30 December 2009
KL untuk temu duga kerja baru =d
22 November 2009
No Title for Host Nation
Siti finished third after lost to Zara Giles of England in semi final match.
Siti who finished 10th during her debut at 2006 AMF Edition at Caracas,Vanuezuela failed to delived her good form as she only managed to score 180 while Giles more agressive with 202. Siti fine run during qualification round come to end after lost 218-226 for second games eventhough strong finished with six strike on row.
However, Giles also failed to captured her first ever AMF Cup after lost to Caroline Lagrange of Canada in Final 194-181, 181-210,211-218.
18 November 2009
45th Qubica AMF Bowling World Cup at Malaysia

Malaysia hope, Siti Safiyah Amirah make the cut for semi final.This is her second time compete in AMF World Cup.Her first debut is 2006 at Venuezuela where she finished 10.Picture from Asian Bowling Federation website.
Siti Safiyah Amirah stand a chance of becoming the first Malaysian to claim the AMF World Cup title as she made the cut for semifinal.In the quaterfinals of eight bowler,Siti showed her fighting spirit when she blaze teh lanes with 226,258,186,290,233,183,201 and 220 for 1,797 including 120 bonus point to place herself second spot.However, Siti need to stay focus when others bowler also play well.Canada,s Caroline Lagrange take over the lead as she fired the lanes of Melaka International Bowling Centre(MIBC)with 234,245,235,203,227,276,237 and 225 for 1,882 pinfalls including 240 bonus points.Caroline also won all her eight match!.First block leader, Zara Giles of England dropped to third place after score 1,707 for a grand total 8,823 pinfalls.
Other five bowler who failed to make the cut for semi finals is Baek Seung Ja(Korea) 4th 8,719,Helen Johnsson (Sweden) 5th 8,595, Liza Del Rosario(Phi) 6th 8,575, Tennelle Milligan(Usa) 7th 8,539 , Diana Zavjalora (Latvia) 8th 8,488.
Meanwhile, the journey for Zulmazran Zulkifi in this AMF edition come to end after he failed to make the cut for semi final.Zulmazran finished at 6th with 8,919 even he shot the higheset score the among eight participant (1,755 pinfalls)In last year edition at Hermosillo,Mexico Zulmazran finished 3rd.First block leader,Choi Yong-Kyu of Korea maintained his top spot as he added 1,764 including first perfect games during 38 games for a grand total 9,182. Micheal Schmidt of Canada come to second with 9,062 while Indonesia Ryan Lalisang also advanced to semifinal with 8,988 pinfalls.
American pro and the favourite,Walter Ray William Jr failed to captured the title when he finished semifinal at 6th position with 8,919.
04 November 2009
Kelab Penyokong Kedah Terkejut Penyerang Berpotensi Digugurkan
Timbalan presidennya, Mohd Romzi Hassan, berkata rata-rata penyokong menyuarakan rasa tidak puas hati kerana ada pemain lain yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan pada musim lalu, masih dikekalkan.
"Azrul menunjukkan prestasi yang memuaskan sepanjang musim lepas dan jika KFA mampu mencari pengganti yang lebih bagus daripada Azrul, mungkin tidak menjadi masalah tapi bagaimana kalau sebaliknya?" katanya kepada Bernama di sini Rabu.
Selain Azrul, KFA pada 2 Nov lepas turut menggugurkan empat lagi pemain iaitu Mohd Afif Amiruddin, Monospak Kram, Rafiz Abu Bakar dan Muhammad Nazmi Baharom daripada terus menyarung jersi Kedah bagi saingan Liga Malaysia musim 2010.
Mohd Romzi berkata Azrul telah menjaringkan 13 gol termasuk melakukan hatrik dalam perlawanan antarabangsa menentang Vietnam ketika Kedah beraksi pada pertandingan Piala Juara-Juara Asia (AFC Cup) musim lepas.
Katanya prestasi yang ditunjukkan oleh pemain berusia 24 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu boleh dianggap memuaskan kerana saingan musim lepas adalah penampilan pertamanya bersama pasukan Kedah.
"Memang dia tidak menjaringkan 20 gol tetapi harus diingat ini adalah musim pertamanya yang lebih kepada menyesuaikan diri dan membentuk persefahaman dengan pemain lain dan siapa tahu dia akan lebih menonjol pada musim depan," katanya.
-- BERNAMA
27 October 2009
Suram

Pic ini sesuai dengan keadaan aku sekarang.Ya, aku baru botakkan kepala lagi.Aku pon tengah tension psal gaji tak masuk lagi.Credit to pemilik asal pic ni yg aku xtaw sapa.
Hari ini rasa macam hari borink sedunia plak.Kenapakah.Hari ni aku bangun lambat kot.Pukul 11.05 pagi walaupun aku ditugaskan untuk membuat liputan Kejohanan Badminton Dunia pada pukul 9 pagi.Erm apa la nak jadi dengan aku sekarang ni.Malas semakin berlemak.Haha..Nak buat macam mana, kalau dah terbangun lewat, nak kecoh apa lagi.Walau pun bangun lewat, aku tetap tak nak rushing2.Memang itu sifat aku sejak zaman belajar lagi.Dulu, kelas pukul 8 pagi,aku bangun pukul 7.57.So, aku pon slow2 amek tuala dan pergi mandi macam biasa.Langsung x kalot.
Hari pon sama, aku buat macam biasa jugak.Hari ni start acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.Persembahan Malaysia?Boleh lahhh.Ahhhhhhhhhhhh tak semangat langsung nak tulis pasal badminton.,..
Kenapa ya?Kerana aku kerja macam lembu tapi gaji untuk bulan SEPTEMBER!!!!!! Adusss sebab tu jadi malas.Yalah aku kerja penat kot,tapi lembab betul nak bayar gaji aku padahal bukannya banyak sangat pon.Huhu.Yelah duit xda, macam mana nak semangat!!!!!Dah duit keperluan pentinggg.Aduss..Nasib baik ada tempat berpaut saat macam ni.
Mama, tQ very sebab masih mampu untuk memegang aku yg hampir jatuh walaupun keadaan mama sendiri juga tak stabil.Thank a lots mum....
Aku rasa kena jadi lebih agresif kot cari kerja lain yang menjanjikan keselesaan.Kat sini, sudah tidak menjanjikan bulan dan bintang buat aku.
Badminton World Junior C'Ship 09

