31 July 2009

What Your Flavour Sir?


My sister visit me! Haha

Aku ketika kembali bekerja part time pada hari raya ketiga tahun 2007.Sungguh tragis keadaan waktu itu.Huhu.Lalalalalalalalallaalalalala

Aku dengan Aida.Masa ni part time di Baskin Robin Burma Road, ketika kami second year.

Ini flavour Jamoca Almond yang sangat aku suka!



"Welcome to Baskin & Robin

What your flavour Sir? "


Today is 31th.Yes, setiap kali tarikh 31hb(tidak kira bulan apa, asalkan bulan itu mempunyai 31 hari, bermakna hari untuk mencari duit tambahan.Tempohnya sepanjang tahun 2007-2008 ketika aku masih lagi study dalam tahun 1 dan 2 pengajian di USM.Pada tarikh itu, aku bersama beberapa orang kawan yang lain akan ke Baskin&Robin di Burma Road, Penang untuk buat part time.Gajinya pula ialah RM3 untuk 8 jam pertama,masuk jam kesembilan,gaji akan dibayar RM4.50.Biasanya,kami akan mula masuk kerja pukul 11 pagi-12tgh malam.Bolehlah dapat RM60-70.

Sebenarnya, setiap bulan yang ada tarikh sampai 31hb,Baskin Robin akan buat promotion untuk ice-cream.Sebanyak 31% diskaun akan diberikan kepada pelanggan tetapi merangkumi saiz pint(350g) quart (750g) dan half gallen (1350g).Aku tak ingat harganya tetapi yang pasti memang agak murah la berbanding harga pada hari biasa.Oleh itu, memang customer sangat ramai sehingga terpaksa beratur panjang.Memang letih.Waktu mula-mula kerja, memang penat, tangan jadi bengkak sebab scoop ice-cream.Sambil scoop,sambil makan tapi kena cover sikit la,jgn bagi customer nampak.Satu lagi, jangan bagi manager nampak, nanti membebel bla,bla,bla.Aku ingat lagi waktu second semester, aku tak balik kampung ketika Hari Raya Aidil Adha sebab kerja part time di Baskin Robin.Kebetulan pulak,pada tahun itu, Hari Raya Aidil Adha disambut pada tarikh 31.12.2007.Jadi kami bekerja malam raya haji.Keesokkan harinya, kerja lagi kerana masih ada promosi sempena new year dan ramai part time staf diperlukan!

Menginjak tahun kedua pula, aku pernah kerja di Baskin Robin,Sungai Dua(depan USM) pada hujung minggu selama hampir satu semester.Aku kerja setiap petang jumaat,sabtu, ahad (6ptg-12tgh mlm).Waktu ada masalah kewangan ke?Haha.Sampaikan aku balik raya puasa last minute.Raya ketiga, aku balik semula ke Penang untuk sambung kerja part time.Waktu tu bersemangat betul!

Masuk tahun ketiga,aku dah tak kerja lagi sebab sibuk sangat dengan tugasan.Dah lama aku tak makan ice-cream baskin robin.Rasanya oklah sedap jugak.My favourite is Jamoca Almond,Green Tea,

30 July 2009

Bank Condong Pertama Didunia di Malaysia.

Jam sekarang menunjukkan pukul 12.30 malam..malam jumaat lagi.Haha.Bosan,tidak ada benda yang nak dibuat.Bujang lagi.Haha..So keputusan diambil untuk check email,mana tahu ada email yang panggil aku interview.Hampa lagi!!!.Untuk kali ke berapa aku tak tahu.Huhu.

Tidak ada email yang berkaitan dengan interview kerja.bermaksud kena melipatganda usaha lagi untuk membuat/menghantar resume!.Salbiah, kawan sekolah aku memang rajin forward email yang lucu kepada aku.Kali ini aku tertarik untuk membuka email yang bertajuk Bank Condong Yang Pertama di Dunia, Di Malaysia!.Wow.Malaysia cipta rekod dunia lagi ke?

So layan jelah... : )


Bank Condong

Itulah bank condong pertama didunia.What nonsense la.Itu jamban.Bank sebegini dapat dilihat di kampung-kampung di Malaysia.Rumah kampung biasanya mempunyai tandas di luar rumah.Walau bagaimanapun, aku tak merasai pengalaman ini kerana toilet/bilik mandi rumah aku terletak dalam rumah.Hehe.Tapi mengikut cerita ibu ayah, waktu zaman 80 dan 90 an fenomena ini adalah biasa!

29 July 2009

Another Empty Day by Malaysia Bowler!


Korean finish 1,2 in double qualification and for sure to collect two medal.
Picture from abf.com

Malaysia women bowler continueing their blank form as none of them make the cut to semi final in double event at Cashman Bowling Centre, Las Vegas.
Malaysia best performer is the duo of Siti Safiyah Amirah and Zandra Aziela that claimed 16th spot with a total 2,500 pinfalls.Siti knocked down 190,174,171,227,217,and 267 for 1,246 while Zandra contribute 1,256 (192,201,217,194,234,216) over 108 double participant.

Malaysia second pair's Sharon Koh and Wendy Chai finished up at 17th with a total of 2,494 pinfalls. The biggest upset come from Malaysia hope for medal contention, Esther Cheah/Shalin Zulkifli who only managed to settle 24th spot with 2,452.

Asia powerhouse, South Korea start their medal campaign when two of their pair make it to step ledder slot.The double of Son Yun Hee/Hong Su Yeon topped the qualification round after ammased 2,616 pins,3 pin in front of their compatriot, Hwang Suk Ok/Gang Hye Eun (2,613).Denmark pair of Anne Gales/Rikke Holm Rassmusen finished 3th (2,608) while Aussie 2007 AMF World Champion,Ann Maree Putney partnered Carol Gionotti to claimed the last semi final place with 2,570, only 1 pin to thrash out another Denmark pair (Kamilla Kjeldsen/Mai Ginge Jensen 2,569).

