Piala Malaysia 2011 terpalit satu penindasan terhadap penyokong apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan harga bagi semua tempat duduk ialah RM50. Ada apa dengan harga itu. Gila. Kenaikan lebih 100% berbanding RM30 tahun lepas.
Maka, mengamuklah pecinta bola sepak tempatan terutamanya penyokong kedua buah pasukan iaitu Negeri Sembilan dan Terennganu, juga penagih stadium di kalangan rakyat Malaysia yang lain.
FAM ditentang, bukan sahaja oleh penyokong, tetapi Menteri Belia dan Sukan juga menegur harga cekik darah tu. Ultras Malaya juga membantah, begitu juga dgn Ultras Tranung dan UN9.
Media juga membantu.Utusan Malaysia memaparkan pada muka depannya beberapa hari sebelum perlawanan dengan tajuk besar TURUNKAN HARGA TIKET. Salute Utusan Malaysia for that. =p...