Me with Muhammad Syawal Ismail.Last night, he was called to replace Iskandar in final..However, he failed to force a rubber set games despite leading 20-19 in the second and went lose the match 15-21,23-25.
Minggu yang agak sibuk but I like.Haha.Sekarang ni World Junior Badminton Championship sedang berlangsung di Alor Setar.Aku ditugaskan untuk cover event ni.Well, best jugak walaupun badminton bukanlah sukan yg aku minat sgt.
Semalam telah berlangsung final mixed team event.Malaysia make it into the final staged after defeated Taiwan 3-1.However, our youngster failed to get their hands the title after being outclassed 3-0 by China at the Sultan Abdul Halim Stadium.
Esok akan berlangsung acara perseorangan and Malaysia one agains put the hope on Iskandar Zulkarnain Zainuddin and Muhammad Syawal Mohd Iskandar.Well, what can i say is All the best ya.
18 September 2009
Bulan Ramadhan Hari Raya..
Waktu Maghrib raya kedua.
Makan,minum,makan,minum dan lagi
With Mat Ki n Mandom
Zura menjadi dugong @ ular sawa selepas menikmati juadah raya berupa lontong di rumah Mira kot
Nora Kelvin n Baby.
Anak buah aku yangs emakin nakal dan kena lempang budak ni.

Jelitawan Che Wan bersama designer mereka.

My sister with my bro in law.

Cun!

Malu nak berdiri rapat dengan dia.

Raya dengan Rozita Che Wan,Ayu Raudhah dan Lan PetPet.Ayu n Rozita Cun dan tak sombong.

Aku beraya di tepi sawah padi.

Balik saja kerja, aku tak melepaskan peluang untuk beraya.Terus ke Kubang Rotan.
Aku kembali memblog utk kesekian kalinya.Jadi, ada banyak benda yg aku nak post...Konon2 nak lepas geram la.Haha..Alhamdulillah, hidup aku sudah agak tenang sedikit walaupun dugaan, cabaran dan halangan masih ada di hadapan.Ya, inilah yg dinamakan kehidupan.
Pengalaman berpuasa di kampung bersama keluarga tahun ini macam mana?
Menyeronakkan.Haha.Itulah yg aku rasa kerana sejak tiga tahun lepas, aku melalui saat2 Ramadhan bersama kawan2 di kampus.Jadi, tahun ini, setelah tiga kali Ramadhan tidak bersahur bersama keluarga, aku mendapat peluang itu.Syukur alhamdulillah.Sepanjang 30 hari berpuasa,memang aku tak dapat berbuka puasa hari2 di rumah kerana tuntutan tugas tapi oklah tu.At least, once in a while, dapat juga merasai masakan emak aku yg sememangnya yummy itu.
Bazaar Ramadhan?
Jujurnya tahun ini, aku hanya mengunjungi BR di kawasan Stadium Aman sebanyak 2 kali sahaja.Ya, dua kali sahaja kerana malas sangat.Time tu juga tengah kecoh pasal penularan virus A H1N1 (sekarang masih aktif lagi).Jadi aku putuskan untuk tidak ke bazaar.Balik keja terus pulang ke rumah.
Raya?
Terus terang, raya tahun ni tak meriah atas beberapa sebab.Pertamanya, 2 hari sebelum raya, aku dengan mak xcident.Aku ok tapi mak saja mengalami keretakkan pada bahagian pinggang.So,mak tak boleh bangun sehinggakan terlantar sahaja, malah nak ke toilet pon terpaksa dipapah.Raya tahun ni juga kat rumah tidaka da juadah air tangan mak.Kalau tahun2 sebelumnya, bihun sup dagiing utara adalah kemestian tapi tahun ini?Ya,tradisi memasak juadah itu diteruskan oleh kakak-kakak aku tapi sorry to say ya, memang tak sama dengan air tangan mak yang memang superb itu.Jadi, aku makan sikit ja.
Lagi, awat raya kali ni aku rasa macam tak meriah?Aku kena bertugas di pagi raya.Ya, pengalaman pertama aku bekerja di hari raya.Haha.Nasib baik jarak rumah ke ofis cuma 15 minit sahaja.Nasib baik juga aku bekerja di Alor Setar.Kalau aku bekerja di KL,memang confirmed aku tak dapat rasa sambutan raya tahun ini.Aku cuma cuti pada raya kedua sahaja.The rest days, keja,keja and keja.Tapi mujurlah aku sangat mencintai bidang tugas aku.One thing yang aku suka psal raya tahun ini ialah baju melayu berwarna biru firus kot.Aku suka bangat.Haha.Tapi baju melayu tu pun dibeli last minute iaitu malam raya.Kalau ikutkan, memang tak nak beli baju baru, tapi fikir2,boleh la,beli jelah.Raya tahun ni juga aku mempunyai pendapatan sendiri.Jadi aku bolehlah aku bagi duit raya sikit kepada mereka 2 yang aku rasa nak bagi.Hehe.Walaupun tak banyak,tapi itulah yang termampu.
02 September 2009
OK KA
Since kerja kat Bernama, kadang-kadang (selalunya,) mood aku tak ceria la, jadi bila mood tak ceria, aku memang malas, malas kuar malam, malas lepak, jadi sesak nafas bila berada kat tempat yg ramai orang..apa kes...pastu badan jadi tak sihat, batuk dah 5 minggu tak ok, pastu macam-macam lagi, demam la, apa la, semua tu memang buat aku jadik tadakkk mood.
Aku perasan one thing, sejak aku balik bekerja di Alor Setar, aku jadi langsung tidak suka keluar lepak, ya benar2 tidak suka, aku suka balik rumah, mandi ,tengok tv lebih kurang dan tidur sekitar jam 10 malam.Eiii, bosankah hidup aku, kenapa jadi seperti ini..
Ada jugak kot beberapa reason-berkenaan dengan tak suka tempat ramai orang, mungkin sebab aku bimbang pasal H1N1 kot.Ya, HINI telah menjadi satu ancaman yg sangat serius sekarang ini.Oleh itu, jika tidak ada sebarang urusan yg sangat penting, jadi tak payh la keluar melepak kerana itu boleh membahayakan kesihatan...Ya, aku memang bimbang dengan keadaan sekarang, sehingga hari ini, sudah 71 orang nyawa di Malaysia terkorban akibat virus ini, ya, ini adalah sesuatu yg serius, angka keseluruhan yg meninggal akibat virus ini diseluruh dunia ialah lebih 2500 orang...
Aku bukan saja perlu berlawanan dengan virus HINI, tapi ada satu lagi virus yg cukup menyeksakan yg buat aku terseksa,,,tapi sekarang, alhamdulillah, sekarang dah beransur ok sikit...
21 August 2009
Ramadhan 1430
Minggu kedua aku bercuti selama 5 hari ke Penang untuk urusan konvokesyen.5 hari yang bermakna duhabiskan bersama rakan-rakan, kampus dan penang yg dirindui.Haha,Sampai ja kat jety, terus amek bus Rapid 302 , terus ke Nasi Kandar Istimewa di Bukit Gambir bcoz semua kwn2 aku dah ada sana.Aaron, Aida, Jen, Zima.Agak lama la tak jumpa diorang, mase ni la borak, borak and borak.Macam -macam hal yang kami bla, bla,bla,bla kan.Ya, agak rindu la mereka sume.
16 August 2009
Graduation Day-Class of 2009.
Some of my family members that present on my graduation day!
Azimah,Aida, Aaron,Jen,Hazwani, Pee See and Me!
From left is me Mohd Firdaus Ismail (Bachelor of Communication (Journalism& History), Aida Azira Husien( Bachelor of Communication (Persuasive),Aaron Rao (Film& Broadcasting) and also Ahmad Yusri Yusoff (Communication &English)
Me with my lovely mum on graduation day last week!Thanks a lot mama.
07 August 2009
Terkini
05 August 2009
kesibukan melanda
01 August 2009
Trio Gold Medal Goes To Chinese Taipeh
Japan and Denmark took home the bronze medal while Malaysia trio finished 19th (Siti Safiyah,Esther Cheah,Shalin Zulkifli) 3,622 .The trios comprise of Zandra Aziela,Sharon Koh,Wendy Chai finished 30th with 3,549.
31 July 2009
What Your Flavour Sir?