Final Double Result
Semi Final
Carol Gionotti/Ann Maree Putney (AUS) beat Son Yu Hee/Hong Su Yeon(KOR) 417-409
Hwang Su Ok/Gang Hye Eun (KOR) beat Anne Gales/Rikke Holm Rasmussen(DEN)484-386
Final
Hwang Su Ok/Gang Hye Eun(KOR) beat Carol Gionotti/Anne Maree Putney (AUS)458-368

1 Hwang Su Ok/Gang Hye Eun (KOR) Gold
2Carol Gionotti/Ann Maree Putney(AUS) Silver
3Son Yu Hee/Hong Su Yeon(KOR)Bronze
3Anne Gales/Rikke Holm Rasmussen(DEN)Bronze



No Medal For Malaysia In Single Event!


Regeining World Champion, Siti Safiyah of Malaysia finished 6th while her teammate Zandra Aziela finished 21th.Both of them failed to make the cut for step ladder.

Malaysia Shalin Zulkifli and Sharon Koh failed to make the cut for step ledder after finished 19th and 71th.


Stefanie Nation of USA is ready to snatch first gold medal for host country as she finished top after six games of preliminaries round.

Sandra Gongora of Mexico created a big surprise on first day of competetion when she advanced to step ladder slot!Mantap seyh pompuan ni(cun+pandai bowl)

All photo is taken from AsianBowlingFederation.com



All Malaysian women bowler that compete in World Women Championship 2009 in Las Vegas, failed to make the cut for step ledder slot after preliminaries round of single event.However, reigning World Master Ranking Champion, Siti Safiyah Amirah give a good start of her game when she finished 6th overall and was the best Asian bowler so far.Siti registered 176,198,214,279,194 and 266 with avarage 221.17.Malaysia first PBA bowler Shalin Zulkifli could only managed 1,297 (211,173,218,192,265,and 236) to finished 19th overall.Zandra Aziela also did well to finished 21th with line up of 224,235, 210,223,204 and 186 for a total 1,282 pinfalls.Meanwhile the single gold medalist of 2005 WWC edition, Esther Cheah of Malaysia seem a bit struggle with shot oil lane condition of Cashmen Bowling Centre.She start poor games with 146 before improved her scored to registered 181,223,247,215 and finished 200 for a combined 1,212 pinfalls for 64 spot.Southpow Sharon Koh who was compete for second consecutive time also failed to make the cut after shot 1,207 pinfalls to finished 71th.Last edition single event bronze medalist,Wendy Chai failed to retained her podium finished when she also struggle with the lane condition.Wendy only manage to shot 1,163 to finished 116th over 228 contestent.

As expected, the host country start their gold medal campaign after Stefanie Nation topped the preliminaries round with a total 1,361 pinfalls.Mexico Sandra Gongora created a big suprised when finished strong in second position with 1,357.Danish Anja Gingle Jensen also advanced to semi final after scored 1,347 for third place.Last slot going to recent World Games Single Medalist, Krista Pollanen of Finland (1,345).

Single Final
Semi final
Stefanie Nation (USA) beat Krista Pollanen (FIN) 220-195
Sandra Gongora(MEX) beat Anja Ginge Jensen (DEN) 258-209
Final
Stefanie Nation(USA) beat Sandra Gongora(MEX)167-131
1 Stefanie Nation (USA) Gold
2Sandra Gongora(MEX)Silver
3 Krista Pollanen(FIN) Bronze
3 Anja Ginge Jensen(DEN)Bronze.


28 July 2009

Laksa Pukul 1 Pagi....


Ulam-ulaman untuk laksa.Ada semua ni baru layan makan laksa.Haha.
.
Baby yang hanya memakai lampin pakai buang turut menikmati Laksa Pukul 1 Pagi!





Kakak aku GILA!!!!Ya, dia sangat obses dengan laksa!Gara-gara tidak berpuas hati dengan rasa laksa yang dijual di sekitar Bukit Bintang, dia mengambil keputusan untuk masak laksa sendiri selepas balik kerja semalam dengan bantuan suaminya yg juga seorang "wayar spark" , mereka berjaya memasak laksa pada pukul 1 pagi.Gila.Kegilaan mereka turut dikongsi bersama dengan anak mereka yang berusia 2 tahun itu.Aku pun turut sama makan laksa tu semalam.Tak boleh tahan bau.Rasanya?Hurm, oklah not bad walaupun masih bukan yg paling enak.


27 July 2009

Tanya Pada Siapa By Angelika


Angelika – Tanya Pada Siapa



Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua

Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti

1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi

@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena

#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah

Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)

Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah

Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki

Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..










Dua tiga hari kebelakangan ni, aku suka betul dengar lagu di atas.Bagi aku, anak-anak muda yang bernama Angelika ini sangat kreatif dan berkarya.Muziknya funky tetapi masih tetap enak untuk dinikmati.Bila aku suruh kawan-kawan aku dengar, some of them tanya, lagu Indon ke?Ohh exactly not.Anak -anak muda Malaysia juga mempunyai bakat dan keupayaan untuk menghasilkan karya muzik yang mampu menangkap halwa telinga.

Sekarang ni, aku tengah tunggu, bila agaknya Angelika akan muncul membuat persembahan dalam TV.Orang-orang besar dalam industri muzik Malaysia, tolong bagi peluang kepada mereka ini, kerana aku percaya mereka mempunyai potensi hebat!

24 July 2009

Who Will Win?


