24 January 2010

Tiga Kakak

Aku agak bertuah kerana mempunyai tiga orang kakak kandung.Aku kata bertuah kerana bukan semua orang di dunia ini mempunyai kakak .Jadi aku faham bagaimana perasaan mempunyai kakak.Ada kisah suka duka.Itu adat.Kakak sulung aku bernama Shahrom tapi kami adik beradik memanggil dia dengan gelaran Along atau Kak Da.Dia bukan anak sulung tapi kerana dia anak perempuan sulung dan cucu perempuan sulung(sebelah ayah) jadi panggilan itu dikira tidak salah buatnya.Along sekarang sudah berusia 33 tahun.Dia telah berkahwin dengan Mohd Syafiq Bin Abdullah lima tahun dahulu.Along yang kini bekerja dengan sebuah syarikat minuman ringan, sedang meniti hari-hari bahagia bergelar ibu.Ya, setelah lama berkahwin, Along kini disahkan mengandung tiga bulan dan kami sekeluarga sangat gembira mendapat berita ini.Aku tahu dia memang sudah lama teringin bergelar ibu namun semua itu kuasa Allah.Syukurlah kini sebab dia mengandung jugak.Aku difahamkan Along dan suaminya ada masalah kesihatan.Apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuknya.

Kakak kedua aku, Nana atau Shahrul Khodina bte Ismail atau Nana yang berumur 29 tahun.Cepat betul masa berlalu.Nana sudah hampir berusia 30 tahun.Aku membesar bersama Nana dulu.Nana yang jaga aku dulu waktu kecil.Banyak kisah suka duka yang telah kami lalui bersama.Banyak dosa yang telah aku lakukan pada dia.Banyak kali juga hati dia aku sakiti dan banyak juga kata-kata kesat yang pernah aku "hadiahkan" untuk dia. Aku tahu kehidupan dia sentiasa mencabar.Aku harap dia akan berjaya atasi semua ini.Nana kini merupakan seorang ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia hampir 3 tahun.Dia berkahwin dengan Shahrul Nizam Jaafar, seorang lelaki yang juga berasal dari Kedah.Nana seorang perjuang,degil dan segala bagai lagi.Apa lagi yang boleh aku perkatakan tentang dia?Aku harap dia akan terus suksess dengan perniagaannya.

Che Nor atau Nor.Paling rapat dengan aku kerana usia kami yang tidak begitu jauh.Dia bakal menginjak usia 27 tahun pada November ini.Dia degil,nakal buas,tapi masih ada sisi positif sebagai kakak.Dia tersendiri dan sesuatu.Masih bujang dan kini sedang menyulam cinta dengan warganegara China.Sama seperti Nana,aku kira kehidupan dia juga agak mencabar walaupun sesetengah daripada cabaran yang dihadapinya berpunca daripada tindakan dia sendiri.Dia sudah merancang perkahwinannya dengan Kelvin pada Oktober ini.Aku harap segalanya akan berjalan lancar.

Selain mereka bertiga sebagai kakak kandung, ada lagi dua wanita yang aku anggap sebagai kakak juga.Kak Ida dan Kak Rin.Aku sudah kenal mereka sejak tujuh tahun yang lalu.Zaman mula melepak dan berfoya-foya di Bukit Bintang.Mereka adalah kenalan Nor.Kak Ida sudah berkahwin pada 1.1.2010 dengan Fakrul Azam dan kini sedang mengecap nikmat bahagia sebagai seorang isteri.

Bagaimanapun, nasib Kak Rin tidak begitu baik jika dibandingkan dengan Kak Ida dalam soal teman hidup.Sebenarnya,Kak Rin juga sedang memghitung hari untuk bergelar isteri tapi sesuatu telah terjadi.Aku sangat bersimpati.Aku harap dia akan sentiasa tabah kerana semua yang berlaku adalah ujian Allah untuk hambanya.Percayalah, masih ada sinar bahagia yang menanti di depan.

21 January 2010

Saya Agak Free Sekarang... ; )

Ok saya free sekarang ni.Saya telah berhenti kerja di Bernama pada 9.1.2010 yang lalu.Ini kerana aku telah mendapat tawaran menjadi wartawan kadet di Utusan Malaysia.Syukur alhamdullillah.Tapi belum apa-apa lagi sudah ada communication down. Pada mulanya,aku mendapat panggilan telefon daripada HR Utusan mengatakan bahawa aku akan mula bekerja pada 18.1.2010!Bagaimanapun,12.1.2010 dia meminta aku supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu untuk mengambil surat membuat medical check out di klinik panel iaitu Ampang Specialist Hospital.Lepas semua proses bla,bla,bla settle, aku diberitahu supaya melapaor diri pada 2.2.2010!!Lama lg tu.(Actually aku nak post tentang entry kali ni 2 minggu lepas tapi selalu tangguh).Aku pulak dah resigned dengan Bernama pada tarikh di atas itu.Apa aku nak buat.Jadi sepanjang tempoh itu, aku memang lepak di KL sahaja dan ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.Aku kena kerja.Aku tak biasa duduk melepak macam orang lain.Tapi untuk kali ini memang aku terpaksa sangat-sangat walaupun aku tak gemar.

