai mana- mana stadium di Semenanjung Malaysia jika pasukan mereka beraksi. Kelompok merah ( warna baju yg sering dipakai) akan kelihatan di mana-mana stadium. Itulah kesungguhan mereka. Malah ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor di Stadium Shah Alam minggu lalu, media tempatan melaporkan sebanyak 20,000 penyokong Kelantan berada dalam stadium berbanding 10, 000 penyokong tuan rumah.Sorakan "Go Go Go" secara serentak pula oleh mereka memang memberi semangat luar biasa (saya merasai sendiri pengalaman itu sebanyak tiga kali ketika menyertai mereka menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan)..


Satu lagi situasi menarik yang dapat dilihat ialah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan yang juga naib juara 2009 membuat perhitungan dengan juara bertahan, Negeri Sembilan. SNBJ yang mampu menampung 100 000 penonton itu dikuasai mereka dengan hampir 70 000 tempat duduk berwarna merah...


Baru-baru ini, aku sempat ke Stadium Sultan Mohammad di Kota Bharu untuk menyaksikan Kelantan menentang Kedah ( pasukan yg akan aku sokong sampai mati). Stadium yang berkapasiti 20000 penyokong penuh dengan lautan merah.


Semua ini membuatkan aku merindui suasana 2007 dan 2008 ketikan Kedah menguasai bola sepak tempatan. Itulah suasananya apabila Stadium Darul Aman yang berkapasiti 35 000 penonton sesak dengan warna hijau kuning. Aku harap situasi itu akan kembali.Kami akan kembali dan Kedah tidak akan mengalah.


Selain itu, Selangor juga mempunyai kelompok penyokong yang ramai. Terengganu, Negeri Sembilan dan juga Perak..

18 May 2011

Al-Fatihah



Catatan selepas hujan ini sedih-sekurang-kurangnya untuk diri aku..






Walaupun sudah lebih tiga minggu, seorang teman dan senior di Universiti Sains Malaysia, Abdullah Zubair meninggal dunia, tapi perasaan sayu itu masih ada....






Kamu salah seorang teman terbaik dan unik dengan caramu sendiri..






Seorang lelaki kurus, tinggi, penendang bola pada hampir setiap petang di padang berhampiran Tasik Harapan, berpelikat dan berkopiah setiap kali Maghrib, dunhill merah 14 akan terus segar dalam ingatan..






Aku rindu kamu sahabat...






Al-Fatihah..

18 April 2011

Al-Fatihah

Cepatnya masa berlalu...sudah 15 tahun... Al-Fatihah....

14 April 2011

Kedah , Im sorry




Saya meminta maaf kepada seluruh rakyat Kedah kerana penghinaan itu....

Saya benar-benar memohon maaf kerana tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang adegan penghinaan itu....

Kedah, saya minta maaf...

Apa semangat dan sokongan untuk hijau kuning xkan pernah pudar...

Saya sentiasa akan menyokong...

Saya janji akan kembali semula dengan ketahanan yang lebih kuat...

Good Bye Facebook


For the first time since July 2008, i have to say good bye to facebook......

I will be back ...

11 April 2011

Jom ke Negeri Sembilan

Strategi DK terbaiklah sangat
Mereka sangat berdedikasi ketika mengecat banner

Banner ini untuk menyindir pengurus pasukan-10 meter panjang


Hari ini pukul 12 tgh hari nnt, aku dan beberapa org members of Canaries Knight Ultras akan bertandang ke Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi di Negeri Sembilan.


Tujuannya satu ja, nak bagi sokongan dan channting to our beloved Kedah player yg akan vs Negeri Sembilan malam ini.


Perlawanan malam ini sangat unik. Kenapa? Ia bersangkut paut dengan sejarah silam. Negeri Sembilan kini dibimbing oleh Mohd. Azraai Khoor Abdullah-lelaki yg bertanggungjawab mencetuskan prestasi hebat bola sepak Kedah pada 2007/2008.


