30 September 2010

Busy Gak Keja

Ohhhh
Hari yang busy pada arini..Busy ke, sb mungkin bg orang yg da berpengalaman akan rasa biasa ja..Sebenarnya ari ni ntah macam mana aku dapat dua tugasan.. Sangat syahdu kot apabila bermula pukul 8.30 pagi di Bandar Utama utk cover Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan..Huhu..Nape la jauh sangat, dah lama kot aku x main area Damansara...Demi sekotak rokok, redah ja..

Pagi ini hujan bermula pekul 6 pagi kalau tak silap aku..So sangat sejuk dan layan tidoozz. Tapi apakan daya aku xleh nak lepak lama2 atas tempat tdo empuk aku tuh.. Masa aku nak kuar umah td, view sekitar Ampang yang berbukit2 tu agak cool lepas hujan.Tapi hari ini agak teruk kesesakan lagu lintas yg terjadi. Kali pertama aku tgk dgn kapala aku jemme bmula di depan Seri Nilam dan masa aku on the way ke AKLEH, keadaan sama jugak.Ketika itulah ujan sudah mula turun...Nasib badan la bagi aku yg "berkuda" ni. Aku pulak memang xda rain jacket.Adus memang basah gak la sebab aku just bergantung pada jaket cikai tu ja...

Turun dari Akleh , aku terus menuju ke Jalan Semarak untuk cari tempat berlindung dan jumpalah kedai mamak. So lepak2 la sini, breakfast kejap, milo o dengan roti sardin...tapi mcm xsedap sgt roti sardin tu..hujan masih manja2 membasahi bumi sedangkan waktu sudah menunjukkan kul 9 pagi wehh. Asgment tu pukul 8.30 pagi dah aku xsmpai pon lagi separuh perjalanan.!

10 minit lepas tu aku bergerak, memang la aku tak pndai sgt area Damansara tu.Walaupun aku jumpa Penchala Link, then kuar terowong tu, bila silap jalan pusing punya pusing dan aku dapati sekali masuk terowong penchala link.Apa jadahnya nih.Huhu.Sah2 aku akan lewat.

ESOK LA SAMBUNG..

29 September 2010

Nak Pindah Rumah La..

Kalau ada duit banyak, mmg aku nak pindah la dari Seri Nilam ni. Sangat tak selesa. Aku bukan nak memburukkan SN tapi memang keadaan dia hancing..Aku paling tak tahan dengan lif.Tak tahu apa punya bangang pengurusan pangsapuri ni, dah tahu ada 16 level, penduduk banyak, boleh lak satu lif ja yang diaktifkan, yang satu lagi dikunci.Tak bangang ke namanya tu.Memang menyusahkan.

Nak komplain byk2 pon xguna sb aku hanya menumpang saja di sini, Dulu ingat nak duduk sekejap ja di sini, lepas dapat gaji, nak cari umah lagi, tp xsangka aku terperap di sini sejak Februari dan kini.Agak lama betul. Sebenarnya salah aku jugak, tak plan betul2.Aku dah keja, dah ada pendapatan jadi kenapa nak sengal lagi.Aku boleh pilih untuk hidup selesa dan tak tinggal di sini dan jadikan bilik ini sejibik mcm tongkang pecah dilanda ombak.

Ok jadi kali ini kena betl2 serius.Pindah kalau ada duit. Tapi aku nak cari area mana.Sungguh dunno la. Ok opis aku dekat Chan Sow Lin-area yg sgt fucking dengan jalan berlubang serta banyak anjing liar.Kedai runcit xde, kalau keja weekend kafe tutup mmg azab betul.HUH.itulah CSL yang aku anggap sebagai bandar asing dlm KL ni.

Ampang is nice, yeah sekarang pon mmg aku menetap di Ampang kerana bangunan kotak SN ni di Ampang. Bandar Baru Ampang katanya!Well for me this area is okay.Yg x okaynya cma SN.Sgt x okey.Xtaw cmna nak gambarkan tahap ketidakokeynya itu. Aku rasa x hygien sgt.Pastu banyak gak nigel yg melepak sini...Baru2 ni, malam merdeka kalau tak silap ada kes pergaduhan yang mana sorang nigek warga Nigeria, betul ke, sudah kena belasah daa. Atas kesalahan? Berskandal dengan bini orang. Dengar ceritanya teruk gak mamat ni kena hentam dengan laki si pompuan tu adalah jugak berdarah2 tp masih boleh berdiri dan berjalan2 lagi.Hurm kuat betul ko, apa yg ko telan sebagai menu harian.

