18 April 2011
14 April 2011
Kedah , Im sorry

Saya meminta maaf kepada seluruh rakyat Kedah kerana penghinaan itu....
Saya benar-benar memohon maaf kerana tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang adegan penghinaan itu....
Kedah, saya minta maaf...
Apa semangat dan sokongan untuk hijau kuning xkan pernah pudar...
Saya sentiasa akan menyokong...
Saya janji akan kembali semula dengan ketahanan yang lebih kuat...
11 April 2011
Jom ke Negeri Sembilan
Strategi DK terbaiklah sangat
Mereka sangat berdedikasi ketika mengecat banner Hari ini pukul 12 tgh hari nnt, aku dan beberapa org members of Canaries Knight Ultras akan bertandang ke Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi di Negeri Sembilan.
Tujuannya satu ja, nak bagi sokongan dan channting to our beloved Kedah player yg akan vs Negeri Sembilan malam ini.
Perlawanan malam ini sangat unik. Kenapa? Ia bersangkut paut dengan sejarah silam. Negeri Sembilan kini dibimbing oleh Mohd. Azraai Khoor Abdullah-lelaki yg bertanggungjawab mencetuskan prestasi hebat bola sepak Kedah pada 2007/2008.
Tapi kini skripnya sudah berbeza...Dia tidak lagi bersama Kedah apabila kini mengemudi tugas melatih pasukan Hobin Jang Hobin itu. Apa yg ironiknya, Kedah pula dikhabarkan akan mengambil Wan Jamak Wan Hassan selaku Ketua Jurulatih baru. Wan Jamak telah mengucapkan sayonara kpd N9 selepas tidak tahan dengan kritikan yg dilemparkan terhadapnya ekoran prestasi lesu N9 dalam saingan Liga Super musim ini.
Semalam di Stadium Shah Alam, satu komplot CKU telah diadakan untuk menghasilkan dua banner yg akan dibawa ke Seremban nanti.
Kami akan kibarkan dan gantung banner tu dlm stadium nanti. Ada dua banner, satu utk bagi sokongan kepda player dan satu lagi untuk menyindir pengurus pasukan... bring back the glory to our green yellow land...
04 April 2011
Kedah bertungkus lumus utk benam KL
Mulanya ingat nak update pasal kunjungan ke Singapore tgk games Malaysia vs E Toilet (Haha)...tapi baik cita pasal perlawanan Kedah dan KL di Stadium Cheras Sabtu lepas dulu la.. Hijau Kuning meraih tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan tuan rumah pada minit-minit terakhir perlawanan dan berterima kasih kepada Azmi Muslim. Pada separuh masa pertama, Kedah bertungkus lumus mempertahankan gawang dan agak sukar mendapat peluang..Nasib baik jentera serangan KL tumpul...kalo x mesti dah dibolosi..
03 April 2011
Jika begini
Jika terus begini dan begini diselaputi awam suram menemani perjuangan, siapa yang boleh bertahan..
Semua akan jadi letih dan terus lesu..Pasti akan rebah satu masa nanti..
Perlukah menghilangkah diri dari babak ini untuk beberapa ketika dan sekadar mengikuti perkembangan dari jauh..
Perlukah..Perlukah?
Mungkin saya akan "berehat" selepas perlawanan pada 7/5/2011 nanti..
Saya akan memerhati dari jauh saja, menyokong dan melihat dari jauh..
Luka tetap ada ....Tapi bukan salah siapa siapa...
Keghairahan telah membunuh keikhlasan yg pernah dimiliki dahulu..
Apakah ia akan kembali...
Hanya masa akan menjawab...
Semua akan jadi letih dan terus lesu..Pasti akan rebah satu masa nanti..
Perlukah menghilangkah diri dari babak ini untuk beberapa ketika dan sekadar mengikuti perkembangan dari jauh..
Perlukah..Perlukah?
Mungkin saya akan "berehat" selepas perlawanan pada 7/5/2011 nanti..
Saya akan memerhati dari jauh saja, menyokong dan melihat dari jauh..
Luka tetap ada ....Tapi bukan salah siapa siapa...
Keghairahan telah membunuh keikhlasan yg pernah dimiliki dahulu..
Apakah ia akan kembali...
Hanya masa akan menjawab...
Subscribe to:
Posts (Atom)

