Dia tak mungkin akan membaca post ini kerana dia tidak tahu tentang kewujudan blog ini.
Saya juga merasakan bahawa adalah tidak perlu untuk dia mengetahuinya.
Sayakah yang bersalah kerana memulakannya?
Tidak, saya tak bersalah kerana dia yang mula menghulurkan salam perkenalan.
Akhirnya dia yang mengharapkan sesuatu.
Komitmen?
Tidak saya tidak mahu ada sebarang komitmen,sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun dari sekarang.
Saya baru sahaja mahu belajar menikmati hidup saya sendiri.Apa yang penting sekarang ialah kerjaya saya dan keluarga.Lebih daripada itu, saya tidak mahu.Saya hanya mahu bergembira seadanya.
Saya tak sanggup untuk mengikut peraturan-peraturan tertentu untuk satu hubungan dan saya benar-benar tidak mahu.
Lebih tepat lagi, saya seorang yg mementingkan perasan sendiri.
Saya cuma mampu meminta maaf sekiranya pihak itu merasakn dirinya dipermain-mainkan.
Saya cuba nak 'test market' sahaja pada mulanya namun tak mengangka akan mendapat reaksi yg sungguh positif.
Ya,memang saya tak nafikan dia ada sisi positif yang cukup saya senangi walaupun saya tak pasti adakah sikap itu sesuatu yang semula jadi atau sebuah kepuraan.
Saya senag dengan caranya itu tapi entahlah bila kenangkan sejarah berdarah dulu,saya jadi takut ia akan berulang lagi.Lagipun, saya cuma berusia 24 tahun.
Angin Maya..
Bawalah catatan ini kepadanya dengan apa cara sekalipun supaya dia boleh membaca isi hati yang tidak mahu saya layangkan menerusi SMS kepadanya.
Saya ingin sangat dia memahami apa kemahuan saya.
Saya tidak suka dengan terburu-burunya,Boleh tak kamu bersikap biasa-biasa sahaja dan lebih bertenang.
UM,
Jalan Lima,CSL,Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment