18 September 2009

Bulan Ramadhan Hari Raya..


Waktu Maghrib raya kedua.

Makan,minum,makan,minum dan lagi

With Mat Ki n Mandom

Zura menjadi dugong @ ular sawa selepas menikmati juadah raya berupa lontong di rumah Mira kot

Nora Kelvin n Baby.

Anak buah aku yangs emakin nakal dan kena lempang budak ni.

Jelitawan Che Wan bersama designer mereka.

My sister with my bro in law.

Cun!

Malu nak berdiri rapat dengan dia.

Raya dengan Rozita Che Wan,Ayu Raudhah dan Lan PetPet.Ayu n Rozita Cun dan tak sombong.

Aku beraya di tepi sawah padi.

Balik saja kerja, aku tak melepaskan peluang untuk beraya.Terus ke Kubang Rotan.

Aku kembali memblog utk kesekian kalinya.Jadi, ada banyak benda yg aku nak post...Konon2 nak lepas geram la.Haha..Alhamdulillah, hidup aku sudah agak tenang sedikit walaupun dugaan, cabaran dan halangan masih ada di hadapan.Ya, inilah yg dinamakan kehidupan.

Pengalaman berpuasa di kampung bersama keluarga tahun ini macam mana?

Menyeronakkan.Haha.Itulah yg aku rasa kerana sejak tiga tahun lepas, aku melalui saat2 Ramadhan bersama kawan2 di kampus.Jadi, tahun ini, setelah tiga kali Ramadhan tidak bersahur bersama keluarga, aku mendapat peluang itu.Syukur alhamdulillah.Sepanjang 30 hari berpuasa,memang aku tak dapat berbuka puasa hari2 di rumah kerana tuntutan tugas tapi oklah tu.At least, once in a while, dapat juga merasai masakan emak aku yg sememangnya yummy itu.

Bazaar Ramadhan?

Jujurnya tahun ini, aku hanya mengunjungi BR di kawasan Stadium Aman sebanyak 2 kali sahaja.Ya, dua kali sahaja kerana malas sangat.Time tu juga tengah kecoh pasal penularan virus A H1N1 (sekarang masih aktif lagi).Jadi aku putuskan untuk tidak ke bazaar.Balik keja terus pulang ke rumah.

Raya?
Terus terang, raya tahun ni tak meriah atas beberapa sebab.Pertamanya, 2 hari sebelum raya, aku dengan mak xcident.Aku ok tapi mak saja mengalami keretakkan pada bahagian pinggang.So,mak tak boleh bangun sehinggakan terlantar sahaja, malah nak ke toilet pon terpaksa dipapah.Raya tahun ni juga kat rumah tidaka da juadah air tangan mak.Kalau tahun2 sebelumnya, bihun sup dagiing utara adalah kemestian tapi tahun ini?Ya,tradisi memasak juadah itu diteruskan oleh kakak-kakak aku tapi sorry to say ya, memang tak sama dengan air tangan mak yang memang superb itu.Jadi, aku makan sikit ja.
Lagi, awat raya kali ni aku rasa macam tak meriah?Aku kena bertugas di pagi raya.Ya, pengalaman pertama aku bekerja di hari raya.Haha.Nasib baik jarak rumah ke ofis cuma 15 minit sahaja.Nasib baik juga aku bekerja di Alor Setar.Kalau aku bekerja di KL,memang confirmed aku tak dapat rasa sambutan raya tahun ini.Aku cuma cuti pada raya kedua sahaja.The rest days, keja,keja and keja.Tapi mujurlah aku sangat mencintai bidang tugas aku.One thing yang aku suka psal raya tahun ini ialah baju melayu berwarna biru firus kot.Aku suka bangat.Haha.Tapi baju melayu tu pun dibeli last minute iaitu malam raya.Kalau ikutkan, memang tak nak beli baju baru, tapi fikir2,boleh la,beli jelah.Raya tahun ni juga aku mempunyai pendapatan sendiri.Jadi aku bolehlah aku bagi duit raya sikit kepada mereka 2 yang aku rasa nak bagi.Hehe.Walaupun tak banyak,tapi itulah yang termampu.


02 September 2009

OK KA

Agak lama tidak post sebarang entry..Since balik dari Penang, ada post sekali ja pasal graduation day hari tu,lepas tu tak lagi.Aku bz, tidak sihat serta rasa tak ada mood untuk menulis.Ya,ghairah utk menulis blog tidak lagi bertandang.So,apa boleh aku buat,kenapakah jadi macam ini??

Since kerja kat Bernama, kadang-kadang (selalunya,) mood aku tak ceria la, jadi bila mood tak ceria, aku memang malas, malas kuar malam, malas lepak, jadi sesak nafas bila berada kat tempat yg ramai orang..apa kes...pastu badan jadi tak sihat, batuk dah 5 minggu tak ok, pastu macam-macam lagi, demam la, apa la, semua tu memang buat aku jadik tadakkk mood.

Aku perasan one thing, sejak aku balik bekerja di Alor Setar, aku jadi langsung tidak suka keluar lepak, ya benar2 tidak suka, aku suka balik rumah, mandi ,tengok tv lebih kurang dan tidur sekitar jam 10 malam.Eiii, bosankah hidup aku, kenapa jadi seperti ini..

Ada jugak kot beberapa reason-berkenaan dengan tak suka tempat ramai orang, mungkin sebab aku bimbang pasal H1N1 kot.Ya, HINI telah menjadi satu ancaman yg sangat serius sekarang ini.Oleh itu, jika tidak ada sebarang urusan yg sangat penting, jadi tak payh la keluar melepak kerana itu boleh membahayakan kesihatan...Ya, aku memang bimbang dengan keadaan sekarang, sehingga hari ini, sudah 71 orang nyawa di Malaysia terkorban akibat virus ini, ya, ini adalah sesuatu yg serius, angka keseluruhan yg meninggal akibat virus ini diseluruh dunia ialah lebih 2500 orang...


Aku bukan saja perlu berlawanan dengan virus HINI, tapi ada satu lagi virus yg cukup menyeksakan yg buat aku terseksa,,,tapi sekarang, alhamdulillah, sekarang dah beransur ok sikit...