Tapi kini skripnya sudah berbeza...Dia tidak lagi bersama Kedah apabila kini mengemudi tugas melatih pasukan Hobin Jang Hobin itu. Apa yg ironiknya, Kedah pula dikhabarkan akan mengambil Wan Jamak Wan Hassan selaku Ketua Jurulatih baru. Wan Jamak telah mengucapkan sayonara kpd N9 selepas tidak tahan dengan kritikan yg dilemparkan terhadapnya ekoran prestasi lesu N9 dalam saingan Liga Super musim ini.


Semalam di Stadium Shah Alam, satu komplot CKU telah diadakan untuk menghasilkan dua banner yg akan dibawa ke Seremban nanti.


Kami akan kibarkan dan gantung banner tu dlm stadium nanti. Ada dua banner, satu utk bagi sokongan kepda player dan satu lagi untuk menyindir pengurus pasukan... bring back the glory to our green yellow land...

04 April 2011

Kedah bertungkus lumus utk benam KL

Mulanya ingat nak update pasal kunjungan ke Singapore tgk games Malaysia vs E Toilet (Haha)...tapi baik cita pasal perlawanan Kedah dan KL di Stadium Cheras Sabtu lepas dulu la.. Hijau Kuning meraih tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan tuan rumah pada minit-minit terakhir perlawanan dan berterima kasih kepada Azmi Muslim. Pada separuh masa pertama, Kedah bertungkus lumus mempertahankan gawang dan agak sukar mendapat peluang..Nasib baik jentera serangan KL tumpul...kalo x mesti dah dibolosi..

03 April 2011

Jika begini

Jika terus begini dan begini diselaputi awam suram menemani perjuangan, siapa yang boleh bertahan..

Semua akan jadi letih dan terus lesu..Pasti akan rebah satu masa nanti..

Perlukah menghilangkah diri dari babak ini untuk beberapa ketika dan sekadar mengikuti perkembangan dari jauh..

Perlukah..Perlukah?

Mungkin saya akan "berehat" selepas perlawanan pada 7/5/2011 nanti..

Saya akan memerhati dari jauh saja, menyokong dan melihat dari jauh..

Luka tetap ada ....Tapi bukan salah siapa siapa...

Keghairahan telah membunuh keikhlasan yg pernah dimiliki dahulu..

Apakah ia akan kembali...

Hanya masa akan menjawab...

17 March 2011

RINDU

Sekuat mana saya bertahan sekalipun menghadapi semua ujian ini...saya tetap lemah di dalam diri.. Saya tak boleh kata tidak kerana memang saya Rindu sangat..Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu.. Bilakah semua kegelisahan ini akan berakhir Kudrat yang ada semakin lemah Saya tak sanggup lagi menghadapi semua ini Saya tak mahu Saya tak ingin Saya tak bernafsu Saya tak ghairah lagi Saya benci Saya tak cinta Saya ingin menyepak sahaja bola ini pergi jauh...keluar dari padang permainan pada garisan kebiasan ini...

05 March 2011

Jangan Karam

Tersingkir pada pusingan kedua Piala FA sekaligus tidak akan mengulangi kemaraan ke Final tahun lepas. Itulah hakikat yg terpaksa ditelan oleh Kedah selepas disingkirkan oleh Felda United di Stadium Darul Aman semalam..

Sedih dan sedih... Segelintir peminat Hijau Kuning yang memenuhi SDA pasti teramat kecewa dengan kekalahan semalam..Media melaporkan perlawanan itu ditonton oleh 3,000 orang..Satu angka yang menyedihkan...Sangat jauh berbeza ketika zaman kegemilangan Kenari sekitar 2007 dan 2008. Oh aku sangat rindu masa tue. SDA yang boleh memuatkan hampir 35, 000 penyokong sangat padat-sukar untuk menemui ruang-ruang lompong, mungkin sama seperti Stadium Sultan Muhammad Keempat ketika ini (Kelantan sedang berada pada prestasi terbaik mereka)..

Tapi semalam scuma 3, 000.....dilaporkan juga selepas kekalahan semalam....lebih kurang 1, 000 orang mengadakan demostrasi di depan pintu masuk utama SDA mendesak jurulatih,pengurus dan pembantu jurulatih meletak jawatan ekoran prestasi hambar Kedah..