My sister visit me! Haha

Aku ketika kembali bekerja part time pada hari raya ketiga tahun 2007.Sungguh tragis keadaan waktu itu.Huhu.Lalalalalalalalallaalalalala

Aku dengan Aida.Masa ni part time di Baskin Robin Burma Road, ketika kami second year.

Ini flavour Jamoca Almond yang sangat aku suka!
"Welcome to Baskin & Robin
What your flavour Sir? "
Sebenarnya, setiap bulan yang ada tarikh sampai 31hb,Baskin Robin akan buat promotion untuk ice-cream.Sebanyak 31% diskaun akan diberikan kepada pelanggan tetapi merangkumi saiz pint(350g) quart (750g) dan half gallen (1350g).Aku tak ingat harganya tetapi yang pasti memang agak murah la berbanding harga pada hari biasa.Oleh itu, memang customer sangat ramai sehingga terpaksa beratur panjang.Memang letih.Waktu mula-mula kerja, memang penat, tangan jadi bengkak sebab scoop ice-cream.Sambil scoop,sambil makan tapi kena cover sikit la,jgn bagi customer nampak.Satu lagi, jangan bagi manager nampak, nanti membebel bla,bla,bla.Aku ingat lagi waktu second semester, aku tak balik kampung ketika Hari Raya Aidil Adha sebab kerja part time di Baskin Robin.Kebetulan pulak,pada tahun itu, Hari Raya Aidil Adha disambut pada tarikh 31.12.2007.Jadi kami bekerja malam raya haji.Keesokkan harinya, kerja lagi kerana masih ada promosi sempena new year dan ramai part time staf diperlukan!
Menginjak tahun kedua pula, aku pernah kerja di Baskin Robin,Sungai Dua(depan USM) pada hujung minggu selama hampir satu semester.Aku kerja setiap petang jumaat,sabtu, ahad (6ptg-12tgh mlm).Waktu ada masalah kewangan ke?Haha.Sampaikan aku balik raya puasa last minute.Raya ketiga, aku balik semula ke Penang untuk sambung kerja part time.Waktu tu bersemangat betul!
Masuk tahun ketiga,aku dah tak kerja lagi sebab sibuk sangat dengan tugasan.Dah lama aku tak makan ice-cream baskin robin.Rasanya oklah sedap jugak.My favourite is Jamoca Almond,Green Tea,
30 July 2009
Bank Condong Pertama Didunia di Malaysia.
Tidak ada email yang berkaitan dengan interview kerja.bermaksud kena melipatganda usaha lagi untuk membuat/menghantar resume!.Salbiah, kawan sekolah aku memang rajin forward email yang lucu kepada aku.Kali ini aku tertarik untuk membuka email yang bertajuk Bank Condong Yang Pertama di Dunia, Di Malaysia!.Wow.Malaysia cipta rekod dunia lagi ke?
So layan jelah... : )

Bank Condong
29 July 2009
Another Empty Day by Malaysia Bowler!