Malaysia women eyeing to defent team gold medal.Good Luck!!
Picture from abf.com


Strong Korean women team anchor by Kim Yeau Jin in coming WWC.
Pic from Abf.com

Amerika Syarikat a.k.a Unites States of America memang gah dengan reputasi sebagai kuasa sukan dunia selain China dan Australia.Buktinya,setiap kali temasya Sukan Olimpik atau apa-apa kejohanan dunia, negara Uncle Sam itu tidak pernah gagal untuk meraih pingat emas.Sebutlah apa jenis acara sukan sekalipun, nama atlet mereka pasti tersenarai antara yang mencabar.Tiger Wood menguasai padang golf, Micheal Phelps pula terlalu unggul di kolam renang dan Maurice Green pula memecut laju di balapan.Itu sekadar beberapa nama sahaja.Apakah rahsia kejayaan mereka dalam lapangan sukan.Adakah kerana jumlah penduduknya yang ramai(melebihi 200 juta) menyebabkan mereka mempunyai banyak bakat-bakat untuk dicungkil dan diketengahkan.Ada kontro jika faktor ini dijadikan ukuran kerana India juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai (melebihi 800 juta namun masih gagal meraih emas pada Temasya Olimpik di Beijing tahun lalu).Mungkin kalau ditanya kepada pegawai-pegawai sukan di Malaysia, mereka mungkin memberi jawapan yang cukup klise iaitu pembangunan sukan!Apakah istimewanya pembangunan sukan negara itu kalau dibandingkan dengan negara kita.

Pernahkah kita membiarkan akal kita berfikir bahawa perancangan, tektikal dan berani menanggung risiko juga merupakan salah satu resepi kejayaan.Ya mungkin itulah rahsia mereka.Pada ketika ini, seluruh peminat sukan boling tenpin(malang sekali bagi Malaysia kerana acara sukan ini tidak dipertandingkan pada Temasya Olimpik) sedang menunggu gelanggang boling di Casman Center, Las Vegas, Amerika Syarikat dibuka kerana akan menjadi venue Kejohanan Boling Wanita Dunia 2009.Apa yang lebih menarik dan mencabar, buat pertama kalinya Persatuan Tenpin Bowling Dunia (WTBA) telah membenarkan pemain boling yang bergelar profesional untuk menyarung jersi negara masing-masing.Sebelum ini , hanya permain yang bertaraf amatur sahaja yang dibenarkan menyertai kejohanan dunia.Peraturan baru yang diluluskan ini sekaligus menyaksikan pasukan tuan rumah menjadi "hot favourite" bagi edisi kali ini.Apa tidaknya,enam orang pemain profesional,(bermain dalam liga profesional di negara itu,PBA) akan menggalas cabaran Amerika dengan sasaran utama mereka adalah untuk meraih pingat emas acara berpasukan yang mana kali terakhir mereka merasai nikmat pingat emas acara itu ialah 22 tahun lepas(aku berusia 1 tahun ketika itu, haha, so baby and cute kot aku waktu itu).Pada edisi 2005 di Aalborg,Denmark,pasukan wanitanya yang ketika itu dibarisi oleh Lynda Barnes,Stefanie Nation,Diandra Asbasty,Shanon Pulhowsky,Shanon O Keefe dan Lisa Noor dikecewakan oleh Taiwan dengan 12 pin.Dua tahun kemudian, ketika Montery, Mexico menjadi tuan rumah,impian menggunung Amerika Syarikat untuk meraih pingat emas acara berpasukan itu dileburkan pula oleh MALAYSIA dalam pertarungan paling sengit apabila Shalin Zulkifli melakukan spare untuk mencecah jatuhan pin 6,323 sekaligus menewaskan Amerika Syarikat dengan kelebihan 7 pin.Amerika yang dibarisi oleh Lynda Barnes,Shanon O Keefe,Diandra Asbasty,Tennelle Milligan,Shanon Pulhowsky dan Stefanie Nation sekadar berupaya menjatuhkan 6,317 jatuhan pin walaupun membuat kebangkitan hebat pada blok kedua permain acara itu.Selain Shalin, cabaran negara ketika itu turut dipikul oleh Esther Cheah,Zandra Aziela,Wendy Chai, Sharon Koh dan Choy Poh Lai.

Apakah Amerika Syarikat akan berjaya dalam misi untuk meraih pingat emas untuk edisi kali ini?Selain Amerika, Malaysia dan Australia juga menggunakan khidmat pemain profesional untuk saingan kali ini.Shalin Zulkifli (turn to pro last year) akan bersama-sama Esther Cheah,Siti Safiyah Amirah,Zandra Aziela, Sharon Koh dan Wendy Chai akan turun melorong bola dalam usaha untuk mempertahankan pingat emas,apatah lagi itulah sasaran utama Malaysia Tenpin Bowling Congres (MTBA) pada tahun ini.Australia pula kembali mendapatkan khidmat Maxine Nable yang juga Juara Piala Dunia AMF 1998 setelah hampir sepuluh tahun tidak menggunakan khidmatnya( Nable bergelar pemain profesional pada tahun 2000).Selain itu, Australia juga mengekalkan Ann Maree Putney (Juara Piala Dunia AMF 2007) untuk mengibarkan cabaran negara kangaru itu.Satu lagi negara yang turut menjadi pilihan untuk meraih pingat emas ialah gergasi boling Asia iaitu Korea Selatan.Pada edisi di Mexico, Korea meraih 2 pingat emas menerusi acara beregu dan all event.Namun untuk edisi kali ini, Korea dilihat menggunakan strategi berbeza apabila tidak menyenaraikan Choi Jin A yang menyumbang dua pingat emas tersebut sebaliknya menyenaraikan lima orang muka baru iaitu Hang Sun Ok,Jeon Eun Hee, Hong Su Yeon,Son Yu Hee dan Kang Hye Yun.Hanya Kim Yeau Jin sahaja yang disenaraikan.Apakah motif mereka.Adakah sekadar ingin memberi pendedahan tentang kejohanan dunia kepada pemain ini( jika benar,keputusan itu sangat bagus!).Walau bagaimanapun,pemain-pemain baru yang disenaraikan oleh Korea untuk edisi kali ini, tidaklah begitu berhingus malah mempunyai bisa yang tajam setanding dengan skuad utama.Mereka telah membuktikan pada Kejohanan Bowling Asia di Hong Kong tahun lepas apabila meraih 5 daripada 6 pingat yang ditawarkan!Baki dimenangi oleh MALAYSIA.

Keputusan Kejohanan Boling Asia Tahun 2008 ( lihat pencapaian KOREA SELATAN)


Single
1
Hwang Suk Ok (Korea) 225 218 236 249 290 279 1,497
2 Choi Jin A (Korea) 267 248 234 239 279 227 1,494
3 Jeon Eun Hee (Korea) 236 236 235 224 248 300 1,479
4 Kim Yeau Jin (Korea) 224 248 275 240 232 229 1,448
5 Esther Cheah (Malaysia) 225 224 228 239 254 227 1,397
6 Shalin Zulkifli (Malaysia) 248 255 202 236 217 234 1,392
7 Zandra Aziela (Malaysia) 228 210 205 235 246 246 1,370

#Nota; Sebanyak 61 pemain daripada 12 buah negara Asia mengambil bahagian

Double
1 Esther Cheah (Malaysia) 221 244 224 237 254 193 1,373
Shalin Zulkifli 200 187 222 257 224 236 1,326
2,699
2 Gye Min Young (Korea) 245 216 190 184 237 225 1,297
Jeon Eun Hee 276 198 228 221 214 167 1,304
2,601
3 Cheng Dongdong (China) 235 191 256 182 246 206 1,316
Wu Suqin 234 217 190 196 215 204 1,256
2,572
4 Hwang Suk Ok (Korea) 209 208 223 216 213 203 1,272
Kim Yeau Jin 225 226 266 202 196 182 1,297
2,569
5 Choi Jin A (Korea) 215 205 223 181 227 201 1,252
Gang Hye Eun 234 199 237 190 215 195 1,270
2,522

# Nota;30 beregu bertanding.

Trio
1 Gang Hye Eun (Korea) 204 176 244 260 228 227 1,339
Jeon Eun Hee 184 234 219 288 218 258 1,401
Gye Min Young 205 249 225 257 192 279 1,407
4,147

2 Choi Jin A (Korea) 202 244 218 235 238 245 1,382
Hwang Suk Ok 224 193 220 268 205 238 1,348
Kim Yeau Jin 178 215 269 279 258 199 1,398
4,128

3 Wang Yu Ling (Taiwan) 164 211 181 222 218 192 1,188
Chieh Hsiu Lan 202 246 202 203 180 186 1,219
Huang Chiung Yao 258 246 215 174 224 236 1,353
3,760

4 Esther Cheah (Malaysia) 171 161 188 245 240 225 1,235
Zandra Aziela 245 190 203 214 171 209 1,232
Shalin Zulkifli 202 242 196 224 200 218 1,286
3,760
# Nota;Sebanyak 18 trio bertanding.

Team

1 Choi Jin A (Korea) 216 232 300 153 185 183 1,269
Jeon Eun Hee 191 256 205 175 267 224 1,318
Gyang Hye Eun 258 199 236 177 222 219 1,311
Gye Min Young 0 0 0 205 267 241 713
Hwang Suk Ok 191 226 189 0 0 0 606
Kim Yeau Jin 210 193 207 190 218 228 1,246
6,463

2 Esther Cheah (Malaysia) 215 267 226 179 176 185 1,248
Wendy Chai 245 269 215 226 195 202 1,352
Siti Safiyah Amirah 201 189 204 184 203 203 1,184
Zandra Aziela 218 178 228 207 171 189 1,191
Shalin Zulkifli 171 238 192 194 184 246 1,225
6,200

3 Amanda Ng (Singapore) 257 222 191 173 255 149 1,247
Bernice Lim 163 194 192 168 196 178 1,091
Cherie Tan 233 238 175 215 205 216 1,282
Jasmine Yeong Nathan 246 213 199 191 216 255 1,320
Jazrell Tan 248 232 223 178 180 185 1,246
6,186

All Events

1 Jeon Eun Hee (Korea) 1,479 1,304 1,401 1,318 5,502
2 Choi Jin A (Korea) 1,494 1,252 1,382 1,269 5,397
3 Kim Yeau Jin (Korea) 1,448 1,297 1,398 1,246 5,389
4 Hwang Suk Ok (Korea) 1,497 1,272 1,348 1,224 5,341
5 Gye Min Young (Korea) 1,263 1,297 1,407 1,299 5,266
6 Esther Cheah (Malaysia) 1,397 1,373 1,235 1,248 5,253
7 Gang Hye Eun(Malaysia) 1,322 1,270 1,339 1,311 5,242

Master

1 Choi Jin A (Kor) 3,751
2 Gye Min Young (Kor) 3,727
3 Jeon Eun Hee (Kor) 3,653
4 Hwang Suk Ok(Kor) 3,592
5 Kim Yeau Jin (Kor) 3,575



Korea Selatan nampaknya dilihat menggunakan strategi yang sama dengan Amerika Syarikat apabila menggugurkan pemain yang menyumbang emas pada edisi terlalu.Amerika tidak menyenaraikan Diandra Asbasty untuk kali ini.Malaysia pula terus mengharapkan kudrat lima pemain yang beraksi dua tahun lepas iaitu Shalin Zulkifli ,Wendy Chai (Juara Master Dunia 2008) Esther Cheah, Zandra Aziela,Sharon Koh(Juara Terbuka Singapura 2009,Juara Terbuka Taiwan 2008)dan Siti Safiyah Amirah (Juara Master Dunia 2009 dan muka baru WWC).Hanya Choy Poh Lai yang digugurkan.

Negara manakah akan berjaya meraih banyak pingat emas.Dan yang paling dinantikan adakah Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan.Selain empat negara yang disebut di atas, apakah ada negara lain seperti Colombia, England, Sweden, Finland dan Singapura akan muncul membuat kejutan.Sama-sama kita nantikan dan kepada pemain Malaysia, selamat berjuang!!!

#Result from abf.com







23 July 2009

Video di Tengah Laut dan Cerita Sawah Padi.


In front of sawah padi at Kampung Sungai Baru Tengah,Alor Kedah.

Kegirangan di bendang pada hari raya.

Pic di sawah padi aka bendang ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha yang lalu.Kawan-kawan dari KL ikut pulang, kononnya nak merasai kemeriahan raya korban di kampung.Kawasan sawah padi ini didepan rumah kawan aku, Jimmy di Kampung Telok Talipon,Kubang Rotan,Alor Setar, Kedah.