Sepanjang enam perlawanan, hanya menjaringkan 2 gol, iaitu ketika menewaskan Felda United (Liga Super 1-0 dan seri dengan Kelantan 1-1)...Lain2 perlawanan kalah kpd Sabah 1-0, kalah kepada Selngor 0-2 dan seri dengan Perak 0-0)..
=)..Itulah yang disumbangkan oleh pasukan kesayangan saya ketika ini...

12 February 2011

ULTRAS MALAYA


Ultras in Action


Ini semasa perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 9 Feb lepas. Ultras in action


ULTRAS MALAYA

Hahaha..Sejak bila mula join UM ni? Sebenarnya semua ni jadi secara tak sengaja....Aku x taw sgt pon psal UM...walaupun kononnya aku merupakan penyokong setia bola sepak tempatan..Ye memang aku suka tgk local league tapi lebih kepada sokongan utk team Kedah..Cuma lately ja (lebih setahun lalu mula sokong Malaysia sejak menang emas Sukan Sea 2009-tak guna..haha)..
Aku mengikuti Piala AFF 2009 yang diadakan di Indonesia. Perlawanan pertama Malaysia menentang tuan rumah... Aku memang x sempat nak tgk games tu. Ketika tu aku berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu nak balik ke KL selepas menghadiri kenduri kahwin senior universiti di Kelantan dan percutian singkat di Pantai Timur.

Malam tu, flight delayed satu jam.,.Jadi, time tunggu tu, sempat online FB kejap...Masa tu, seorang kawan update status ,bunyinya lebih kurang mcm ni-Penyokong Indon di Stadium Utama Gelora Bung Karno menjerit dan menghina ketika lagu Negaraku berkemundang sebelum perlawanan membabitkan kedua negara berlangsung. WTFFF.Aku jadi bengang dan hot terus aku post status mamaki hamun mereka semula..

Sampai ja di KL,KEPUTUSANNYA, Malaysia dikalahkan 1-5 oleh Indon. Huhuhu... Terkejut gak..Tapi aku tak risau pon, masa tu, aku rasa Malaysia akan bangkit semula...


Game by Games dan akhirnya Malaysia berjaya mara ke separuh akhir menentang Vietnam dan perlawanan semi final 1 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yehaaa dan aku rasa harus pergi tengok pertarungan itu. So aku call kawan2 aku di Kedah yg akan datang, nak join mereka di Bukit Jalil...

Bila hari pertandingan, aku ingatkan hanya mereka lebih kurang 10 orang ja, rupanya mak oiii banyak gila-bergabung dengan penyokong dari negeri lain dan membentuk UM. Aku jadi kagum dan rasa sgt cool. Mereka sangat bersemangat malah beberapa jam sebelum jam, berkumpul beramai-ramai di satu sudut di luar stadium, bernyanyi ramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara.Wahhh ini sudah bagus dan aku join ja..Paling best bila nyanyi lagu Inilah Barisan Kita ..Perghh bersemangat betoii..

Momentum diteruskan sehingga dalam stadium ...Inilah yg aku cari selama ni, menonton bola sepak sambil tak henti-henti bersorak, memukul dram dan menyanyi untuk team yg kita sokong..

07 February 2011

cuti part 1

To Hijau Kuning With Love
Sudah lama x update blog yg x seberapani walaupun ada banyak benda yg ditulis...Nak mulakan dengan apa?

Oh sebelum Tahun Baru Cina, aku bercuti selama 7 ari..Yeah, lamanya x bercuti..Huhuhu..Mulanya aku cadang nak bercuti ke Pulau Kok Lipe di Thailand, tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, so aku bercuti di utara tanah air ja..Semestinya Pulau Pinang dan Kedah..

Aku ke Penang pon follow Fizi and Mila dari KL.Fizi datang untuk interview dengan Harian Metro dan berdasarkan ceritanya, dia diterima bekerja dan akan memulakan tugasnya pada 1/3/2011 ini.Tahniah bro, Im happy for you =D.

Ohh lupa, mamat tu dah pkai kereta Perdana,,,walaupon second hand tapi perkembangan yg bagus...Setia betul dia dengan jenama Malaysia, zaman kami study USM dulu, dia guna Kancil..pastu tukar to Saga and now Perdana..selesa gak kereta Perdana tue bila meluncur lagi atas highway dari KL menuju ke Pulau Pinang..