Korean finish 1,2 in double qualification and for sure to collect two medal.
Picture from abf.com
Malaysia best performer is the duo of Siti Safiyah Amirah and Zandra Aziela that claimed 16th spot with a total 2,500 pinfalls.Siti knocked down 190,174,171,227,217,and 267 for 1,246 while Zandra contribute 1,256 (192,201,217,194,234,216) over 108 double participant.
Malaysia second pair's Sharon Koh and Wendy Chai finished up at 17th with a total of 2,494 pinfalls. The biggest upset come from Malaysia hope for medal contention, Esther Cheah/Shalin Zulkifli who only managed to settle 24th spot with 2,452.
Asia powerhouse, South Korea start their medal campaign when two of their pair make it to step ledder slot.The double of Son Yun Hee/Hong Su Yeon topped the qualification round after ammased 2,616 pins,3 pin in front of their compatriot, Hwang Suk Ok/Gang Hye Eun (2,613).Denmark pair of Anne Gales/Rikke Holm Rassmusen finished 3th (2,608) while Aussie 2007 AMF World Champion,Ann Maree Putney partnered Carol Gionotti to claimed the last semi final place with 2,570, only 1 pin to thrash out another Denmark pair (Kamilla Kjeldsen/Mai Ginge Jensen 2,569).
Final Double Result
Semi Final
Carol Gionotti/Ann Maree Putney (AUS) beat Son Yu Hee/Hong Su Yeon(KOR) 417-409
Hwang Su Ok/Gang Hye Eun (KOR) beat Anne Gales/Rikke Holm Rasmussen(DEN)484-386
Final
Hwang Su Ok/Gang Hye Eun(KOR) beat Carol Gionotti/Anne Maree Putney (AUS)458-368
1 Hwang Su Ok/Gang Hye Eun (KOR) Gold
2Carol Gionotti/Ann Maree Putney(AUS) Silver
3Son Yu Hee/Hong Su Yeon(KOR)Bronze
3Anne Gales/Rikke Holm Rasmussen(DEN)Bronze
No Medal For Malaysia In Single Event!

Regeining World Champion, Siti Safiyah of Malaysia finished 6th while her teammate Zandra Aziela finished 21th.Both of them failed to make the cut for step ladder.

Malaysia Shalin Zulkifli and Sharon Koh failed to make the cut for step ledder after finished 19th and 71th.

Stefanie Nation of USA is ready to snatch first gold medal for host country as she finished top after six games of preliminaries round.

Sandra Gongora of Mexico created a big surprise on first day of competetion when she advanced to step ladder slot!Mantap seyh pompuan ni(cun+pandai bowl)
All photo is taken from AsianBowlingFederation.com
As expected, the host country start their gold medal campaign after Stefanie Nation topped the preliminaries round with a total 1,361 pinfalls.Mexico Sandra Gongora created a big suprised when finished strong in second position with 1,357.Danish Anja Gingle Jensen also advanced to semi final after scored 1,347 for third place.Last slot going to recent World Games Single Medalist, Krista Pollanen of Finland (1,345).
Single Final
Semi final
Stefanie Nation (USA) beat Krista Pollanen (FIN) 220-195
Sandra Gongora(MEX) beat Anja Ginge Jensen (DEN) 258-209
Final
Stefanie Nation(USA) beat Sandra Gongora(MEX)167-131
1 Stefanie Nation (USA) Gold
2Sandra Gongora(MEX)Silver
3 Krista Pollanen(FIN) Bronze
3 Anja Ginge Jensen(DEN)Bronze.
28 July 2009
Laksa Pukul 1 Pagi....
Ulam-ulaman untuk laksa.Ada semua ni baru layan makan laksa.Haha.
.
Baby yang hanya memakai lampin pakai buang turut menikmati Laksa Pukul 1 Pagi!
Kakak aku GILA!!!!Ya, dia sangat obses dengan laksa!Gara-gara tidak berpuas hati dengan rasa laksa yang dijual di sekitar Bukit Bintang, dia mengambil keputusan untuk masak laksa sendiri selepas balik kerja semalam dengan bantuan suaminya yg juga seorang "wayar spark" , mereka berjaya memasak laksa pada pukul 1 pagi.Gila.Kegilaan mereka turut dikongsi bersama dengan anak mereka yang berusia 2 tahun itu.Aku pun turut sama makan laksa tu semalam.Tak boleh tahan bau.Rasanya?Hurm, oklah not bad walaupun masih bukan yg paling enak.
27 July 2009
Tanya Pada Siapa By Angelika
Angelika – Tanya Pada Siapa
Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua
Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti
1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi
@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena
#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah
Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)
Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah
Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki
Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..
Dua tiga hari kebelakangan ni, aku suka betul dengar lagu di atas.Bagi aku, anak-anak muda yang bernama Angelika ini sangat kreatif dan berkarya.Muziknya funky tetapi masih tetap enak untuk dinikmati.Bila aku suruh kawan-kawan aku dengar, some of them tanya, lagu Indon ke?Ohh exactly not.Anak -anak muda Malaysia juga mempunyai bakat dan keupayaan untuk menghasilkan karya muzik yang mampu menangkap halwa telinga.
Sekarang ni, aku tengah tunggu, bila agaknya Angelika akan muncul membuat persembahan dalam TV.Orang-orang besar dalam industri muzik Malaysia, tolong bagi peluang kepada mereka ini, kerana aku percaya mereka mempunyai potensi hebat!
24 July 2009
Who Will Win?

