Strategi DK terbaiklah sangat
Mereka sangat berdedikasi ketika mengecat banner Hari ini pukul 12 tgh hari nnt, aku dan beberapa org members of Canaries Knight Ultras akan bertandang ke Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi di Negeri Sembilan.
Tujuannya satu ja, nak bagi sokongan dan channting to our beloved Kedah player yg akan vs Negeri Sembilan malam ini.
Perlawanan malam ini sangat unik. Kenapa? Ia bersangkut paut dengan sejarah silam. Negeri Sembilan kini dibimbing oleh Mohd. Azraai Khoor Abdullah-lelaki yg bertanggungjawab mencetuskan prestasi hebat bola sepak Kedah pada 2007/2008.
Tapi kini skripnya sudah berbeza...Dia tidak lagi bersama Kedah apabila kini mengemudi tugas melatih pasukan Hobin Jang Hobin itu. Apa yg ironiknya, Kedah pula dikhabarkan akan mengambil Wan Jamak Wan Hassan selaku Ketua Jurulatih baru. Wan Jamak telah mengucapkan sayonara kpd N9 selepas tidak tahan dengan kritikan yg dilemparkan terhadapnya ekoran prestasi lesu N9 dalam saingan Liga Super musim ini.
Semalam di Stadium Shah Alam, satu komplot CKU telah diadakan untuk menghasilkan dua banner yg akan dibawa ke Seremban nanti.
Kami akan kibarkan dan gantung banner tu dlm stadium nanti. Ada dua banner, satu utk bagi sokongan kepda player dan satu lagi untuk menyindir pengurus pasukan... bring back the glory to our green yellow land...

No comments:
Post a Comment