Sampai Penang, pasangan Fizi-Mila trus bawak aku ke Juru, menikmati nasik ketam yg menurut mereka sedap dan famous di situ..Rasanya? Oklah..Sebenarnya, aku tak suka sangat makan ketam...hihi..

Lepas makan, Fizi dah sangat gedik dan tak sabar nak bertarung boling dengan aku-semuanya gara-gara kami seri ketika bermain di Times Square..Whatever la Fizi, aku tak takut pon..Mulanya nak bowl di Megamall Perai tapi bila sampai sana, tak da lanes kosong..Ayo 50 lanes pon full.Xguna betul , sebabnya ada tournament ikan bilis apa ntah..So kami pergi ke Premium Lanes kat Bayan Baru..Lanes tu baru diubahsuai dan sesuai untuk jalankan tournament antarabangsa..Dulu masa aku main bowling untuk USM, sesekali ada gak p traning kt situ dan lorongnya terus cuma baik sikit dari Bukit Jambul Bowl sahaja ( lanes bowling paling gampang di Penang, mungkin gak Malaysia)

Premium lanes ni menjadi venue untuk Pesta Bowling Antarabangsa Pulau Pinang, sebelum ini diadakan di Megamall Perai..Main punya main, selepas tiga games, aku menang dan menutup mulut Fizi.. Hahahaa...

Malam aku tido di rumah Mat Ki kiat Relau.Esoknya bangun terus ajak Mat Ki dgn SHrek p makan ayam penyet Ibu Darah Tinggi kat Penang. Fuyooo rindu dan ketagih oooo.Last aku makan masa balik ke pulau untuk konvo aku 2009. Konmvo tahun lepas aku p jugak, tapi Ibu Darah Tinggi tutup kedai..So puaslah aku makan dan alhamdulillah kenyang..Lepas tu, masuk pusing-pusing dalam USM jap before jumpa Jen dgn Zima kat Khalel.Lama gak tarak jumpa ini perempuan dua olang..Lama betul sembang..sebelum Hanis come for fews minute. Dah sambung master erk gadis jelita tu..Tahniah.. Malam tu, xtaw nak wat apa, main boling lagi dgn Fizi, kali ni Jen dgn Zima ikut dan macam biasa aku menang..Habis men bowling lepak Khalel lagi....Banyaknya aku makan...Then Ijoy datang..best gak bila dia cita pengalaman jadi cikgu...Dia dituaskan mengajar di Penang Free School selepas bergraduasi..Tahniah sb x dicampak ke pendalaman Sarawak atau Sabah..Ijoi jugak gtaw dia mungkin akan kahwin dengan Su tahun ni..Sekali lagi tahniah..=d


Abih lepak dgn Ijoy, aku smbung lepak lagi di Khalel dengan Keri budak hoki tu..Gosh lebih sepuluh jam aku spent time di Khalel sempena cuti kali nie..Konon2 rindu mamak tu..Choiii

Then esoknya balik Kedah... So update pix kat kedah la..Pix pasal bola...


23 January 2011

Tahniah LCW utk gelaran kali 7 Malaysia Open =D

Yes ....

Pemain badminton kebanggaan Malaysia yang jugak berada pada ranking nombor satu dunia, Lee Chong Wei (Datuk) berjaya menjulang gelaran Terbuka Malaysia kali ke 7 dalam kariernya..wow!!! Awesome... LCW!!!

LCW mengalahakan pemain Indonesia, Taufik Hidayat dalam perlawan akhir tadi di Stadium Putra Bukit Jalil, games pertama dia mng mudah 21-8..Memasuki game kedua, Chong Wei mendahului dgn selesa 18-8 sebelum Taufik tiba-tiba mendapat rentak sehingga merapatkan kedudukan 17-18. Aku yg dok tgk di pejabat td agak terkejut dgn kebangkitan bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004 itu..Nasib baik LCW berjaya mendapat sentuhannya untuk merangkul kejuaraan sesudah menamatkan permainan kedua dengan 21-17..Tahniah la..LCW..