Malaysia women eyeing to defent team gold medal.Good Luck!!
Picture from abf.com

Strong Korean women team anchor by Kim Yeau Jin in coming WWC.
Pic from Abf.com
Amerika Syarikat a.k.a Unites States of America memang gah dengan reputasi sebagai kuasa sukan dunia selain China dan Australia.Buktinya,setiap kali temasya Sukan Olimpik atau apa-apa kejohanan dunia, negara Uncle Sam itu tidak pernah gagal untuk meraih pingat emas.Sebutlah apa jenis acara sukan sekalipun, nama atlet mereka pasti tersenarai antara yang mencabar.Tiger Wood menguasai padang golf, Micheal Phelps pula terlalu unggul di kolam renang dan Maurice Green pula memecut laju di balapan.Itu sekadar beberapa nama sahaja.Apakah rahsia kejayaan mereka dalam lapangan sukan.Adakah kerana jumlah penduduknya yang ramai(melebihi 200 juta) menyebabkan mereka mempunyai banyak bakat-bakat untuk dicungkil dan diketengahkan.Ada kontro jika faktor ini dijadikan ukuran kerana India juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai (melebihi 800 juta namun masih gagal meraih emas pada Temasya Olimpik di Beijing tahun lalu).Mungkin kalau ditanya kepada pegawai-pegawai sukan di Malaysia, mereka mungkin memberi jawapan yang cukup klise iaitu pembangunan sukan!Apakah istimewanya pembangunan sukan negara itu kalau dibandingkan dengan negara kita.
Pernahkah kita membiarkan akal kita berfikir bahawa perancangan, tektikal dan berani menanggung risiko juga merupakan salah satu resepi kejayaan.Ya mungkin itulah rahsia mereka.Pada ketika ini, seluruh peminat sukan boling tenpin(malang sekali bagi Malaysia kerana acara sukan ini tidak dipertandingkan pada Temasya Olimpik) sedang menunggu gelanggang boling di Casman Center, Las Vegas, Amerika Syarikat dibuka kerana akan menjadi venue Kejohanan Boling Wanita Dunia 2009.Apa yang lebih menarik dan mencabar, buat pertama kalinya Persatuan Tenpin Bowling Dunia (WTBA) telah membenarkan pemain boling yang bergelar profesional untuk menyarung jersi negara masing-masing.Sebelum ini , hanya permain yang bertaraf amatur sahaja yang dibenarkan menyertai kejohanan dunia.Peraturan baru yang diluluskan ini sekaligus menyaksikan pasukan tuan rumah menjadi "hot favourite" bagi edisi kali ini.Apa tidaknya,enam orang pemain profesional,(bermain dalam liga profesional di negara itu,PBA) akan menggalas cabaran Amerika dengan sasaran utama mereka adalah untuk meraih pingat emas acara berpasukan yang mana kali terakhir mereka merasai nikmat pingat emas acara itu ialah 22 tahun lepas(aku berusia 1 tahun ketika itu, haha, so baby and cute kot aku waktu itu).Pada edisi 2005 di Aalborg,Denmark,pasukan wanitanya yang ketika itu dibarisi oleh Lynda Barnes,Stefanie Nation,Diandra Asbasty,Shanon Pulhowsky,Shanon O Keefe dan Lisa Noor dikecewakan oleh Taiwan dengan 12 pin.Dua tahun kemudian, ketika Montery, Mexico menjadi tuan rumah,impian menggunung Amerika Syarikat untuk meraih pingat emas acara berpasukan itu dileburkan pula oleh MALAYSIA dalam pertarungan paling sengit apabila Shalin Zulkifli melakukan spare untuk mencecah jatuhan pin 6,323 sekaligus menewaskan Amerika Syarikat dengan kelebihan 7 pin.Amerika yang dibarisi oleh Lynda Barnes,Shanon O Keefe,Diandra Asbasty,Tennelle Milligan,Shanon Pulhowsky dan Stefanie Nation sekadar berupaya menjatuhkan 6,317 jatuhan pin walaupun membuat kebangkitan hebat pada blok kedua permain acara itu.Selain Shalin, cabaran negara ketika itu turut dipikul oleh Esther Cheah,Zandra Aziela,Wendy Chai, Sharon Koh dan Choy Poh Lai.
Apakah Amerika Syarikat akan berjaya dalam misi untuk meraih pingat emas untuk edisi kali ini?Selain Amerika, Malaysia dan Australia juga menggunakan khidmat pemain profesional untuk saingan kali ini.Shalin Zulkifli (turn to pro last year) akan bersama-sama Esther Cheah,Siti Safiyah Amirah,Zandra Aziela, Sharon Koh dan Wendy Chai akan turun melorong bola dalam usaha untuk mempertahankan pingat emas,apatah lagi itulah sasaran utama Malaysia Tenpin Bowling Congres (MTBA) pada tahun ini.Australia pula kembali mendapatkan khidmat Maxine Nable yang juga Juara Piala Dunia AMF 1998 setelah hampir sepuluh tahun tidak menggunakan khidmatnya( Nable bergelar pemain profesional pada tahun 2000).Selain itu, Australia juga mengekalkan Ann Maree Putney (Juara Piala Dunia AMF 2007) untuk mengibarkan cabaran negara kangaru itu.Satu lagi negara yang turut menjadi pilihan untuk meraih pingat emas ialah gergasi boling Asia iaitu Korea Selatan.Pada edisi di Mexico, Korea meraih 2 pingat emas menerusi acara beregu dan all event.Namun untuk edisi kali ini, Korea dilihat menggunakan strategi berbeza apabila tidak menyenaraikan Choi Jin A yang menyumbang dua pingat emas tersebut sebaliknya menyenaraikan lima orang muka baru iaitu Hang Sun Ok,Jeon Eun Hee, Hong Su Yeon,Son Yu Hee dan Kang Hye Yun.Hanya Kim Yeau Jin sahaja yang disenaraikan.Apakah motif mereka.Adakah sekadar ingin memberi pendedahan tentang kejohanan dunia kepada pemain ini( jika benar,keputusan itu sangat bagus!).Walau bagaimanapun,pemain-pemain baru yang disenaraikan oleh Korea untuk edisi kali ini, tidaklah begitu berhingus malah mempunyai bisa yang tajam setanding dengan skuad utama.Mereka telah membuktikan pada Kejohanan Bowling Asia di Hong Kong tahun lepas apabila meraih 5 daripada 6 pingat yang ditawarkan!Baki dimenangi oleh MALAYSIA.
Keputusan Kejohanan Boling Asia Tahun 2008 ( lihat pencapaian KOREA SELATAN)
Single
1 Hwang Suk Ok (Korea) 225 218 236 249 290 279 1,497
2 Choi Jin A (Korea) 267 248 234 239 279 227 1,494
3 Jeon Eun Hee (Korea) 236 236 235 224 248 300 1,479
4 Kim Yeau Jin (Korea) 224 248 275 240 232 229 1,448
5 Esther Cheah (Malaysia) 225 224 228 239 254 227 1,397
6 Shalin Zulkifli (Malaysia) 248 255 202 236 217 234 1,392
7 Zandra Aziela (Malaysia) 228 210 205 235 246 246 1,370
#Nota; Sebanyak 61 pemain daripada 12 buah negara Asia mengambil bahagian
Double
1 Esther Cheah (Malaysia) 221 244 224 237 254 193 1,373
Shalin Zulkifli 200 187 222 257 224 236 1,326
2,699
2 Gye Min Young (Korea) 245 216 190 184 237 225 1,297
Jeon Eun Hee 276 198 228 221 214 167 1,304
2,601
3 Cheng Dongdong (China) 235 191 256 182 246 206 1,316
Wu Suqin 234 217 190 196 215 204 1,256
2,572
4 Hwang Suk Ok (Korea) 209 208 223 216 213 203 1,272
Kim Yeau Jin 225 226 266 202 196 182 1,297
2,569
5 Choi Jin A (Korea) 215 205 223 181 227 201 1,252
Gang Hye Eun 234 199 237 190 215 195 1,270
2,522
# Nota;30 beregu bertanding.
Trio
1 Gang Hye Eun (Korea) 204 176 244 260 228 227 1,339
Jeon Eun Hee 184 234 219 288 218 258 1,401
Gye Min Young 205 249 225 257 192 279 1,407
4,147
2 Choi Jin A (Korea) 202 244 218 235 238 245 1,382
Hwang Suk Ok 224 193 220 268 205 238 1,348
Kim Yeau Jin 178 215 269 279 258 199 1,398
4,128
3 Wang Yu Ling (Taiwan) 164 211 181 222 218 192 1,188
Chieh Hsiu Lan 202 246 202 203 180 186 1,219
Huang Chiung Yao 258 246 215 174 224 236 1,353
3,760
4 Esther Cheah (Malaysia) 171 161 188 245 240 225 1,235
Zandra Aziela 245 190 203 214 171 209 1,232
Shalin Zulkifli 202 242 196 224 200 218 1,286
3,760
# Nota;Sebanyak 18 trio bertanding.
Team
1 Choi Jin A (Korea) 216 232 300 153 185 183 1,269
Jeon Eun Hee 191 256 205 175 267 224 1,318
Gyang Hye Eun 258 199 236 177 222 219 1,311
Gye Min Young 0 0 0 205 267 241 713
Hwang Suk Ok 191 226 189 0 0 0 606
Kim Yeau Jin 210 193 207 190 218 228 1,246
6,463
2 Esther Cheah (Malaysia) 215 267 226 179 176 185 1,248
Wendy Chai 245 269 215 226 195 202 1,352
Siti Safiyah Amirah 201 189 204 184 203 203 1,184
Zandra Aziela 218 178 228 207 171 189 1,191
Shalin Zulkifli 171 238 192 194 184 246 1,225
6,200
3 Amanda Ng (Singapore) 257 222 191 173 255 149 1,247
Bernice Lim 163 194 192 168 196 178 1,091
Cherie Tan 233 238 175 215 205 216 1,282
Jasmine Yeong Nathan 246 213 199 191 216 255 1,320
Jazrell Tan 248 232 223 178 180 185 1,246
6,186
All Events
1 Jeon Eun Hee (Korea) 1,479 1,304 1,401 1,318 5,502
2 Choi Jin A (Korea) 1,494 1,252 1,382 1,269 5,397
3 Kim Yeau Jin (Korea) 1,448 1,297 1,398 1,246 5,389
4 Hwang Suk Ok (Korea) 1,497 1,272 1,348 1,224 5,341
5 Gye Min Young (Korea) 1,263 1,297 1,407 1,299 5,266
6 Esther Cheah (Malaysia) 1,397 1,373 1,235 1,248 5,253
7 Gang Hye Eun(Malaysia) 1,322 1,270 1,339 1,311 5,242
Master
1 Choi Jin A (Kor) 3,751
2 Gye Min Young (Kor) 3,727
3 Jeon Eun Hee (Kor) 3,653
4 Hwang Suk Ok(Kor) 3,592
5 Kim Yeau Jin (Kor) 3,575
