03 September 2010

CAMELIA tersadai 2 tahun..

SEKITAR Julai 2008, pukul 9 malam di Desasiswa Fajar Harapan, Universiti Sains Malaysia (USM), secara tak sengaja aku terdengar lagu CAMELIA nyanyian seorang penyanyi dari Indonesia (Sigh, why Indonesian,huhu)..lagu tu berentak slow, biasalah kebanyakkan lagu dr seberang mmg mcm tu..tapi menghayati lirik2 lagu itu membuatkan aku mendapat idea untuk menulis cerita...

Lagu tu secara ringkasnya mengenai seorang lelaki yang meminta seorang wanita (CAMELIA) meninggalkannya.Camelia ialah perempuan simpanannya dan mungkin lelaki itu akan berkahwin dengan gadis lain...

Aku melihat ini boleh dikembangkan menjadi plot2 cerita..tapi standard drama melayu la...so aku mula menulis dan tulis sehinggalah siap draff skrip nya..xsangka boleh menjadi seperti cerita 20 episod..tapi masalahnya sudah tertangguh beberapa kali dan apa yg menyedihkan aku simpan semua bahan tu dm pendrive aku yg kemudiannya disahkan hilang..huhu.dah 2,3 bulan aku cari namun masih tak berhasil untuk jumpa.Tapi aku yakin pendrive tu masih ada di Sri Nilam.

Ayoo, banyaknya barang-barang di Sri Nilam dengan keadaan rumah yg agak bertongkang pecah,cabaran besar utk mjumpainya semula.Bagaimanapun, aku harap akan jumpa semula pendrive tu..

Sekarang ni semua plot cerita tu ada dalam otak ja..Aku sangat harap la satu ari nanti ia boleh diterbitkan dalam bentuk drama...

No comments:

Post a Comment