Video bertarikh 30.6.2008.Asigment Jabatan Perikan Malaysia-menenggelamkan bot-bot nelayan yang menggunakan pukat tunda.Tujuan untuk dijadikan tukun tiruan.Ini semua dilakukan supaya hasil laut Malaysia mampu bertahan untuk tempoh yang lebih lama dan menjamin sumber pendapatan nelayan.Jika hasil daripada perlaksanaannya positif, Malaysia juga dapat mengurangkan import ikan daripada luar terutamanya Thailand!(aku rasa agak matang bila menulis seperti ini,haha)

Lupa plak, pak cik aku juga ada yg bergelar nelayan, malah ayah aku pon dulu ketika zaman muda, pernah juga turun ke laut kerana kampung nenek dengan laut tak jauh.Lagipun, aku memang sgt menghargai peranan dan sumbangan nelayan.Aku sangat-sangat suka makan ikan laut,ikan sungai dengan ikan air tawar, kurengg suka walaupon ketika zaman kanak-kanak, selepas padi dituai, aku selalu turun ke sawah padi a.k.a bendang membawa serkap untuk tangkap ikan such as haruan, puyu, keli,sepat, kadang2 ular pon terlekat..eiiiii,geli.Tak tahu kenapa suka sgt turun bendang masa tu.Mungkin hanya fikir seronak saja masa tu walaupun badan memang berbau kambing berlumpur, kuku kaki jangan cakap la bertukar warna jadi kuning berkarat.Haha.Eooo.Pastu bila balik rumah,terpaksa mandi lama-lama just nak hilangkan bau lumpur tu.Tapi itulah kenangan aku sebagai anak kampung jati kampung Sungai Baru Tengah,Alor Setar Kedah.Nanti bila aku balik kg, nak amek pic bendang byk2 dah uploadkan sahaja di sini!Itulah yang aku suka pasal Kedah.Kehijauan sawah padi sangat mendamaikan terutamanya selepas dua atau tiga minggu anak benih ditabur.Masa tu pemandangan sangat agak cun la.Siap boleh buat klip video lagi.Haha.Ditambah pula jika masa itu,angin sepoi-sepoi ataupun agak tak sepoi bertiup, pergghh memang layan la.Haha.

Walaupun Kedah terkenal dengan gelaran Jelapang Padi Malaysia kerana merupakan negeri pengeluar hasil padi yang utama di negara ini,namun aku risau apabila sesekali pulang ke sana.Ini kerana, semakin banyak kawasan sawah padi yang dibangunkan menjadi kawasan perumahan.Keadaan sangat ketara terutamanya sepanjang 12 tahun lepas.Aku harap pemerintah Kedah dapat melakukan sesuatu supaya keunikan Kedah sebagai Jelapang Padi Negara tidak hilang.

# Video tengah laut akan diupload akan internet connection laju.Sekarang ini connection sgt siput babi!

...................

Kedah,Kampung Sungai Baru Tengah, En Ismail,Puan Sopiah,my family,keluarga Pak Chaq,sawah padi depan rumah,laksa& ais kacang mak cik Gayah,musim banjir,koteow sup Kedai Cikgu Mat,Gunung Keriang, Muzium Padi,Kubang Rotan,SMK Kubang Rotan,Rumah Mie,Kota Kuala Kedah,Jambatan Kuala Kedah,Shahab Perdana,Uptown Stadium,STAR,SMK Tunku Abdul Malik,BERNAMA,Laksa Mama,Mee Ayam Food Court City Plaza,Alor Setar, Menara Alor Star, Jitra,Tasik Bandar Darul Aman, Lebuhraya Utara Selatan,Anak Bukit,Astro Ice& Cokodok,Keluarga Nenek,Pantai Leman,Kedai Abang,Stadium Darul AmanPenang,Kampus Induk USM,Desasiswa Fajar Harapan,School of Communication,Quensbay Malls,Gurney,Feringgi,Monkey Beach,Sungai Dua,Penang Bowl,Megalanes Bowl,Karaoke Relau,Petronas Bukit Gambir,Teh Ice Ganja, Pecal Ayam Batu Uban,Jambatan Pulau Pinang,Tesco Extra Sungai Dua,Bukit Jambul,Bazaar Ramadhan RST,Plaza LowYat,Kitaro,SungaWang,Monorail,Pavilion,FOS,Padini,Esprit,TopMan,Renoma,Levis,Everlast,Seed,Toshiba A200,Nikon SLR,Sony Erikson,LM Merah 14,Teh O Ice Laici,KFC,McD,Secret Recepi,Time Square,Ampang Superbowl Times Square,Capitol Hotel,Bukit Bintang,Cheras Awana,Bukit Indah,7E,Terengganu,Kuala Terengganu,Pulau Perhentian,Kuala Berang,Kuala Terengganu lagi...Felda Mengkawang,Air Terjun Betong,Pantai Batu Buruk..



20 July 2009

What Hot in Town?

vs



People in town now is busiet talking about rematch between English Premier League Champion,Manchester United with Malaysia National Team that will kick off 8.45 pm tonight at National Stadium Bukit Jalil.

Last Saturday The Red Devil has defeated "ten days traning team Harimau Malaya 3-2.Alex Furgeson should thanks to their new star Micheal Owen who scored their valuabe goal and denied Malaysia national squad to spring surprise victory.( I still considered as unexpected if Malaysia drew with M.U)

It is quite interesting to talked about outstanding performances by Amri Yahya (who play for Selangor) in local league.Good job Amri eventhough i really "hate" you in local football competition(I am the big fans of Kedah team).Haha.Surely, the confident level of Amri toward his games is increased and also boost the confident to their team to snatch Super Leauge Title.

Last night, Eday asked me did I want to go or not for rematch?My simple answer is NOT.The reasons is the price of the games ticket .The cheaper seat is RM80 (aku tak mampu juga,haha).Harga tiket mahal macam tak mahu bagi orang masuk(komuniti pelajar,maksudnya) kawan aku cakap.For me, the price is mahal seperti harga anjing Parsi eventhough i really want to be here to give my support to national team.Chaiyokk Malaysia for tonight match.The others reasons is my favourite EPL team is Liverpool.Haha.


