25 December 2011

Malam Pertama

Ini pix aku sedang bjoget atas pentas tu. Haha.

If you"re ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag....Wah, begitu mendalam maksudkan nya. Salute. Suka.






Boleh letak tajuk kontroversi mcm tu. Haha. Ok ini memang pix mlm pertama aku join Ultras Malaya kat Stadium Nasional Bukit Jalil pd 15/12/2010. Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010. Malaysia vs Vietnam Hanjing. Kita menang 2-0. ;p.Ni semua tgh chant kat luar stadium meraikan kemenangan tu, mmg bpeluh ketiak tp puas...








Aku terjoin UM nie secara tak sengaja. Malam sebelum games tu, aku tgk status FB kawan aku -Wan Warga. Nampak dia upload pix dlm keretapi menuju ke KL bsama2 dgn 10 org kawan. Tujuan nk tgk games tu ah. Aku tgk mcm best ja. Bawak gendang, banner dan segala bagai. Then, aku mesej dia kata nak join. Dia suruh tgu kat medan selera bhampiran dgn stadium.








Then apa yg mengejutkan, ada ramai lagi rupanya. Bila sampai di stadium, Wan and the geng bgabung dgn satu lagi kump besar, mcm2 negeri ada. Aku tak taw apa pon, layan ja.Nampak hapening. Then depa pegi dekat pentas, menyanyi ramai2.Woww.best. Layan.


























17 December 2011

Penang

Pulau Pinang
===========


Balik lagi ke Penang. Haha. Ni post ke-2 psal aku dpt tukar ke negeri pemerintahan Lim Guan Eng ni. Macam2 perasaan yg aku rasa. Suka, bersyukur, excited, best, risau, takut, malas dan semua ada.Huh.

Di Penang lah aku mula tulis blog ni. Back to Penang is hermmm form me actually. Aku dah duduk sini pd 2006 till 2009 ari tu of coz sb aku stdy kat USM. Best gak masa tu lebih2 as a student, cuma time tu setiap hujung semester ada masalah kekurangan duit coz PTPTN hampir habis...haha.

Tapi kali ini berbeza, aku dah ada gaji sebab dah keja. hehe. Actuallly nothing much different when i back to Penang this time. It will take two or three month to changed my life.

13 December 2011

Saya Obesiti...

Gemuk???

Alamak ramainya tegoq pasal badan aku yg semakin kembang.

Nak wat mcm mana, selera makan membuak2 sejak lepas raya ari tu.. Demm...Ya saya makan byk dan akan terus makan. Dulu seluar saiz 35 but nowadays 35...Demmm lagi....

Takkan nak buat kempen katakan tidak pada nasik?? Ari tu dah buat 22 hari, tapi xturun pon. Puncanya xmakan nasik tp aku sebat bihun, koteow goreng yg bkolestorol tu.. Ayoooo.

Kali ni kena cuba, sebab aku plan by the time aku mdarat di Penang, berat badan aku kurang 7 kilogram. Sekarang bapa? Aku rasa dah 80 lebih kot..

Jadi misinya sekarang, berusaha sedaya upaya utk turunkan berat badan menjadi 77 atau 77 kilo..Pasti boleh..

09 December 2011

Kesilapan dan Ombak Rindu....Pit Firdaus Sila Jaga Kesihatan Anda Okay..Kurangkan merokok dan minum ayaq suam byk sikit.







Buat julung kali nya aku tempek gambaq artis kat blog aku yg x seberapa ni... Eh bukan julung kali la. Sebelum ni ada Fara Fauzana Kot Kalau Tak Silap.


Bila kerap melakukan kesilapan dlm hidup ni (lebih keji, kesilapan berulang2)...mesti ada sesuatu yg tak kena dan harus diperbetulkan seberapa segera...


Kenapa berulang2 buat silap yang sama. Berubahlah selagi ada masa... Ingat tu!


Apa berlaku sekarang ni. Yang terhangat di negara? Ombak Rindu? Hahaha..


Yalah hangat jugak sebab dalam masa pat ari, RM4 juta tiket terjual. Cayalah. Aku tgk 2 kali. Kali pertama tgk kat The Mines. Tapi x leh nak hayati sgt sb ada 6 org pompuan (depa ni 1 group) dok pot pet bla bla blah dr awal smpai habes. Ada ja benda nak komen.