Korea Selatan nampaknya dilihat menggunakan strategi yang sama dengan Amerika Syarikat apabila menggugurkan pemain yang menyumbang emas pada edisi terlalu.Amerika tidak menyenaraikan Diandra Asbasty untuk kali ini.Malaysia pula terus mengharapkan kudrat lima pemain yang beraksi dua tahun lepas iaitu Shalin Zulkifli ,Wendy Chai (Juara Master Dunia 2008) Esther Cheah, Zandra Aziela,Sharon Koh(Juara Terbuka Singapura 2009,Juara Terbuka Taiwan 2008)dan Siti Safiyah Amirah (Juara Master Dunia 2009 dan muka baru WWC).Hanya Choy Poh Lai yang digugurkan.
Negara manakah akan berjaya meraih banyak pingat emas.Dan yang paling dinantikan adakah Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan.Selain empat negara yang disebut di atas, apakah ada negara lain seperti Colombia, England, Sweden, Finland dan Singapura akan muncul membuat kejutan.Sama-sama kita nantikan dan kepada pemain Malaysia, selamat berjuang!!!
#Result from abf.com
23 July 2009
Video di Tengah Laut dan Cerita Sawah Padi.
In front of sawah padi at Kampung Sungai Baru Tengah,Alor Kedah.
Kegirangan di bendang pada hari raya.
Pic di sawah padi aka bendang ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha yang lalu.Kawan-kawan dari KL ikut pulang, kononnya nak merasai kemeriahan raya korban di kampung.Kawasan sawah padi ini didepan rumah kawan aku, Jimmy di Kampung Telok Talipon,Kubang Rotan,Alor Setar, Kedah.
Video bertarikh 30.6.2008.Asigment Jabatan Perikan Malaysia-menenggelamkan bot-bot nelayan yang menggunakan pukat tunda.Tujuan untuk dijadikan tukun tiruan.Ini semua dilakukan supaya hasil laut Malaysia mampu bertahan untuk tempoh yang lebih lama dan menjamin sumber pendapatan nelayan.Jika hasil daripada perlaksanaannya positif, Malaysia juga dapat mengurangkan import ikan daripada luar terutamanya Thailand!(aku rasa agak matang bila menulis seperti ini,haha)
Walaupun Kedah terkenal dengan gelaran Jelapang Padi Malaysia kerana merupakan negeri pengeluar hasil padi yang utama di negara ini,namun aku risau apabila sesekali pulang ke sana.Ini kerana, semakin banyak kawasan sawah padi yang dibangunkan menjadi kawasan perumahan.Keadaan sangat ketara terutamanya sepanjang 12 tahun lepas.Aku harap pemerintah Kedah dapat melakukan sesuatu supaya keunikan Kedah sebagai Jelapang Padi Negara tidak hilang.
# Video tengah laut akan diupload akan internet connection laju.Sekarang ini connection sgt siput babi!
...................
20 July 2009
What Hot in Town?
vs 
People in town now is busiet talking about rematch between English Premier League Champion,Manchester United with Malaysia National Team that will kick off 8.45 pm tonight at National Stadium Bukit Jalil.
Last Saturday The Red Devil has defeated "ten days traning team Harimau Malaya 3-2.Alex Furgeson should thanks to their new star Micheal Owen who scored their valuabe goal and denied Malaysia national squad to spring surprise victory.( I still considered as unexpected if Malaysia drew with M.U)
It is quite interesting to talked about outstanding performances by Amri Yahya (who play for Selangor) in local league.Good job Amri eventhough i really "hate" you in local football competition(I am the big fans of Kedah team).Haha.Surely, the confident level of Amri toward his games is increased and also boost the confident to their team to snatch Super Leauge Title.
Last night, Eday asked me did I want to go or not for rematch?My simple answer is NOT.The reasons is the price of the games ticket .The cheaper seat is RM80 (aku tak mampu juga,haha).Harga tiket mahal macam tak mahu bagi orang masuk(komuniti pelajar,maksudnya) kawan aku cakap.For me, the price is mahal seperti harga anjing Parsi eventhough i really want to be here to give my support to national team.Chaiyokk Malaysia for tonight match.The others reasons is my favourite EPL team is Liverpool.Haha.
Enough about rematch games between M.U and Malaysia.Today, Malaysia won one bronze medal from mixed double in opening day of tenpin bowling event in World Games at Kaishung, Chinese Taipeh.The debutans ,Andrian Ang and Zatil Iman Abdul Ghani do Malaysia proud after make the cut for semi-final buy finished third with 2,576 pinfalls in six games qualified ealier. Malaysia pair has also beat a few of world class bowler such as American Chris Barnes-Stefanie Nation,Philipino's hope of Maria Liza Del Rosario-Chester King and World Champion,Zara Glover and Darren Cundy of England.