Apa yang melalut ni. Back to the topic, nak pindah but where? Area mana? Bandar Sri Permaisuri kat Cheras which is ten minute only to my opis is nice. Apa yang paling best kat situ ada kedai Ayam Penyet yang mmg favourite aku.Harga sewa kt area tu mcm mana ya..Serius aku xda info langsung...

Lain2 area mana? Sentul, Setapak, Selayang, Batu Caves, Gombak-sah2 kena tolak sebab jauh gak dari opis tambah plak aku yg jenis redah ja jalan kat KL ni ikut suka hati2 aku. Jadi mesti cari yang dekat sikit..Aku mula fikir nak duduk Bukit Bintang. Haha,Mampu ker? Why not kan. Aku nak balik ke Sun Complex, tempat yang banyak kenangan ..Why not kalau dapat bilik elok yang siap dgn toilet lagi.Aku rasa okey ja kowt walaupun sewa dia agak mahal, around RM500 per month. Huhu..Memang best kalau duduk situ, nak lepak senang, makan senang, shoping ok, nak p Low Yat ok dan nak main boling di Times Square pon ok. Jadi apa salahnya kan? Masalah parking? Ermm itu perlu diperhalusi. Aku rasa style la kalau duduk BB. Memang dekat kowt nak p opis. Dan yang aku pasti jalannya selamat. Hehe...

Cheras umah Along?Ok ja best ja tapi agak2 la kan.Dia baru ja dapat baby. Aku lak keja memang bukannya 9-5 yang kul 6 or 7 dah ada kt umah. Mana nak lepak lagi, sah2 kul 11 atau 12 baru ada kt umah kan.Jadi, kaedahnya, aku xpayahlah gedik nak lepak umah Along coz she have her family! Sekali sekala pegi okay la..

Area mana lagi ya/ Wangsa maju? okey boleh gak sebab ada Wangsa Walk yang aku rasa agak cool tapi jauh la. Nanti bila dah ada kereta mmg akan jamme kan.Tu semua memerlukan penggunaan petrol yg tinggi. Semua faktor tu perlu diamek kira.

Petaling Jaya? Pergh apahal nak duduk PJ. Berangan ke apa? Tapi best ke tempat tu? Entahlah....Shah Alam? Lagi x munasabah dok Shah Alam jauh...Memang la ada a fews kawan di sana tp aku tetap rasa berpindah ke Shah Alam bukan solution terbaik. Jadi kat mana aku nak duduk ni.Ayoo memang penat la cari umah....Fikir pasal lokasi pon dah bored .Siyes.

23 September 2010

Good Bye Hata Wahari..

Hata Wahari merupakan Presiden baru Persatuan Wartawan Melayu (NUJ) yang dilantik menggantikan Norila Daud yang tamat tempohnya. Tahniah diucapkan...


Namun baru sahaja sehari memegang jawatan itu, wartawan meja am Utusan Malaysia itu sudah menerima cabaran yang besar derr. Dia sudah "ditembak" kerana kenyataan yang diberikan dalam portal berita Malaysia Insider. Beliau dihentam kerana kenyataan media pertamanya sebagai Presiden yang mempersoalkan pendirian Utusan Malaysia dalam isu tertent termasuk kritikan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz dan beberapa pemimpin pembangkang.



Tembakan terhadap Hata dilepaskan oleh Mohd. Zahid Md. Arip yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia atau PERKASA.Pelurunya pula diberikan Utusan Malaysia sendiri apabila ada wartawan tersembunyi yang diarahkan membuat follow up kenyataan Hata itu. Apa yg menjadi pertanyaan warga Utusan ialah wartawan lain tidak dapat mengesan siapakah wartawan yang menulis berita itu. Tidak ada dalam sistem Tera. Kenapakah begitu. Biarlah kalau orang tahu siapa yang tulis.

16 September 2010

Akan ku Jumpa

Sudah la..acapkali kamu mengingatkan diri bahawa seorang MFI pada hari ini is the new brand.Benarkah begitu?