Ayooo fakkk off lah. Ok fine, kalau anda memang dah baca novel tu berkali-kali pon, xyah la nak melalak kuat2 dlm cinema tu, nak baca setiap diorang yg kuaq, kononnya tahu apa berlaku lah. Wat the fish la wey. Diam2 sudah. Respect la sama kt org lain yg tak tahu apa. Depa byr gak duit tiket kot.


Then a fews day lepas tu, aku p tgk lagi. Kali nie p sorang. Haha.Ok alhamdulillah aku dpt kumpulan penonton yg reti bahasa dan tahu etika menonton wayang. So mmg layan.


Aku penah baca novel nie, lima nam taon lepas. Haha. ( Membaca Jambatan Ilmu =p)..Masa tu aku baca novel nie, buat mcm tgk drama bersiri yg panjang. Aku jenis baca sikit. Satu hari aku baca sekitar 40-60 muka surat ja. Sudah lah tu.


Masa tu, aku terbayang satu watak ni. Bukan Izzah, bukan Haris tapi Mila. Haha. Akhirnya Lisa Suriyani yg menjelmakan Mila.


Mantap ka? Boleh tahan bagusnya walaupun x sempurna mcm dlm novel. Aaron Aziz tu bagi lakonan yg sgt jujur. Pat lima scene aku tgk ayaq mata dia kuaq.


Maya Karin?? Aku rasa nie persembahan terbaik dia. Mantap syeh. Lisa Surihani? Pon bagus walau pon xsempurna acting nya.


Haha. Kritik memang senang dan aku buktikan di sini buttttt at least aku p tgk dua kali.


Moral post hari nie?




1) Kalo p tgk wayang, hampa taw apa yg berlaku dan kalo hampa penulis skrip sekalipon, tolong senyap weh aka etika menonton wayang.


2) Sokonglah filem2 Melayu yg anda rasa best dan nak tgk ok dismping kita dok tgk filem2 Hollywood.

02 December 2011

Jangan Paksa..

Kadang2 aku rasa dah x kuat untuk terus bersama mereka dalam Ultras Malaya dan Ultras Kedah..

Rasa macam tak nak teruskan lagi. Aku tak kuat dan jiwa kurang. Mereka hebat dan kental kerana mereka orang lama yang mewujudkan budaya tu kat negara ini.

Baik aku kembali macam dulu, hanya menjadi penyokong pasukan bola sepak yg aku suka. Pergi stadium bila ada kelapangan dan bukan meletakkan nya pada tempat paling tinggi dalam hidup aku. Aku dah tak boleh buat mcm tu lagi rasanya. Cukuplah....

Pit,,,

Jangan paksa diri hang lagi.Fokuskan pada benda lain yang lebih penting.Kerjaya ke, sambung study ke (perlu sgt ni,sb aku rasa aku bodoh dan tak cukup ilmu)...huhu..

Bulan depan aku akan bertugas di tempat baru..(Yessss)...akhirnya aku ke Penang...Hihi...=p sgt2... Memanglah bila dah kat sana nanti, aku akan dekat dengan Ultras Kedah dan boleh selalu lagi balik Alor Setar kalau ada games yg membabitkan pasukan aku.

PERSOALANNYA??

Adakah aku akan buat mcm tu..Ermmm, aku rasa cukuplah...Dah lah, tak nak cakap psal Ultras lagi...

Sekarang ni, kalau ada kelapangan, pegi je stadium, sama ada aku akan ke curva atau tak, biarlah masa ja tentukan....Huhu, Abes cita...

Bapakkk, dah lama aku tak update blog ni kot, berpurnama rasanya, biarlah, memang byk catatan nk ditulis tp aku terlupa sudeyyy..

Sekarang ni, tgk bz cover perhimpunan Agung UMNO kali ke-63 (KOT) hahahhaa..Tahun kedua aku cover. Taun ni x best la kalo nak dibandingkan dgn pengalaman pertama taon lepas. Tak taw r psai pa.Huhuhu. Biaqlah, janji sepanjang 6 ari aku bertugas kt PWTC ni, aku nak claim OT 4 jam setiap ari. Banyak gak tu.hihihi. Esok last day dah UMNO. Tahun depan berpeluang lagi kah depa buat perhimpunan di tempat tu? Hanya Allah maha berkuasa. Apapun, aku doakan yg terbaik utk UMNOlah...Aku penyokong UMNO ke weh skrng nih? Xdelah sokong gila2 sgt, tp sebab keja dgn company milik UMNO, So sokong la apa yg ptut..

Apa lagi r nk carut kt sini? Ermmmmmm Nak zzzz r. esok pc kul puloh kt PWTC, harap aku xlmbt lagi mcm td..hahahhaha...