Enough about rematch games between M.U and Malaysia.Today, Malaysia won one bronze medal from mixed double in opening day of tenpin bowling event in World Games at Kaishung, Chinese Taipeh.The debutans ,Andrian Ang and Zatil Iman Abdul Ghani do Malaysia proud after make the cut for semi-final buy finished third with 2,576 pinfalls in six games qualified ealier. Malaysia pair has also beat a few of world class bowler such as American Chris Barnes-Stefanie Nation,Philipino's hope of Maria Liza Del Rosario-Chester King and World Champion,Zara Glover and Darren Cundy of England.



Zatil Iman and Andrian Ang. Photo from Asian Bowling Federation Website.

However, Zatil and Andrian hot pace come to end after their lost semi final match to strong pair of Korean Gye Min Young-Kong Byoung Hee 391-421 and has to settle for bronze.Still it was a good achievement!Congrate! The Korean then continued their domination and won gold medal at Happy Bowling Alley by beaten Angie Ramirez-Manual Otarola 427-308 in final match.


# Saja nak tulis dalam English.Minta maaf kalau banyak grammar mistake! : )
Lagipun tak ada orang yang nak edit,dulu Serina dan Zima yang edit story aku. : )




19 July 2009

Realiti di Plaza Low Yat


Ali

Laris,memang laris hasil jualan lelaki Pakistan berbaju Merah ini.

Jus buah-buahan juga mendapat sambutan.

Nurul, salah seorang pelanggan setia ayam goreng berempah Ali.

" Fried Chicken, Currypuff,Sandwich, Juice "

Ungkapan itu akan didengar hampir setiap di Plaza Low Yat ketika jam menunjukkan pukul 5 petang dan ke atas.Pelantunnya pula ialah seorang lelaki Pakistan yang tidak begitu tinggi dan perutnya agak buncit.Dia akan menjinjing sebuah beg pakaian yang sering digunakan oleh orang-orang yang baru di tiba di Hentian Puduraya sekitar tahun 1990 an.Dalam beg itu, tersusun karipap, ayam goreng berempah, sandwich dan seleksi jus yang diniagakan oleh Ali,lelaki Pakistan yang aku maksudkan.
Karipap berinti telur rebus ubi kentang dijual pada harga RM1,Ayam Goreng Berempah,Sandwich dan Jus pula dijual pada kadar harga RM2.

Hari ini, tiba-tiba aku rasa nak beramah mesra dengan dia.Menurut Ali,dia mula menjejak kaki ke Malaysia pada tahun 2000 dan cuma pernah pulang sekali sahaja ke Lahore.Selepas itu, dia tak pernah balik lagi.Anak dan isterinya juga sudah dibawa ke Malaysia.Itu sahaja maklumat yang aku dapat.Cukuplah, malas nak tanya banyak.

Ali (betul ke nama sebenarnya).Aku tak pasti tentang namanya yang sebenar, tapi itulah panggilan budak-budak yang bekerja di sini kepadanya.So, aku pon panggil dia Ali.Ali ialah salah seorang daripada warga asing yang bersepah-sepah bekerja mencari rezeki di Low Yat.Cuma apa yang membezakan dia dengan warga asing yang lain ialah dia bekerja sendiri iaitu menjalankan perniagaan.Aku perasan, pada waktu tengah hari, dia menjual nasi lemak,waktu petang jual karipap dan ayam goreng.Kadang-kadang, untuk jualan waktu petang, dia buat tiga trip. Hurm, aku rasa agak lumayan juga pendapatan si Ali ni.

Sedap ke karipap dan ayam goreng berempah yang dijual Ali.Mulanya, aku langsung tak tergerak hati untuk membeli karipap daripadanya.Aku menganggap bahawa cara penyediaannya tidak hygien.Jadi setiap kali dia datang, aku buat tak tahu sahaja.Walau bagaimanapun, satu hari tu, aku rasa lapar dan malas hendak keluar makan.Aku cuma minum air dan hisap rokok sahaja dalam kedai.Ali muncul dan buat kali pertamanya aku membeli dan merasa karipap yang dijualnya.Rasanya sedap jugak tapi tidaklah terlalu lazat.Enak karipap itu pada tahap biasa-biasa sahaja kerana aku pernah makan karipap yang jauh lebih sedap lagi.Selepas makan, baru aku berfikir semula hygienkah cara penyediaannya?Sejak hari itu, aku tak membeli lagi karipap Ali.

Orang Malaysia memang terkenal dengan sikap supportive. Macam tu jugak dengan budak-budak yang kerja di sini.Merekalah pelanggan setia yang tak jemu membeli ayam goreng berempah.Menurut mereka, sedap!.Tapi aku masih tidak beli juga kerana fikirkan tentang hygien.Haha.Namun pendirian mula berubah selepas kali pertama mencuba.Ya, aku beli, bayar RM2,pilih bahagian drumstik dan menikmatinya.Wowwww.Awesome rasanya.Haha.Mungkin kerana ayam itu masih panas.Aku topup lagi ayam goreng itu ketika second trip Ali.Nampaknya hari itu, aku terkena penangan ayam goreng berempah Ali.Huhu.Wtf, haha.Dan keadaan yang sama berulang.Aku beli lima hari berturut-turut ayam goreng itu sehingga pada ahri keenam aku rasa muak dan tak mahu beli lagi.Cuma jus tembikai sahaja yang aku masih beli.For a while, aku nak stop makan ayam goreng berempah Ali.