Zatil Iman and Andrian Ang. Photo from Asian Bowling Federation Website.
However, Zatil and Andrian hot pace come to end after their lost semi final match to strong pair of Korean Gye Min Young-Kong Byoung Hee 391-421 and has to settle for bronze.Still it was a good achievement!Congrate! The Korean then continued their domination and won gold medal at Happy Bowling Alley by beaten Angie Ramirez-Manual Otarola 427-308 in final match.
# Saja nak tulis dalam English.Minta maaf kalau banyak grammar mistake! : )
Lagipun tak ada orang yang nak edit,dulu Serina dan Zima yang edit story aku. : )
19 July 2009
Realiti di Plaza Low Yat
Ali
Laris,memang laris hasil jualan lelaki Pakistan berbaju Merah ini.
Jus buah-buahan juga mendapat sambutan.
Nurul, salah seorang pelanggan setia ayam goreng berempah Ali.
" Fried Chicken, Currypuff,Sandwich, Juice "
Ungkapan itu akan didengar hampir setiap di Plaza Low Yat ketika jam menunjukkan pukul 5 petang dan ke atas.Pelantunnya pula ialah seorang lelaki Pakistan yang tidak begitu tinggi dan perutnya agak buncit.Dia akan menjinjing sebuah beg pakaian yang sering digunakan oleh orang-orang yang baru di tiba di Hentian Puduraya sekitar tahun 1990 an.Dalam beg itu, tersusun karipap, ayam goreng berempah, sandwich dan seleksi jus yang diniagakan oleh Ali,lelaki Pakistan yang aku maksudkan.
Karipap berinti telur rebus ubi kentang dijual pada harga RM1,Ayam Goreng Berempah,Sandwich dan Jus pula dijual pada kadar harga RM2.
Hari ini, tiba-tiba aku rasa nak beramah mesra dengan dia.Menurut Ali,dia mula menjejak kaki ke Malaysia pada tahun 2000 dan cuma pernah pulang sekali sahaja ke Lahore.Selepas itu, dia tak pernah balik lagi.Anak dan isterinya juga sudah dibawa ke Malaysia.Itu sahaja maklumat yang aku dapat.Cukuplah, malas nak tanya banyak.
Ali (betul ke nama sebenarnya).Aku tak pasti tentang namanya yang sebenar, tapi itulah panggilan budak-budak yang bekerja di sini kepadanya.So, aku pon panggil dia Ali.Ali ialah salah seorang daripada warga asing yang bersepah-sepah bekerja mencari rezeki di Low Yat.Cuma apa yang membezakan dia dengan warga asing yang lain ialah dia bekerja sendiri iaitu menjalankan perniagaan.Aku perasan, pada waktu tengah hari, dia menjual nasi lemak,waktu petang jual karipap dan ayam goreng.Kadang-kadang, untuk jualan waktu petang, dia buat tiga trip. Hurm, aku rasa agak lumayan juga pendapatan si Ali ni.
Sedap ke karipap dan ayam goreng berempah yang dijual Ali.Mulanya, aku langsung tak tergerak hati untuk membeli karipap daripadanya.Aku menganggap bahawa cara penyediaannya tidak hygien.Jadi setiap kali dia datang, aku buat tak tahu sahaja.Walau bagaimanapun, satu hari tu, aku rasa lapar dan malas hendak keluar makan.Aku cuma minum air dan hisap rokok sahaja dalam kedai.Ali muncul dan buat kali pertamanya aku membeli dan merasa karipap yang dijualnya.Rasanya sedap jugak tapi tidaklah terlalu lazat.Enak karipap itu pada tahap biasa-biasa sahaja kerana aku pernah makan karipap yang jauh lebih sedap lagi.Selepas makan, baru aku berfikir semula hygienkah cara penyediaannya?Sejak hari itu, aku tak membeli lagi karipap Ali.
Orang Malaysia memang terkenal dengan sikap supportive. Macam tu jugak dengan budak-budak yang kerja di sini.Merekalah pelanggan setia yang tak jemu membeli ayam goreng berempah.Menurut mereka, sedap!.Tapi aku masih tidak beli juga kerana fikirkan tentang hygien.Haha.Namun pendirian mula berubah selepas kali pertama mencuba.Ya, aku beli, bayar RM2,pilih bahagian drumstik dan menikmatinya.Wowwww.Awesome rasanya.Haha.Mungkin kerana ayam itu masih panas.Aku topup lagi ayam goreng itu ketika second trip Ali.Nampaknya hari itu, aku terkena penangan ayam goreng berempah Ali.Huhu.Wtf, haha.Dan keadaan yang sama berulang.Aku beli lima hari berturut-turut ayam goreng itu sehingga pada ahri keenam aku rasa muak dan tak mahu beli lagi.Cuma jus tembikai sahaja yang aku masih beli.For a while, aku nak stop makan ayam goreng berempah Ali.
Itu Ali yang menjual ayam goreng.Bagaimana dengan warga asing yang lain.Sesungguhnya sangat banyak warga asing di Malaysia.Plaza Low Yat menjadi lubuk mencari rezeki bagi mereka.Ali, si Pakistan yang menjual karipap, ayam goreng berempah dan jus.Sebenarnya, ada lagi warga Pakistan yang menjalankan perniagaan di Plaza Low Yat iaitu jual Laptop!Satu masa lalu(5 tahun lepas) peniaga Cina yang menguasai kaunter,kiosk, dan lot-lot kedai.Situasi mula berubah kini apabila warga asing terutama dari Pakistan yang mkenguasai rental-rental kedai di IT Mall ini.Apa sudah jadi.Pada tahun lepas, Kosmo pernah melaporkan tentang serbuan Jabatan Imigresen dan menangkap beberapa orang peniaga Pakistan.Namun, this is MALAYSIA bro.Lepas seminggu, peniaga Pakistan yang ditangkap itu kembali menjalankan perniagaan seperti biasa.Ya seperti biasa.Hurm, kenapa keadaan ini berlaku.Bagaimana orang asing yang tidak ada kerakyatan boleh rental?Asimple answer is the power of money!!!.
Pak Guard juga ada dikalangan warga asing terutamanya dari Nepal.Ya, adalah beberapa orang security Nepal yang menjaga keharmonian Low Yat.Penjaga toilet yang meminta bayaran RM0.50 pula terdiri daripada mak-cik-mak cik warga Indonesia dan lelaki -lelaki terpilih dari Bangladesh.Kenapa guna istilah lelaki terpilih.Yalah, kerana masih ramai lagi rakyat Bangladesh yang menunggu peluang untuk masuk bekerja di Malaysia.
Warga asing di Low Yat menguasai setiap floor.LG Floor yang menempatkan foodcourt juga dipenuhi dengan mereka sehingga post cashier yang sebelum ini sinonim dengan gadis Melayu dan Cina Malaysia juga kini berubah.Malah ada mamat Bangla yang jadi cashier!Tak boleh blah betul.Kakitangan kitchen jangan cakap la.100% mereka sapu.Aku bukan anti dengan warga asing yang bekerja di Malaysia malah mengalu-alukan kedatangan mereka lebih-lebih lagi yang profesional dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi mereka tapi kalau sampai level-level yang basic macam tu pon, takkan orang asing juga nak isi.Apa cerita ni Encik Datuk Menteri Sumber Manusia.Ini Malaysia beb!Ini baru di Plaza Low Yat, belum lagi tempat lain.Some said why so many foreign worker here for the post that I mentioned above is the low cos of salary paid to them and they willing to work.HURM!!Wtf again I said.