Jawapannya TIDAK lagi kerana fikiran kadang2 masih menerawang memikirkan kenangan silam yg pernah menjahamankan hidup satu masa lalu. Cubalah dan teruslah cuba lagi kerana jalan dan peluang sudah terbentang luas !

Sekarang aku dlm misi besar, sedang berusaha untuk merealisasikan cita2 besar yg sudah lama dipendamkan dan usaha sedang dilakukan ke arah itu.Penentangan daripada orang sekeliling itu sudah pasti ada dan saya tak faham atas alasan apa mereka bertindak begitu. Namun aku kena ambil ia sebagai satu cabaran.Yeah sesungguhnya perjalanan untuk mencapai satu kejayaan bukannya mudah dan pasti juga banyak warna dan ceritanya. Saya yakin kerana saya pernah melaluinya dulu dan rintangannya memang alang kepalang. Tapi syukur alhamdulillah kerana daya usaha, ketabahan dan pertolongan daripada Allat SWT saya berjaya waktu itu!

Kini saya melihat cabarannya lebih kurang sama tetapi ranjaunya berbeza. Kalau dulu memang ada air mata yang tumpah tapi kini harapnya tidak lagi.

" ku mengatur langkahku
jalan tanpa bayang-bayangmu
langit dan bumi setia menemanimu
matahari bersinar tak pernah berpihak padaku
ku kepanasan tanpa perlindungan
hari berganti hari
aku masih teguh menanti
hadir dirimu dlm hidupmu ini..
rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku kau kan ku temui
ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
yang ku tahu hanya tuk diriku
kan kan terus mencari
sampai hujung dunia kerana ku tahu
akan ku jumpa dirimu
dan akan terus menempuhi mimpi-mimpi ku selalu...
ku lihat semua gembira
bila mengenali erti cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin teman tuk berbicara
cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
cinta jangan engkau pergi
bila langkahku cuba untuk mengejar dirimu..


Akan ku Jumpa by Azfar lagu tema Syurgamu Ramadhan yang disiarkan di TV3

Aku memahami lagu tu sebagai mengingatkan diri sendiri supaya jgn berputus asa dalam mencaris esuatu yg kita kehendaki dalam hidup tak kiralah benda itu apa..

Ya dan aku akan jadikan lagu ini seperti motivasi untuk mencapai cita2 ku.

15 September 2010

Cerita Balik Raya

Hari Raya Yang Berlalu..

Tahun pertama bekerja dengan Utusan Malaysia, aku dapat cuti raya dowh!! Haha...Yezz walaopon x puas sgt.Aku diberikan cuti 2 hari sblom raya shingga raya pertama dan masuk keja raya kedua! Cool kan.
Cuti aku sama dgn dua orang opis mate iaitu Iswan dan Nazlina dan kami akan melalui jalan yg sama iaitu ke utara tanah air. Aku pulang ke Alor Setar dan mereka ke Perlis.

Perjalanan pulang berjalanlancar sehingga sampai ke Penang. Nazlina nak singgah penang sat, nak pergi amek kuih raya yang ditempahnya dengan mak cik dia. Kami bertolak dari KL pukul 11 malam dan memasuki pulau sekitar 5.10 pagi.Yang best, sempat singgah bersahur di Mc D Sungai Dua. =p.

Abes sahur, mcm biasalah nk terus p umah mak cik Lin kat Sg Nibong da mmg x jauh pon.Namun secara tetiba berlaku satu insiden yg menggemparkan. Jeng jeng jeng..Apakah? Huhu..

Dalam keadaan masing-masing x sabar nk pulang ke kampung halaman masing-masing, Lin secara tak sengaja telah tertinggal kunci dalam kereta Baby kesayangannya itu..Adoyaiiii what should we do....Memang jawabnya,lambat la sampai kampung halaman ni.

Nak watcamna ni wehh... kami ber3 try la gak nk buka pintu car tu tp tobat xleh kan kecuali la pecahkan cermin...adoii cian lak kat Lin dah la minah tu cyg gila dgn keretanya..

akhirnya aku call Ejal, kawan aku yg masih stdy kt USM tu..dipendekkan cerita dengan pertolongan dia kami berjaya meninggalkan pulau itu..dia berbakat besar, boleh cari p### kereta ni ..hahahaha.. gurau ja.

