05 January 2011

Outstation Yang Superb Sekaligus Bernew Year di Langkawi =D

Ini kami yang terselamat dari kumpulan bala jika menaiki van yg satu lagi.
Ini Akai, kakitangan Jabatan Muzium Malaysia yang mana kami celebrate new yaer di Pantai Chenang, Langkawi...Fun dan Best..



Aku bersama reporter rock dr M.Star, iaitu Iz...Ada gak Farhana dari Bernama

dan Selina deejay Radio Langkawi.fm



Happy New Year ku ucapkan walaupun hari ni dah masuk hari kelima.Oklah, still dalam mood new year lagi.Azam tahun ni, nak rajin sikit update blog untuk kepuasan diri sendiri dan nak tgk perjalanan hidup ini melalui blog aku! Wala weh! haha.

Azam tahun baru nak kurangkan kesalahan ejaan.Yeah serius dan sesungguh hati.Demi kebaikan karier. Lepas ni bos-bos tak la banyak nak repair bila edit story haha..

This year i celebrate new year at new place with new friend..yeah it the best countdown ever so far. Camna leh tersesat sampai Langkawi lak? Oklah semuanya bermula selepas final bola Piala AFF. Ada kena mengena ka? ada la bro!

Aku ingatkan cuti Hari Khamis itu lepas final AFF,rupanya aku kejan Khamis dan cuti Jumaat.Ohhh, btw, aku call org yg bertugas di pejabat, dan mintak dia tukarkan cuti aku. Dia kata boleh tp kena bagi rokok 30 to him.Erm pelik gak tp aku just chill ja masa call dia sebab aku tgh meraikan kejayaan MALAYSIA mng Piala Suzuki di MacDonald kat Shah Alam waktu tu. =d

Aku balik umah dan rest selepas penat melompat dan menyanyi bersama ULTRAS sepanjang games final td. It was fun. Aku letih gak lepas Fariz hantar balik rumah dan tido dengan berseleranya. Sekitar jam 8.30 pagi aku menerima panggilan telefon dari sesorang gadis yang memperkenalkan dirinya Hawa.


" Hawa: Assalamualaikum Encik Firdaus.

Aku: Waalaikum salam..Siapa ni?

Hawa: Saya Hawa daeri Jabatan Muzium Malaysia, Nak kite org tunggu ker? Sebab da nak bergerak ni.

Aku: Tunggu?Tunggu apa ni?

Hawa: Saya call editor Utusan, dia cakap En akan ikut trip kami ke Langkawi untuk Program Muzium bersama media..

Aku: Hah, peliklah, saya tak tahu apa pon, saya rasa kamu silap orang kot.

Hawa: Ok..Maaf ya mengganggu...




Aku pon sambung tido dengan jaya sehingga kul 12 tengah hari sebelum diganggu bunyi mesej..Selepas meneliti , rupanya dari Nazlina yang merupakan rakan setugas...Celaka OC ANJING, kau dah kenakan aku..


So aku terpaksa lah call balik si Hawa tadi untuk meminta butiran program di Langkawi.Rupanya aku ditugaskan untuk buat liputan di Langkawi....Terpaksa lah mencari tiket flight kerana apa berlaku sekalipun aku mesti pulang ke KL dan masuk opis bersama story.Tak pon kena hantar story dr Langkawi untuk tempoh 30-1 Januari 2010...OC bertugas memang x berguna, nampak sangat saja nak kenakan aku atau dia memang jeless.

Akhirnya aku berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 9 pagi 31 Disember...Oklah disambut oleh kakitangan muzium negara...

Malas lak nak cerita in detail tentang asgment di Langkawi tapi best. Aku rasa macam pergi bercuti ..Cuma petang 31/12/2010 tu ja macam rushing sent story sebab selepas sidang media di Galeria Perdana Langkawi, kami di bawa untuk makan di Kilim yang mana connection internet sangat slow.






No comments:

Post a Comment