27 February 2010

Kahwin Campur Bukan Sebab Utama Cerai



KUALA LUMPUR 26 Feb.-Perkahwinan campur bukan faktor utama kegagalan rumah tangga, sebaliknya sikap individu itu sendiri yang menentukan kerukunan institusi kekeluargaan.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata,sikap bertolak ansur dan saling memahami antara suami isteri sangat penting supaya pertelingkahan yang wujud dapat diselesaikan dengan baik.

"Masalah dalam rumah tangga boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan sesiapa pun akan mengalaminya, tidak kira berkahwin sesama bangsa atau perkahwinan campur.

"Malah ada juga perkahwinan sesama bangsa dan agama runtuh walaupun masih baru. Ini disebabkan mereka tidak boleh bertolak ansur dan tidak memahami antara satu sama lain,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meminta golongan muda supaya berwaspada sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin campur kerana banyak kes penceraian berlaku dengan warga asing.

Menurutnya, menerusi kajian ilmiah yang dilakukan oleh ahli sosiologi di negara ini antara 1995 dan 1998, dalam setiap 10 perkahwinan, hanya tiga yan berjaya.

Sementara itu,Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ),Datuk Nooh Gadut berkata, individu yang berhasrat untuk berkahwin dengan pasangan berlainan agama harus memikirkan kuptusan tersebut secara rasional.

"Kalau perempuan Melayu yang mahu kahwin dengan bangsa asing,tanya diri sendiri, mampukah aku membimbingnya untuk menjalani cara hidup sebagai seorang umat Islam.Itulah perkara utama yang harus difikirkan,"katanya.

Menurut Nooh, perkahwinan itu perlu dilihat dari skop yang lebih luas dan tidak berlandaskan perasaan cinta semata-mata.

"Perkahwimnan bertujuan untuk membina keluarga, kemudian mendapat zuriat yang akan meneruskan syiar Islam serta menyambung proses pembangunan negara,"katanya.

Beliau berkaya, jika perkahwinan itu mengalami kegagalan dan pasangan memilih untuk kembali kepada agama asal, ia turut menjejaskan imej agama Islam.


Disiarkan Utusan Malaysia 27/2/2010.

Sei Nilam,Ampang
3.25 am.


21 February 2010

Mungkin tidak buat masa ini

Dia tak mungkin akan membaca post ini kerana dia tidak tahu tentang kewujudan blog ini.
Saya juga merasakan bahawa adalah tidak perlu untuk dia mengetahuinya.
Sayakah yang bersalah kerana memulakannya?
Tidak, saya tak bersalah kerana dia yang mula menghulurkan salam perkenalan.
Akhirnya dia yang mengharapkan sesuatu.

Komitmen?
Tidak saya tidak mahu ada sebarang komitmen,sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun dari sekarang.
Saya baru sahaja mahu belajar menikmati hidup saya sendiri.Apa yang penting sekarang ialah kerjaya saya dan keluarga.Lebih daripada itu, saya tidak mahu.Saya hanya mahu bergembira seadanya.
Saya tak sanggup untuk mengikut peraturan-peraturan tertentu untuk satu hubungan dan saya benar-benar tidak mahu.
Lebih tepat lagi, saya seorang yg mementingkan perasan sendiri.
Saya cuma mampu meminta maaf sekiranya pihak itu merasakn dirinya dipermain-mainkan.
Saya cuba nak 'test market' sahaja pada mulanya namun tak mengangka akan mendapat reaksi yg sungguh positif.
Ya,memang saya tak nafikan dia ada sisi positif yang cukup saya senangi walaupun saya tak pasti adakah sikap itu sesuatu yang semula jadi atau sebuah kepuraan.
Saya senag dengan caranya itu tapi entahlah bila kenangkan sejarah berdarah dulu,saya jadi takut ia akan berulang lagi.Lagipun, saya cuma berusia 24 tahun.

Angin Maya..

Bawalah catatan ini kepadanya dengan apa cara sekalipun supaya dia boleh membaca isi hati yang tidak mahu saya layangkan menerusi SMS kepadanya.
Saya ingin sangat dia memahami apa kemahuan saya.
Saya tidak suka dengan terburu-burunya,Boleh tak kamu bersikap biasa-biasa sahaja dan lebih bertenang.


UM,
Jalan Lima,CSL,Kuala Lumpur.

13 February 2010

M.I.R.A.C.L.E

MIRACLE...

Itu ada berlaku.Dan memang telah berlaku atas sebarang alasan.Lewat 2 tahun lalu, hanya sekadar sebuah impian kosong tentang keinginan terhadap sesuatu sahaja.

IMPIAN KOSONG...

Yang mana si penyimpan impian itu sangat pasti sama sekali tidak mungkin ia menjadi kenyataan...Yg tak mungkin akan bertandang sama sekali kerana ia tidak lebih sekadar sebuah IMPIAN KOSONG.

MIRACLE....

Ia hadir.Keinginan hitam telah menjadikan sebagai PUTIH,walaupun hanya untuk seketika sahaja tapi cukuplah kerana ia amat beerti.Walaupun telah berlaku satu "pengkhianatan" terhadap sebuah "persahabatan" tapi itu tetap telah terjadi.Maafkan saya, maafkan saya dan maafkan saya.

