24 November 2013

kahwin

Kahwin??

Minggu lepas, seorang lawan wanita yang 'pernah' rapat ada call aku. agak lama dia x call. setahun. kami borak kejap.tetiba dia tanya aku satu soklan...

" You dah nak kahwin ke?

aku terkejut kucing...

hah? npe tanya mcm tu. bla bla bla dia kata lah (entah betul entah tidak)..dia mimpi aku kahwin. ahahahaha. tapi tak nampak siapa pengantin perempuan. aku cuak. adus apsal dia mimpi aku kahwin pulak. dia rindu aku sangat ke..hehe

aku cakap eh xde la, rileks dulu, tunggu dua tiga tahun lagi.... hahaha.itu kisah lawak..

tapi semalam aku bermimpi benda yang sama. aku sedang sibuk buat persediaan kahwin aku.dan aku pakai baju pengantin warna merah..

tapi aku tak nampak siapa pengantin perempuan...

humm pelik jugak, tapi biasanyalahkan, mimpi selalunya terbalik, so bermaksud lambat lagi lah kot aku nak khwin, mgkin lagi 2,3 tahun

tapi kan, mungkin mimpi tu bpunca daripada apa yg aku dok fikir sejak dua tiga minggu lepas.

pasal kahwin.tiga minggu lepas, pi wedding member aku kat alor star

pastu dlam tempoh terdekat,a da 3 org kawan aku yg kahwin, semua pkat dok mesej suruh aku simpan cuti pi kenduri depa.

jadi benda tu terbawa2 dalam mimpi.

tapi serius la, dah rasa mcm sampai seru kot nak khwin. haha. bsediakah aku?

best kot kahwin nih. haha

20 September 2013

catatan september

2013 sudah memasuki bulan September.

Tinggal 3 bulan saja lagi. Azam masih tak dicapai, insyaallah, waktu yg bersisa ni akan aku cuba capai habis-habisan walaupun sejuta halangan dan kemalasan berada di depan.

How my life lately?

I dont know. Hidup mcm tu ja. Walaupun satu ketika rasa mcm diberi hidayah utk berubah ke arah yg lebih baik

Tapi ia tak bkekalan, aku pun tak pasti di mana kekurangan aku. Aku terus memilih jalan hidup yg salah kadang kala (kerap kali). Sikap angkuh masih menebal.

Aku pun sudah bosan sebenarnya, Kadang kala rasa mcm tak ada hala tuju, tak ada sasaran. Terus hidup mcm tu saja. 

    

15 August 2013

nak bercuti

im so lonely, listen to my heart..

sunyinya hidup, rasa kosong mcm lagu Najuwa Latip pon ada. haha. loosernya pit firdaus.

nak buat apa bg x bosan hidup, so kita kena ada target.

nak pi travel lah.

bulan oktober plan nak pi Semporna..bcuti..kalau sempat pi Lahad Datu, pastu bulan april nak pi Togean National Park, Sulawesi, indonesia atau mana2 national park di Thailand dan satu lagi nak pi Rabun Island di Jepun.

Wah byknya duit nak guna,come on, sila berjimat dan kumpul duit utk travel. mesti boleh

18 June 2013

kisah hati

Sebenarnya dalam hidup ini, kita pernah diberi peluang untuk membuat pilihan.

Terpulang pilihan bagaimana. Namun kadang kala ujian itu datang. Sakit. Sangat menyakitkan. Entahlah.Kisah hati.kadang2 perjalanannya tak seperti yg diharapkan.cuma jangan mengalah.Kalau jatuh, bangun dan lawan semula. Jgn biar diri musnah.

27 April 2013

bz teruk weh

Keja bz teruk. dari 10 april aku x off day sebab  sibuk nak PRU.

xkisah  lah, janji banyak OT dan claim.Alhamdulillah.

aku sumpah selepas semua kegilaan ini berakhir, aku nk pi cuti kt thailand.pulau kok lipe

12 April 2013

misteri rm500

Agak lama tidak mblog. Tapi kali ini memang kena kembali ke sini sb fb,twitter, bbm sudah tak berprivacy lagi.
Terlalu byk sgt kwn. kdg2 nak meroyan luahkan perasaan pon manyak susah. haha.

Jadi lepas ni, kita akan update dan luahkan perasaan di sini. 

Skrng ni kita busy teruk sb pilihan raya umum akan diadakan tak lama lagi.Jadi sb kita kerja mcm ni,byk lah ceramah2 politik yg kena cover, kdg2 sampai tgh malam. Esoknya asgment pagi plak.

Kita tak mengeluh tp enjoy. Sb yg bestnya, claim dan OT kita naik mcanak.Hehe.Ya Allah, tq utk rezeki. mcm bulan lepas, OT kita 34 jam bsama 5x keluar kawasan.

tapi bulan lepas, kita telah bazir RM500. sedihnya atas kebodohan sendiri. Bukan sb kita kalah berjudi.Demi Allah kita tak buat lagu tu.kali last kita main judi masa umur 16 tahun dulu-mesin kuda.lepas kantoi dan kena marah dgn kakak kita, terus stop main judi smpai skrng.

RM500 tu byk bg kita yg gaji below RM5K ni. cerita dia mcm ni, sorang kwn kita call buat kalut.katanya perlukan RM500 urgent. Kita yg kesian ni, tolonglah .

Tgh  malam dia call bgtaw kita, dia baru balik dari balai polis, buat report.katanya, dia dirompak sejurus keluar bank selepas amek duit RM500 yg kita pinjamkan.

Kita serius mcm tak cayalah. mmg tak caya sgt2 dgn ceritanya.menimbulkan empat belas juta psoalan.

sebenarnya, kita boleh ja tnya dia, balai polis mana yg dia buat report dan kita boleh check dgn OCPD.tapi kita xmau lah smpai tahap mcm tu.

salah kita jugak. sepatutnya kita cakap takda duit atau jgn bg RM500.bg dia pnjam RM200 ja, sekurang2nya kita selamat RM300 kat situ.tp nak buat mcm mana,benda da jadi.

skrng ni kita rasa mcm sukar la dia nak bayar duit kita. Huwaaaaa.menangis kejap.haha.xdak la mlawak ja.

Selang dua hari, dia call kita lagi, kali ni nak pinjam RM150. kali ni mmg kita maki dia, ckp butuh hang, (jgn memaki hamun, itu perbuatan tak baik) ingat aku cap duit ka. aku tak dak duit.yg tinggal cukup utk belanja smpai ujung bulan ja.

humm nilah kawan, kalo x tolong pon susah gak.         

17 January 2013

hello 2013

Selamat Datang 2013 :)

Tahun baru disambut dgn suadana bertugas di Padang Kota  iaitu mbuat liputan tahun baru negeri yg dihadapi Ketua Menteri.

Sebenarnya bukan nak cover dia sgt, dah dpt arahan, so pi jalah...

Apa harapan dan azam utk tahun ni? 

Tak ada apa sgt, just nak jd lebih baik dlm semua aspek dan capai apa yg gagal pada tahun lepas saja.