Itu Ali yang menjual ayam goreng.Bagaimana dengan warga asing yang lain.Sesungguhnya sangat banyak warga asing di Malaysia.Plaza Low Yat menjadi lubuk mencari rezeki bagi mereka.Ali, si Pakistan yang menjual karipap, ayam goreng berempah dan jus.Sebenarnya, ada lagi warga Pakistan yang menjalankan perniagaan di Plaza Low Yat iaitu jual Laptop!Satu masa lalu(5 tahun lepas) peniaga Cina yang menguasai kaunter,kiosk, dan lot-lot kedai.Situasi mula berubah kini apabila warga asing terutama dari Pakistan yang mkenguasai rental-rental kedai di IT Mall ini.Apa sudah jadi.Pada tahun lepas, Kosmo pernah melaporkan tentang serbuan Jabatan Imigresen dan menangkap beberapa orang peniaga Pakistan.Namun, this is MALAYSIA bro.Lepas seminggu, peniaga Pakistan yang ditangkap itu kembali menjalankan perniagaan seperti biasa.Ya seperti biasa.Hurm, kenapa keadaan ini berlaku.Bagaimana orang asing yang tidak ada kerakyatan boleh rental?Asimple answer is the power of money!!!.



Pak Guard juga ada dikalangan warga asing terutamanya dari Nepal.Ya, adalah beberapa orang security Nepal yang menjaga keharmonian Low Yat.Penjaga toilet yang meminta bayaran RM0.50 pula terdiri daripada mak-cik-mak cik warga Indonesia dan lelaki -lelaki terpilih dari Bangladesh.Kenapa guna istilah lelaki terpilih.Yalah, kerana masih ramai lagi rakyat Bangladesh yang menunggu peluang untuk masuk bekerja di Malaysia.

Warga asing di Low Yat menguasai setiap floor.LG Floor yang menempatkan foodcourt juga dipenuhi dengan mereka sehingga post cashier yang sebelum ini sinonim dengan gadis Melayu dan Cina Malaysia juga kini berubah.Malah ada mamat Bangla yang jadi cashier!Tak boleh blah betul.Kakitangan kitchen jangan cakap la.100% mereka sapu.Aku bukan anti dengan warga asing yang bekerja di Malaysia malah mengalu-alukan kedatangan mereka lebih-lebih lagi yang profesional dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi mereka tapi kalau sampai level-level yang basic macam tu pon, takkan orang asing juga nak isi.Apa cerita ni Encik Datuk Menteri Sumber Manusia.Ini Malaysia beb!Ini baru di Plaza Low Yat, belum lagi tempat lain.Some said why so many foreign worker here for the post that I mentioned above is the low cos of salary paid to them and they willing to work.HURM!!Wtf again I said.


16 July 2009

The Story of Bernama.


Satu masa lalu.

Asgment tengah laut.Hari-hari terakhir menjalani latihan praktikal di Bernama.Ikut Jabatan Perikanan ke tengah laut berhampiran Pulau Bunting.Best jugak walaupon mabuk laut sekejap.

First of all, aku minta maaf jika gambar ini menyinggung perasan.Ini adalah satu kisah sedih.Anak mak cik berbaju biru yang berusia sembilan tahun telah meninggal dunia kerana dipanah petir di Pendang ketika pulang dari kelas AL-Quran.Al-Fatihah.

Asgment yg agak menyeramkan dan buat aku sedikit cuak.Kemalangan maut.Tangan mangsa terputus.Kemudian tangan yang terputus itu, terputus lagi kepada dua bahagian.Encik Polis menunjukkan sisa daging mangsa yg terletak di kereta.Kereta itulah yg melanggar mangsa.

Ini asgment yg best.Rombongan penyokong bola sepak pasukan Kedah ke Stadium Shah Alam sempena perlawanan akhir Piala FA tahun 2008.Aku sangup bangun awal pagi sebab tak nak terlepas
asgment ni.

Banyak juga kejadian jenayah yg berlaku di Kedah rupanya.Ini pula kes Jabatan Kebajikan Masyarakat
Daerah Kota Star yg dipecah masuk.

Asgment Program Sains Bersama Angkawasan di SMK Yan, Kedah.

Ini apa ni.Kes kecurian wayar elektrik kalau tak silap aku.

Lihat betul2 telur ayam yang dipegang oleh lelaki itu.Kebesaran Allah.

Ini pula asgment yg menghiburkan hati dan jiwa serta asgment masa lapang.Sepasang pengantin bersanding menggunakan ermmm apa ya(org Kedah panggil kebokta ).Menurut mereka, nak nampak kelainan.Well done for your effort!


Asigment tentang larangan menjual minyak kepada kenderaan asing dalam jarak 80 kilometer dari sempadan.Lokasi ialah di sebuah stesyen minyak berhampiran Bukit Kayu Hitam.

Ini asgment Persatuan Alumni UUM membuat gotong royang membersihkan dan membesarkan rumah penduduk kampung di Changloon, Kedah.

Asigment bersifat sukan mcm ni aku mmg suka.Majlis Penyerahan Bendera kepada atlet2 Kedah yg ke Sukma Terengganu.Location, Pusat Sukan UUM,Sintok,

Asigment suci di rumah Anak-anak Yatim,ALor Setar.

Asigment yg paling menyayat hati .25 orang banduan yg berkelakuan baik telah diberi kesempatan utk makan bersama anggota keluarga selama 2 jam sempena sambutan Hari Ibu Penjara Pokok Sena.Seorang anak memeluk bapanya.Seorang bapa yg gembira kerana akan dibebaskan sembilan tahun lagi setelah dipenjara selama 20 tahun.Seorang pemuda berusia 25 tahun yg dipenjara 226 bulan, seorang lelaki yg dipenjara 19 tahun dan seorang lelaki tua yg akan menghabiskan seluruh hidupnya dalam penjara.Aku bersimpati lebih-lebih kepada ibu-ibu banduan tersebut.

Asigment bersifat kemalangan.Kesian kepada mangsa-mangsa yg terlibat dalam kebakaran di Kampung Sanglang,sempadan Kedah-Perlis

Asigment bersifat politik.Hurm, kadang2 best jugak tapi kadang2 cam h*** politik ni.Keadaan semakin menjadi selepas PRU 12.

Asigment JPJ membanteras penunggang dan pembonceng motorsikal yg tak berlesan.Hurm sebenarnya
aku pun tak ada lesen.Lalalalalalalal.

Ini aku suka.Asigment yg paling dinantikan.Kedah vs Home United (Singapore) AFC Cup.
Kedah won 4-1.Epiiiiiiiiii.

Ini satu lagi kes jenayah yg sempat aku buat liputan.Kes rompakan kedai emas di Pekan Jitra yg
membabitkan kerugian RM1 juta.Wow, what the f*** la perompak.Rock!.Haha.

Asigment yg paling membosankan.Majlis angkat sumpah PBT yg baru.

Ketua Polis Daerah adalah sumber maklumat utama utk kes macam ni.

Ini adalah liputan kes jenayah pertama yg aku buat.Kes pembunuhan seorang nenek di Taman Berlian, Jitra,Kedah oleh cucunya sendiri iaitu pada 10 Mei 2008.Nenek itu dibunuh satu hari sebelum sambutan hari ibu.Agak menakutkan juga, maklumlah first time aku buat liputan kes bunuh tapi semuanya ok saja.



Semua gambar-gambar di atas mewakili kenangan aku di Bernama ketika menjalani latihan praktikal setahun yang lalu.Walaupun kini aku sebenarnya masih terkial-kial mencari peluang dan kesempatan bergelar wartawan selepas habis belajar, namun gambar -gambar tersebut tetap menyimpan kenangan.

Adakah aku masih berpeluang untuk menjadi warga Bernama sekali lagi.......Hanya masa yang dapat menjawab dan memberi penyelesaian kepada soalan aku.

15 July 2009

P.E.T.E.R R.A.S.A R.I.N.D.U


Rindu rambut ayam aku.Aida celaka kata rambut aku ayam.

Satu petang di Padang Minden..Aida, Aku, Fizi, Yus dan Jen.Fizi bila kita nak bergaduh bertumbuk, bermaki hamun lagi?

Ini adalah gabungan ketiga Major iaitu Journalism, Broadcasting dan Persuasive Communication batch aku.Hijau dan Kuning budak PR,Hitam film dan Merah ialah kami Journalism.

J for Journalism.Ni semua kawan2 yg sama major dengan aku iaitu Kewartawanan.Semuanya 45 org sahaja.Ada yg aku rindu dan ada jugak yg aku benci.Haha.

The unique of Penang.Inilah feri yg aku selalu naik utk ke Butterworth especially setiap petang Jumaat bila cuti hujung minggu.Tambang feri RM1.20.Dari Butterworth terus ambil tiket bus konsortium RM7.50 untuk balik ke Alor Setar.Walau bagaimanapun, menjelang tahun 3, tambang bas melambung naik mencanak ke RM 9.80.Kononnya surcaj.Cam sial.Bas kadang2 lambat jugak.Nasib baik tambang feri maintain.

Tempat lepak aku dalam kampus kalau tengah tension, lebih-lebih lagi time tak ada duit dengan serabut asigment yg bertimbun mcm lahanat.Lepak sorang diri kat sini petang2, hisap rokok sebatang dua, then back to hostel and zzzz.

Ini satu lagi rutin student Journalism.Selepas BK siap dicetak, kami akan susun dan bahagikan.
So at this moment, kami akan baca dulu. : ) Oh ada gadisku di situ : )

Mereka yg aku rindu,Haha...Ini selepas presentation SHE.Bergambar kenangan
depan school.Group kami dapat A utk subjek ni. : )

Berita Kampus yg kami hasilkan.

Pic ini pula ketika semester kedua first years.Waktu ni
aku jadi sukarelawan Briged Bencana USM.Kami ke Johor
yg teruk dilanda banjir awal 2007.Tempat yg kami kunjung ialah Kota Tinggi
dan Batu Pahat.

Ini adalah pic ketika aku first year.2006.Time ni senior konvo, pengalaman pertama merasai suasana konvo.Mat Jep (berbaju putih) juga telah berkahwin baru-baru ni.

Hari ni aku rasa nak post tentang R.I.N.D.U.....
RINDU apa....
Hurm inilah kali pertama rasanya aku rindu pada tempat menuntut ilmu...Haha...

I believed most of my friends also shared the same feelings with me...Aida, Kumutha,Fara,Fizi, Mah, Azad (Yusri, i dont know sbb dia xdak perasaan, haha).. Aida bagitau aku dia sampai mimpi that she is still USM student.

Haha..Ya, aku juga rindu segalanya tentang USM tapi tak sampai tahap mimpi mcm Aida.Tak sangka akhirnya kami yg selalu memaki hamun tempat tu sewaktu bergelar penuntut di situ kini dihukum dengan rasa rindu terhadap gedung ilmu itu.Haha...
Dan kini kami berkongsi rasa tidak sabar untuk kembali ke situ sempena konvokesyen pada bulan depan.

Yang aku rindu...

1 USM
2 School of Communication
3 Berita Kampus
4 Tn Hj Haroon
5 Kelas Lakonan Prof Samad
6 Laluan foyer
7 Melepak di Mamak Khalel
8 Pecal ayam di Batu Uban.
9 Desasiswa Fajar Harapan
10 Muka sengal sesetengah Pak Guard..
11 Buat liputan berita sukan
12 Kafeteria Bakti Permai (Jus buah, Gerai Makanan Minang, Soto)
13 Online sampai pukul 6 pagi, then terus tidur dan ponteng semua kelas pagi.
14 Jalan kaki pergi Sg Dua beli rokok, buah betik potong.
15 Teh Ice Ganja kat Longkang,lepak2 kat situ.
16 Laksa Pantai Jerejak
17 Dr Azwan moody and berleter ..haha...
18 Quensbay Malls
19 Bergaduh dengan Fizi and Nazir
20 Rindu rasa tak ada duit dan call kak aku suruh bank in duit
21 Jambatan Pulau Pinang yg selalu jamme mcm haram tu
22 Hisap rokok sambil usha line(Pak Guard Kedoh) kat Subaidah dlm USM
23 Batu Feringgi
24 BJ Bowl & Penang Bowl

25 Semua kawan2 yg aku syg dan menjadi sebahagian daripada perjalanan 3 tahun aku di sana!