22 January 2011

Good Luck Chong Wei

Tahun lepas aku pergi tgk Final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sorang diri..Masa tu beberapa hari sebelum aku mula bertugas di Utusan Malaysia..
Aku pergi hari final..Lee Chong Wei menang dengan mengalahkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana..Pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menang jugak tapi tak ingin depa kalahkan siapa..

Tadi aku pergi jugak untuk edisi 2011. Aku pergi sorang jugak...Sebenarnya aku la minat gila dengan badminton nie, tapi memandangkan aku cuti dan tak tau nak wat apa, p jalah..Lagipun boleh jugak sokong wakil tunggal Malaysia di separuh akhir, Datuk Lee Chong Wei..Erm sampai bilalah Malaysia nak harapkan Chong Wei ja..Come la pemain-pemain lain..Bila la Iskandar Dzulkarnain, Misbun Ramdan, Muhd Syawal dan back up yang lain akan menonjol?

Tadi aku smpai Stadium Putra agak awal, sekitar 2.15 ptg..Lepas tiga jam 30 minit, barulah Chong Wei beraksi menantang Chen Hong dari China tu. Jangkaan sebelum kejohanan bermula, Chong Wei akan vs musuh yang sukar ditewaskannya iaitu Lin Dan. Malangnya mamat yg merupakan Olimpik 2008 gold medalist tu tarik diri sebelum quater final vs Chen Long. Kata nya cedera la...So Chong Wei (berdasarkan laporan Kosmo) kecewa sikit sb x dpt lawan Lin Dan..Ye ke kecewa atau sebenarnya lega ...Haha..So bg ayat coverline..Apapun, tahniah lah Chong Wei untuk persembahan mengagumkan yg hg tnjukkan ptg td..Mng straight set 21-9, 21-9 kot terhadap lawanya itu..Chong Wei mmg terlalu hebat atau Cheng Hong yg tak tahu berbadminton? Haha..

Tapi td cuma separuh akhir..Final esok aku xleh la p stadium sebab keja..So esok aku harap Chong Wei akan berjuang habis-habisan untuk kalahkan Taufik Hidayat....Yes, another final between Malaysia and arrogant Indonesia..Kalau menang esok ialah kejuaran terbuka Malaysia yg ketujuh sepanjang kariernya...Wowww.

15 January 2011

Rindu

Aku tak boleh tahan lagi...Aku rindu sangat pada dia yang dekat di mata jauh di hati!!!

05 January 2011

Outstation Yang Superb Sekaligus Bernew Year di Langkawi =D

Ini kami yang terselamat dari kumpulan bala jika menaiki van yg satu lagi.
Ini Akai, kakitangan Jabatan Muzium Malaysia yang mana kami celebrate new yaer di Pantai Chenang, Langkawi...Fun dan Best..



Aku bersama reporter rock dr M.Star, iaitu Iz...Ada gak Farhana dari Bernama

dan Selina deejay Radio Langkawi.fm



Happy New Year ku ucapkan walaupun hari ni dah masuk hari kelima.Oklah, still dalam mood new year lagi.Azam tahun ni, nak rajin sikit update blog untuk kepuasan diri sendiri dan nak tgk perjalanan hidup ini melalui blog aku! Wala weh! haha.

Azam tahun baru nak kurangkan kesalahan ejaan.Yeah serius dan sesungguh hati.Demi kebaikan karier. Lepas ni bos-bos tak la banyak nak repair bila edit story haha..

This year i celebrate new year at new place with new friend..yeah it the best countdown ever so far. Camna leh tersesat sampai Langkawi lak? Oklah semuanya bermula selepas final bola Piala AFF. Ada kena mengena ka? ada la bro!

Aku ingatkan cuti Hari Khamis itu lepas final AFF,rupanya aku kejan Khamis dan cuti Jumaat.Ohhh, btw, aku call org yg bertugas di pejabat, dan mintak dia tukarkan cuti aku. Dia kata boleh tp kena bagi rokok 30 to him.Erm pelik gak tp aku just chill ja masa call dia sebab aku tgh meraikan kejayaan MALAYSIA mng Piala Suzuki di MacDonald kat Shah Alam waktu tu. =d

Aku balik umah dan rest selepas penat melompat dan menyanyi bersama ULTRAS sepanjang games final td. It was fun. Aku letih gak lepas Fariz hantar balik rumah dan tido dengan berseleranya. Sekitar jam 8.30 pagi aku menerima panggilan telefon dari sesorang gadis yang memperkenalkan dirinya Hawa.