Dan syukur alhamdulillah selepas melalui perjalanan sejauh lebih 400 kilometer, aku selamat tiba d Kampung Sungai Baru Tengah pada pukul 9 pagi dan Lin bersama Iswan meneruskan perjalanan mereka. Tq.

03 September 2010

CAMELIA tersadai 2 tahun..

SEKITAR Julai 2008, pukul 9 malam di Desasiswa Fajar Harapan, Universiti Sains Malaysia (USM), secara tak sengaja aku terdengar lagu CAMELIA nyanyian seorang penyanyi dari Indonesia (Sigh, why Indonesian,huhu)..lagu tu berentak slow, biasalah kebanyakkan lagu dr seberang mmg mcm tu..tapi menghayati lirik2 lagu itu membuatkan aku mendapat idea untuk menulis cerita...

Lagu tu secara ringkasnya mengenai seorang lelaki yang meminta seorang wanita (CAMELIA) meninggalkannya.Camelia ialah perempuan simpanannya dan mungkin lelaki itu akan berkahwin dengan gadis lain...

Aku melihat ini boleh dikembangkan menjadi plot2 cerita..tapi standard drama melayu la...so aku mula menulis dan tulis sehinggalah siap draff skrip nya..xsangka boleh menjadi seperti cerita 20 episod..tapi masalahnya sudah tertangguh beberapa kali dan apa yg menyedihkan aku simpan semua bahan tu dm pendrive aku yg kemudiannya disahkan hilang..huhu.dah 2,3 bulan aku cari namun masih tak berhasil untuk jumpa.Tapi aku yakin pendrive tu masih ada di Sri Nilam.

Ayoo, banyaknya barang-barang di Sri Nilam dengan keadaan rumah yg agak bertongkang pecah,cabaran besar utk mjumpainya semula.Bagaimanapun, aku harap akan jumpa semula pendrive tu..

Sekarang ni semua plot cerita tu ada dalam otak ja..Aku sangat harap la satu ari nanti ia boleh diterbitkan dalam bentuk drama...

02 September 2010

Mencari Cahaya

Ingin aku kembali...

Pada daerah putih yang pernah aku lalui dulu...

Masa berlalu membuat aku semakin jauh melewati..

Meninggalkan daerah puith itu...

Di tempat, rasa dan perjalanan ini...

Tidak pernah aku aku fikirkan..

Yang mana menjadi persinggahan tika ini..

Aku letih melihat warna gelap suram disekeliling..

Sudah bertahun tak ke temui pintu keluar...

Namun sesekali aku dapat lihat kilauan cahaya terang dari ruang-ruang kecil..

Ruang-ruang yang membebankan aku...

Namun sayang, hanya sekejap ku melihat cahaya itu tak mampu ku gapai..

Terus terpuruk di sini..

Bila jemu bertandang, aku mencuba lagi untuk bergerak namun sayang..

Hanya separuh jalan dan aku kembali terjelepuk lagi..

Namun aku masih tidak mengalah lagi..

Yang pasti aku akan terus mencuba..


Penang


Always in my heart!

This is Ijoy and his girlfriend in front od DTSP.I like!!!


Berdekatan dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) USM..Aku suka betul view cini.



Bulan lepas telah kePenang untuk acara konvokesyen ke-41 USM.Setahun berlalu sejak ajku dan kawan2 batch aku melalui pesta konvo tahun lepas dan sejak itu aku tidak lagi menjejak kaki ke pulau itu.

Aku ke sana selama tiga hari sahaja. Ijoy rakan aku (berlainan kos, sejak tahun pertama bergraduasi).Aku cuma tiga tahun sahaja di sana dan dia menghabiskan 8 semester bersamaan 4 tahun kerana itu merupakan syarat yg tlah ditetapkan untuk kos pendidikan ..Yeah Cikgu Ijoy.

Aku sempat bertemu dengan kawan2 rapat di sana,walau sekejap tp oklah setelah lama tak bertemu..aku tak pasti adakah akan kembali ke sana lagi untuk konvo ke -42..rasa ingin pergi itu memang slelau puasa...