Sehingga tarikh itu, aku hanya akan menambahkan ketulan lemak saja...Tidakkk tapi itu yang sedang berlaku sekarang..tido lambat, menonton TV atau online, bgun lewat, buang masa, x kontrol makan, minum manis, dan bla, bla lagi...uish broink tue...Pada hari Ahad lepas aku ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir "Proton Malaysia Open Super Series 2010".Lima acara dipertandingankan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.Wakil Malaysia telah mara kedua acara akhir iaitu perseorangan lelaki menerusi pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu lelaki iaitu Koo Kien Keat/Ta Boon Heong.Mereka telah menang dalam aksi masing-masing.Ramai juga penonton yang hadir.Jangkaan aku ialah sekitar 6-7 ribu orang.LCW menewaskan pemain Thailand,Bonsak Ponsana dengan stright set manakala beregu ebrhempas pulas sehingga set ketiga sebelum mencatatkan kemenangan ke atas pasangan China.Aku difahamkan itu bukan beregu terbaik China.LCW menampilkan aksi kemas terutamanya pada perlawanan kedua malah mendahului lawannya dengan selesa iaitu 9-0 pada set kedua.Gaya permainannya sangat pantas.

Aku ke sana seorang diri.Ya..Memang benar.Aku perasan la, sejak 3,4 tahun kebelakangan ni, kalau nak pergi mana2, aku mesti kena ada kawan sedangkan dulu buat apa-apa, sorang-sorang ja.Choyyyy aku tak suka kot sikap macam ni.Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh.Macam sebelum ke Bukit Jalil,aku ada SMS sorang membe ajak dia pergi, tapi alasannya tidak ada transpot.Choyyy, aku pun x ada transpot kot.Naik LRT sudeyy.Jadi sekarang ni,aku harus bergantung kepada diri sendiri.Tak boleh harap orang nak teman kita sepanjang masa.Harga tiket RM20 untuk Upper Tier=bahagian tempat duduk yang paling atas.Boleh nampak permain sebesar.......botol mineral water dan bulu tangkis sebesar apa ya...tapi nmpk jugak la pergerakkan bulu tangkis tu.Oklah sekali sekala bayar RM20 untuk sokong pemain badminton Malaysia.

Apabila aku menoleh ke bahagian tempat duduk bawah,aku nampak banyak wakil media yang membuat liputan.Hampir 50 orang terdiri daripada wartawan,jurugambar, jurukamera dan juga pengulas sukan.Aku cam beberapa muka seperti Rashid Salleh(ESPN),Hasbullah Awang(RTM) Fazli Rais(TV3) dan dua orang pengulas sukan sukan dari luar negara.Wartawan surat khabar pon ramai.Jumlah lebih ramai daripada wartawanan yang membuat liputan Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Alor Setar beberapa bulan lepas.Aku juga terlibat buat liputan tu.Best ja tengok wakil media buat kerja.Aku benar-benar rindu untuk berada di situ.Masuk tak payah beli tiket,dapat plak seat yang memang view clear.Pengalaman buat liputan Kejohanan Badminton Remaja Dunia memang tak akan aku lupakan. =p.Harap aku akan dapat peluang buat liputan sukan lagi atau dalam lain-lain perkataan, aku akan ditempatkan di sport desk.

Tapi berdasarkan maklumat awal yang aku terima, agak susah juga untuk diletakkan di sport desk apatah lagi bagi wartawan yang baru bertugas.Zainal dan Fiena(kedua2nya wartawan utusan).Ermm, adakah maklumat mereka boleh dipercayai.Menurut Fiena lagi, biasanya wartawan baru akan ditempatkan di meja general.Benarkah?It ok lah.I dont mind.Yg penting aku dapat kerja dana ada gaji bulanan yang tetap.Tak perlu bersusah payah macam di Bernama lagi.Siapa tahu nasib aku berbeza, ada editor sukan yang suka hasil kerja aku dan ditawarkan duduk di meja sukan.Chaiyookk berfikiran positif ok..

12 January 2010

Aku Yang Tak Bernama

Tanggal 9.1.2010 aku meninggalkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Biro Kedah.Asigment terakhir aku ialah sebuah lori membawa muatan makanan terbalik dan terbakar di kilometer 53 Lebuhraya Utara Selatan(Arah Utara).Aku ke sana dengan Anim.Itu juga mungkin last asgment dengan Shani dan Maria Sinar Harian.

2.8.2000 hari pertama masuk kerja di situ sebagai stringer=wartwanan sambilan tapi bekerja almost everyday, gaji dibayar berdasarkan berita yang ditulis,i take (5 para)=RM15, 1 kilometer =RM 0.45 Sen, I keping foto=RM25.Itulah yang dimaksudkan dengan stringer di Bernama...Asigment pertama aku cover Majlis Perlancaran Villa Seri Tuanku di Anak Bukit oleh Sultan Kedah.

