26 June 2009

What About Now
by Chris Daughtry




Shadows fill an empty hear

As love is fading

From all the things that we are

But are not saying....


Can we see beyond the scars?

And make it to the down

Change the colours of the sky

And open up to

The ways you make me feel ALIVE

WHAT ABOUT NOW

WHAT ABOUT TODAY








Bagi waktu -waktu seperti sekarang, terasa sangat kosong dan kosong lagi.How can i overcome this feeling.








17 June 2009

Terengganu



Foto ini ialah ketika kunjungan kali ketiga pada Mei 2008.Foto ini dirakamkan di kawasan Air Terjun Betong,Hulu Terengganu.Budak-budak Kampung Felda Mengkawang dan kawan-kawan Joe yang merangkap kawan-kawan aku juga.


Ini pula ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Terengganu.Foto ini dirakamkan di Pantai Long Beach,Pulau perhentian.I love this beach very much coz it still clean.Meaning not bitch (pantai ini tidak tercemar dengan sampah sarap yang menyakitkan mata)

Ini pula muka kontrol.Aku rasa aku snap sendiri kot picture ini.Lokasinya ialah di Pantai Batu Burok,Kuala Terengganu pada satu petang hari.Foto ini juga ialah masa kali pertama aku bersama my geng menyelusuri Bandar Kuala Terengganu.Senyum Sokmo.

Siapakah mak cik ini?Jeng-jeng.Ini adalah kunjungan aku yang keempat ke Terengganu sempena Sukma 2009 iaitu pada bulan Jun.Mak cik ini berniaga keropok lekor di kawasan tapak ekspo Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak (sebahagian bumbung stadium ini runtuh baru-baru ini).Kenapa snap gambar mak cik ni yg tengah busy buat kerja.Sebenarnya mak cik ni baik tapi aku lupa nama dia.Anak dia telah menolong aku ke Bandar Kuala Terengganu untuk mengeluarkan wang kerana kawasan stadium tidak ada ATM.Terima Kasih banyak.

Ini pula bersama pasukan boling tenpin Kedah ketika Sukma di Terengganu.Dalam foto ni ada Noor Amirah,Tengku Ariff &Afnan dan Mama mereka yang sungguh baik.Lokasi di Diman Superbowl yang terletak dalam Stadium Sultan Mizan.

Ini ketika berada di atas bot kecil atau dipanggil "teksi" oleh penduduk tempatan.Bot yang lebih besar yg kami naik di Jeti Kuala Besut tidak dibenarkan menghampiri Pantai Long Beach di Pulau Perhentian.Jadi terpaksa naik bot ni dengan kadar harga RM2 setiap seorang.

15 June 2009

AKU MENDERITA !!!!11


Bahagian drumstik juga diserang.

Virus Gatal menyerang tangan.Sakit dan gatal .

Salinan Police report mengenai kehilangan dompet.


Tidak tahu macam mana untuk berfikir dan menulis untuk post kali ini.Bunyinya seperti aku patah semangat.Tidak.Bukan patah semangat cuma lemah kerana banyak perkara yang tidak begitu menggembirakan berlaku pada aku dalam tempoh dua tiga hari ni.

Pertama sekali, rancangan aku dgn Azam untuk menetapi dikawasan yang dekat dengan tempat kerja sudah selesai.Selepas penat dan berpeluh-peluh mencari,akhirnya kami jumpa bilik yang dekat dengan Plaza Low Yat,iaitu di Jalan Imbi. Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja ialah lima minit sahaja.Kami menyewa bilik yang mempunyai ruang yang cukup untuk dua orang.Kadar sewa ialah semahal RM350.Sorang perlu bayar RM175.Tak payah bayar deposit.Alhamdulillahllah.

Pada hari Sabtu lepas, dompet duit aku yang telah dicuri.Dalam tu ada kad pengenalan,kad atm Maybank, Student Card USM (tak mungkin aku akan dapat lagi, ahhh tidakkk) dan wang tunai RM300 (jumlah gaji pertama yang aku terima selepas bekerja satu minggu).Macam mana boleh jadi macam tu.Sebenarnya, aku rasa 70% kehilangan dompet tu adalah disebabkan KECUAIAN aku.Aku tertinggal dompet di seat belakang dalam kereta Noor.Aku benar-benar terlupa.Sampai ja dirumah selepas makan malam di Kampung Baru,aku terus masuk dalam rumah dan tidur.Esok pagi Nana guna kereta tu untuk jemput pak cik aku di Puduraya.Selepas bangun dan bersiap untuk pergi ekrja, baru aku sedar pasal dompet yang tertinggal tu.Aku terus call Nana.Dia cakap dia ada kat tingkat tiga dan parking kereta kat Basement 3.Aku mula rasa bimbang.On the way nak pergi parking, Nana call aku dan bagitau dompet aku tak ada dalam kereta.Ha sudah.Sampai kat kereta, aku terus masuk dan cari dompet tu dalam kereta tapi tak ada.

Sebenarnya....
SELEPAS JEMPUT PAK CIK AKU DARI PUDURAYA, NANA DAN MAK TERUS KE PLAZA LOW YAT.NANA DAN MAK AJAK PAK CIK NAIK ATAS TAPI PAK CIK CAKAP NAK TUNGGU MEREKA DALAM KERETA SAHAJA.NANA DAN MAK NAIK ATAS AGAK LAMA.HAMPIR DUA JAM.