Saya benar-benar memohon kemaafan walaupun secara realitinya kita langsung tidak "terjejas" dengan apa yang terjadi. Itulah kehidupan, apabila kita tersilap langkah, semuanya boleh berubah.

Perasaan juga jadi bercampur,berbagai kenikmatan bersatu, tak kurang ada penyesalan tapi itulah yang telah "kita" pilih.


"Selamat Menghadapi Realiti Kehidupan Atas Sebarang Perkara Yang Terjadi"

Starbuck,Plaza Low Yat,Kuala Lumpur.

17:48, Feb 13,2010.

03 February 2010

Dan Bermulalah Satu Cabaran Baru Untuk Seorang Firdaus

Syukur alhamdulillah.Aku kini mempunyai kerja tetap,bermaksud ada gaji setiap bulan : ).Semalam 2.2.2010 adalah hari pertama aku melangkah masuk ke Utusan Malaysia sebagai wartawan kadet.Tempoh 3 bulan diberikan untuk aku membuktikan keupayaan sebelum diserapkan ke jawatan tetap.

Bersama aku,ada empat lagi wartawan baru,tiga lelaki dan seorang perempuan.Mereka sama sahaja seperti aku, juga sedang merangka memulakan episod baru dalam hidup masing-masing sebagai seorang wartawan.

Macam mana hari pertama di tempat kerja?Entahlah,semuanya biasa-biasa sahaja.Aku tak dapat tune lagi.Semalam aku diberi tugasan menulis satu berita berdasarkan press release yang dihantar.Hari ini, bila aku baca akhbar, berita aku tidak ada!Huhu.Permulaan yang tidak begitu menggembirakan.Aku juga sedikit kekok dengan house style Utusan.Sistem yang perlu masuk untuk menulis berita juga sedikit menyukarkan dan agak serabut jika dibandingkan dengan sistem Bernama.Ya, mungkin permulaanya.

Hari ini hari kedua.Aku dah buat kesalahan besarrrrr.Aku bangun lewat,pukul 10.30 pagi.Fairuz(senior) missed call aku tiga kali.Then aku call dia untuk bagi penjelasan.Menurutnya kami berdua ada asigment di Serendah..Ahhh bahaya.Aku rushing ke pejabat namun apa daya aku cuma mampu sampai pada pukul 11.45 tengah hari.Mujurlah setibanya di sana, asigment itu dibatalkan.Kali ini aku selamat sebab tidak ada yang perasan mengenai kelewatan aku.Sesungguhnya aku sangat bimbang sepanjang perjalanan ke tempat kerja tadi.Hari ini, empat kawan aku yang baru masuk itu, sudah keluar cover asigment luar.Aku lepak sahaja kat opis sepanjang hari.Pada waktu petang, aku diarahkan buat story berdasarkan press release namun tak sampai lima minit selepas itu satu faks masuk mengatakan story itu tidak perlu disiarkan dahulu.Huhu.

Hari ini aku juga diserang satu penyakit.Muka aku mula membengkak.Some said bengkak cantik and some said bengkak beruk.Entahlah labu.Harap cepat sembuh.Nasib baik esok bercuti, hope dapat recover sebelum bertugas semula pada hari Jumaat.Tadi juga aku bersama budak-budak baru lagi buat tour untuk berkenalan dengan press senior dan beberapa orang ketua jabatan termasuk penolong editor.Banyak nasihat yang diberikan.Aku tertarik dengan kata-kata seorang penolong editor "
permulaan ni kamu akan rasa sedikit susah,yelah,mana ada orang boleh terus berlari kan.Saya dulu bertahun-tahun naik bas mini pada masa mula bertugas,sekitar tahun 1984.Saya menyertai Utusan pada tahun 1998, dan sekarang saya jadi macam hari ini.Yang paling penting kamu kena sedar diri, jangan ingat senang nak dapat kerja".

Itulah kata-katanya kepada kami,sebenarnya panjang lebar lagi.Hampir 30 minit berada dalam bilik dia.Sayang,aku tak ingat nama dia.Apa yang penting,aku kena take note.Aku sangat tahu, ada cabaran yang besar sedang menanti aku dihadapan.Ya,itu pasti.Kena marah, tengking,maki,balik lambat dan sebagainya.Aku perlu kuat untuk itu.Demi mengejar cita-cita aku.Harus kuat,tabah,rajin, belajar, jangan sombong, jalinkan hubungan baik dengan semua orang, jangan pedengki, jangan malas, disiplin kerja mesti bagus, rajin dan segala macam elemen positif lagi.Adakah aku ada semua benda-benda yang disebut di atas itu.

Mohd Firdaus Bin Ismail bertahanlah kamu,cepat-cepatlah biasakan diri.Buanglah segala sikap malas yang bersisa itu.Kamu harus berjuang untuk kehidupan kamu sendiri.Benar, ada seribu ranjau menanti, tapi kamu juga punya senjata untuk menghadapi serangan dan cabaran itu.Anggaplah cabaran sebenar bagi kamu telah bermula.Selamat menghadapi realiti hidup dan teruslah berjuang.Insyaallah...