Then asgment lain sport(football,world junior badminton championship,tomoi,olahraga), crime (pak cik umur 80 tahun bunuh isterinya berusia 70 tahun,rompakan) banjir,politik dan sedikit ekonomi.Itu sajalah berita-berita yang pernah aku tulis.Ops, lupa aku pernah ikut Ketua Biro, Azeman Ariffin dan Kak Su cover PM kat Felda di Sik bulan puasa tahun lepas..Rasanya...arghhh aku tekanan kot masa tuh...but still a good memories kot.Huhu...

Meninggalkan tempat yang disukai...tempat disayangi, tempat mula-mula belajar mcm mana nak jadi wartwanan setelah 3 thn belajar di universiti.Ya, aku tak malu di sini untuk mengakui bahawa aku sedihhh.Tapi memikirkan aku takkan ke mana dengan terus bertahan di situ, aku memberanikan diri untuk memohon kerja di tempat lain dan alhamdulillah aku berjaya...

Apa yang teruk sangat kat Bernama tu..Banyak yang teruk..Gaji ciput ditambah dengan bekerja dengan org-org yang tak tahu etika kewartawanan..Pak Non..Sapa lelaki ini yang sebenarnya?Ada suara yg bagitau, mengikut sejarah dia adallah seorang kerani sejak tahun 1980 an lagi...Kemudiannya, dia dilantiuk menjadi wartwanan pada tahun 2005..so apa masalahnya?Memang ok tapi aku sangat tak berkenan dengan sikap pemalas , tak bertanggungjawab serta bodoh sombong dia.Kasar bunyinya penilaian aku untuk seorang lelaki yang hampir sebaya umnur dengan ayah aku.Im sorry for that tapi sekurang-kurangnya itulah yang penilaian aku pada dia.Selama berbulan-bulan aku diam, tak melawan kerana dia "org lama"...

Pernah pada satu hari aku balik dari membuat liputan MB Kedah melawat kawasan banjir di Yan.Dalam sidang media itu, MB mengumukan peruntukkan sebanyak RM 500 000 utk kerja-kerja menperdalamkan sungai di kawasan itu.Apabila sampai opis, aku mula menulis berita tentang perkara itu.Pada hari itu, hanya aku dan dia yang bekerja so dia bertindak sebagai OC.Selepas story tersebut siap, aku serahkan kpd lelaki itu untuk diedit sebelum dihantar ke KL.Peraturannya, selepas dia edit story tersebut, innitial namanya harus diletakkan di bawah berita tersebut sebaliknya dia menulis namanya di bawah tajuk berita iaitu di bahagian atas.Bermaksud dia pergi bersama aku ke Yan utk cover lawatan MB sedangkan hakikat sebenarnya dia hanya mengangkang di opis sahaja.Alasan yg diberikan "
ini story besar, kena letak nama saya",nanti KL bising.. hello,what the fuckk...Itu satu kezaliman untuk kerja penulisan aku.Kenapakah engkau tidak memahami perkara itu atau memang sengaja engkau menunjukkan belang sebagai "orang lama".....

Lupakan pasal dia yang kini tak ebih daripada sekadar enangan dalam langkah awal aku menjadi seorang wartawan...Gaji?Gaji dibayar sangat lamat..aku pernah mendapat gaji bulan september pada pertengahan November dan Gaji bukan November pada 6.1.2010..Aku terpaksa injam duit dari manusia2 sekeliling kot pada masa itu..Oh kenapakah mereka berbuat begitu..Tidak mereka tahu kami juga perlukan duit untuk meneruskan kelangsungan hidup...

Untuk Pak Non, aku harap dia akan berubah menjadi lebih bertanggungjawabb kalau benar seperti apa yang diungkapkannya iaitu org lama.Aku jugak harap Anim yang masih berada di situ akan bersabar menghadapi karenah dia.Inilah jalan dan cabaran yang kita pilih,jadi inilah harga kita terpaksa bayar...

Nampaknya untuk waktu ini, impian aku untuk menjadi staff tetap di Bernama akan berheti,mungkin untuk sementara waktu ini...yup, aku banar mahukan itu, malah kalau dalam tempoh 5 hari ini sebelum aku melaporkan diri di tempat kerja baru, kalau Bernama panggil aku interview dan berjaya, aku sanggup..Bunyinya macam aku terdesak sgt?Bukan terdesak,tapi aku rasa prestij dan kepuasaannya berbeza di Bernama.Apakah itu?Biarlah hanya aku sahaja yang tahu......

Anim: Terima kasih dan bersabarlah..Allah itu maha adil..Kak Su,tqvm utk tunjuk ajar dan kebaikan anda..Boss,tq....Jos..tq..kak yud..tq...pak cik..tq...abg ad..tq...Pak Non..bye.