PAK CIK CAKAP DIA BORING TUNGGU LAMA SANGAT KAT TEMPAT PARKING.OLEH ITU DIA JUGA TINGGALKAN KERETA TANPA DIKUNCI.TINGKAP BAHAGIAN PENUMPANG BELAKANG JUGA TIDAK BERKUNCI.DIULANGI,DIA TINGGALKAN KERETA MACAM TU SAHAJA SEDANGKAN DIA TAHU DALAM TU ADA BEBERAPA BARANG BERHARGA!!!! TERMASUK DOMPET AKU.BILA PAK CIK BERPATAH BALIK DAN SAMPAI KE KERETA, DIA TERNAMPAK SEORANG LELAKI YG TAK DIKENALI BERADA DALAM KERETA NOOR DAN DUDUK DI BAHAGIAN PEMANDU,PAK CIK BERTANYA BUAT APA?ORG TAK DIKENALI TU MENJAWAB,NAK KUNCI KERETA.KEMUDIAN TERUS KELUAR DARI KERETA NOOR DAN BERJALAN KE ARAH KERETANYA.PAK CIK BIARKAN SAHAJA!!!!!!!.SEBAB KES NI AKU BERGADUH DENGAN NANA.

Aku terpaksa buat laporan polis.Leceh betul semua proses2 itu.

Lepas tu bila pindah masuk rumah baru kat Jalan Imbi tu, aku diserang virus gatl kulit.Mulanya ingat gatal sikit-sikit ja tapi dalam masa 8 jam, beberapa bahagian di kaki, tangan dan perut telah membengkak.Adoiiii,sangat sangat sakit.Aku terpaksa pergi klinik dan disuntik serta diberikan beberapa jenis ubat.Aku menderita betul dengan kesakitan ini.Doktor cakap aku alergik dengan bangunan lama.Kawan -kawan aku cakap,aku terlanggar hantu.Apekahhh.....


12 June 2009

My Mum come to KL


My mum Sopiah bt Ismail-Gaya over nak pegi kenduli la tu : ))

Pagi time my mum sampai KL together my sis.Agak lama juga tak jumpa mak, last day jumpa 25 May which is hari aku bertolak ke KL.Mak, i miss u and loved you.

Pic tu waktu mak nak pergi kenduri umah Mie aku rasa.Mak kalau nak pergi kenduri memang suka pakai cantik.Hehehe.Cantik ke? Yolah cantik jugak.Satu lagi dia suka pkai bedak tujuh lapis.Haha.Apa pun, one things yang aku sedar, sekarang ni semakin hari aku semakin sayang kat mak aku.Bukan dulu aku tak sayang, tapi biasalah zaman budak-budak kan.Aku tak dapat berfikir dengan rasional dan matang.Selalu saja nak melawan dan bergaduh dengan mak.Aku masih ingat lagi time tingkatan 3 dan 4, memang hubungan aku dengan mak agak tidak baik.Aku menyesal kerana membiarkan situasi itu berlaku dahulu. : (

Satu perkara tak baik.Tapi aku melihat itu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup aku.Walau bagaimanapun, alhamdulillah, sekarang ni aku sedar mak adalah insan paling penting dalam hidup aku.Mak dah banyak berkorban untuk aku.Time aku sakit teruk sbb operation sekitar 2005, bila aku tersedar, mak lah yang ada disisi aku.

09 June 2009

Sebab Stadium Stadium Sultan Mizan Runtuh


Seranggggggggggggggggg.Firedddddddddddd!!!!

Raksasa telah menyembur api ke arah stadium sekaligus menyebabkan bumbung runtuh.
Haha..Kelakar siot.Sekarang tugas berat bagi pihak berkuasa ialah mencari raksasa itu?


Thanks to my school friend Salbiah yang telah forward email kepada aku.

So layan .....


03 June 2009

Stadium Sultan Mizan Collapsed


Aku snap pic sendiri time lepak kat Stadium Sultan Mizan di Gong Badak,Terengganu.


It collapsed yesterday morning.Picture from Kosmo Online.

The view from outside the stadium.


This picture is taken by me last year when i visited Terengganu during Sukma.

Pelik juga apabila kejadian ini berlaku kerana stadium itu MASIH SANGAT TERLALU BARU!!!!!!.

Hello what happend.Mengikut laporan media, kos yang digunakan untuk menyiapkan stadium tersebut ialah RM290 juta.Satu jumlah yang MAHA SANGAT BESAR bagi orang tak berwang seperti aku. : )).Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata peristiwa runtuhan bumbung itu adalah satu perkara yang memberi imej buruk dan memalukan negara.Ya, aku sangat bersetuju dengan kenyataan itu.Oleh itu, sesuatu harus dilakukan dengan segera supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.





01 June 2009

Kerja..


Me during works.Honestly im not happy with my job.Huhu..
This is my sister.Hurm, it is not easy to get the money.The only ways is
work hard and dont give.However, as her sibling,I will always give my
support to her and hope she will success.

This is Low Yat Plaza which located Off Jalan Bukit Bintang,Kuala
Lumpur.This is the biggest IT Mall in Malaysia.

Selepas tamat belajar bulan lepas, aku bekerja sementara disini.Bertempat di tingkat tiga, aku menolong my sister yang menyewa ruang kedai dan menjual laptop, beg laptop, akseosory computer,pendrive dan barang-barang seumpama waktu dengannya.Kalau nak ikutkan, memang aku agak sangat tidak berminat,tetapi untuk waktu macam sekarang, memang tidak ada banyak pilihan.

Aku memang kemaruk sangat nak bekerja dalam bidang yang aku study di universiti dulu but so far tidak ada rezeki lagi.