Namun baru sahaja sehari memegang jawatan itu, wartawan meja am Utusan Malaysia itu sudah menerima cabaran yang besar derr. Dia sudah "ditembak" kerana kenyataan yang diberikan dalam portal berita Malaysia Insider. Beliau dihentam kerana kenyataan media pertamanya sebagai Presiden yang mempersoalkan pendirian Utusan Malaysia dalam isu tertent termasuk kritikan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Aziz dan beberapa pemimpin pembangkang.
Tembakan terhadap Hata dilepaskan oleh Mohd. Zahid Md. Arip yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia atau PERKASA.Pelurunya pula diberikan Utusan Malaysia sendiri apabila ada wartawan tersembunyi yang diarahkan membuat follow up kenyataan Hata itu. Apa yg menjadi pertanyaan warga Utusan ialah wartawan lain tidak dapat mengesan siapakah wartawan yang menulis berita itu. Tidak ada dalam sistem Tera. Kenapakah begitu. Biarlah kalau orang tahu siapa yang tulis.
No comments:
Post a Comment