" Hawa: Assalamualaikum Encik Firdaus.

Aku: Waalaikum salam..Siapa ni?

Hawa: Saya Hawa daeri Jabatan Muzium Malaysia, Nak kite org tunggu ker? Sebab da nak bergerak ni.

Aku: Tunggu?Tunggu apa ni?

Hawa: Saya call editor Utusan, dia cakap En akan ikut trip kami ke Langkawi untuk Program Muzium bersama media..

Aku: Hah, peliklah, saya tak tahu apa pon, saya rasa kamu silap orang kot.

Hawa: Ok..Maaf ya mengganggu...




Aku pon sambung tido dengan jaya sehingga kul 12 tengah hari sebelum diganggu bunyi mesej..Selepas meneliti , rupanya dari Nazlina yang merupakan rakan setugas...Celaka OC ANJING, kau dah kenakan aku..


So aku terpaksa lah call balik si Hawa tadi untuk meminta butiran program di Langkawi.Rupanya aku ditugaskan untuk buat liputan di Langkawi....Terpaksa lah mencari tiket flight kerana apa berlaku sekalipun aku mesti pulang ke KL dan masuk opis bersama story.Tak pon kena hantar story dr Langkawi untuk tempoh 30-1 Januari 2010...OC bertugas memang x berguna, nampak sangat saja nak kenakan aku atau dia memang jeless.

Akhirnya aku berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 9 pagi 31 Disember...Oklah disambut oleh kakitangan muzium negara...

Malas lak nak cerita in detail tentang asgment di Langkawi tapi best. Aku rasa macam pergi bercuti ..Cuma petang 31/12/2010 tu ja macam rushing sent story sebab selepas sidang media di Galeria Perdana Langkawi, kami di bawa untuk makan di Kilim yang mana connection internet sangat slow.






04 January 2011

Alhamdulillah MALAYSIA menang..


Kali pertama aku menconteng muka.Pix ni semasa sesak beramai2 untuk masuk dalam stadium


Pix 1 yang menunjukkan penyokong bersemangat mengibarkan bendera.


Alhamdulillah akhirnya Malaysia berjaya menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat sejak kejohanan diperkenalkan pada 1996. =D dan terima kasih Allah untuk kurniaan terindah ini buat rakyat Malaysia.Tq Tq and Tq..


Aku gembira kerana menjadi sebahagian daripada hampir 70 000 penyokong Harimau Malaya yang memenuhi Stadium Nasionak Bukit Jalil pada final pertama yang mana Malaysia menang 3-0 beserta mutu permainan yang cun ditunjukkan oleh Syafiq Rahim dan rakan2.


Seperti biasa ( ceh2, baru lagi la bro, haha) aku menyertai kumpulan ULTRAS, bersorak, menyanyi, mengibarkan bendera sepanjang 90 perlawanan. Rasa puas sangat lebih-lenih lagi selepas gol kedua dijaringkan, satu perasaan indah. Aku sangat bangga apabila melihat lautan kuning manusia di Bukit Jalil sama -sama berganding bahu mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Malahan, pada satu saat,s elepas ULTRAS memukul gendang, hampir keseluruhan penyokong Malaysia mengibarkan bendera secara perlahan-lahan serentak! (rujuk Pix 1) =D



Sempena final jugak, aku melakukan perkara baru yang tak pernah aku buat sebelum ini iaitu menconteng muka.Sebenarnya tak ada apa pon, saja je nak cuba disamping nak all out suport Team Malaysia.. =d (Rujuklah pix diatas)

Final kedua diadakan di Jakarta. Pergi? Haha tak sempat la cuma menyertai ULTRAS menonton di Restoren Hakim Seksyen 7, Shah Alam..Wow hapening, aku rasa lebih 2000 orang berkumpul di situ dgn suasana kuning biru yg memang superb!