Syukur alhamdulillah.Aku kini mempunyai kerja tetap,bermaksud ada gaji setiap bulan : ).Semalam 2.2.2010 adalah hari pertama aku melangkah masuk ke Utusan Malaysia sebagai wartawan kadet.Tempoh 3 bulan diberikan untuk aku membuktikan keupayaan sebelum diserapkan ke jawatan tetap.
Bersama aku,ada empat lagi wartawan baru,tiga lelaki dan seorang perempuan.Mereka sama sahaja seperti aku, juga sedang merangka memulakan episod baru dalam hidup masing-masing sebagai seorang wartawan.
Macam mana hari pertama di tempat kerja?Entahlah,semuanya biasa-biasa sahaja.Aku tak dapat tune lagi.Semalam aku diberi tugasan menulis satu berita berdasarkan press release yang dihantar.Hari ini, bila aku baca akhbar, berita aku tidak ada!Huhu.Permulaan yang tidak begitu menggembirakan.Aku juga sedikit kekok dengan house style Utusan.Sistem yang perlu masuk untuk menulis berita juga sedikit menyukarkan dan agak serabut jika dibandingkan dengan sistem Bernama.Ya, mungkin permulaanya.
Hari ini hari kedua.Aku dah buat kesalahan besarrrrr.Aku bangun lewat,pukul 10.30 pagi.Fairuz(senior) missed call aku tiga kali.Then aku call dia untuk bagi penjelasan.Menurutnya kami berdua ada asigment di Serendah..Ahhh bahaya.Aku rushing ke pejabat namun apa daya aku cuma mampu sampai pada pukul 11.45 tengah hari.Mujurlah setibanya di sana, asigment itu dibatalkan.Kali ini aku selamat sebab tidak ada yang perasan mengenai kelewatan aku.Sesungguhnya aku sangat bimbang sepanjang perjalanan ke tempat kerja tadi.Hari ini, empat kawan aku yang baru masuk itu, sudah keluar cover asigment luar.Aku lepak sahaja kat opis sepanjang hari.Pada waktu petang, aku diarahkan buat story berdasarkan press release namun tak sampai lima minit selepas itu satu faks masuk mengatakan story itu tidak perlu disiarkan dahulu.Huhu.
Hari ini aku juga diserang satu penyakit.Muka aku mula membengkak.Some said bengkak cantik and some said bengkak beruk.Entahlah labu.Harap cepat sembuh.Nasib baik esok bercuti, hope dapat recover sebelum bertugas semula pada hari Jumaat.Tadi juga aku bersama budak-budak baru lagi buat tour untuk berkenalan dengan press senior dan beberapa orang ketua jabatan termasuk penolong editor.Banyak nasihat yang diberikan.Aku tertarik dengan kata-kata seorang penolong editor "permulaan ni kamu akan rasa sedikit susah,yelah,mana ada orang boleh terus berlari kan.Saya dulu bertahun-tahun naik bas mini pada masa mula bertugas,sekitar tahun 1984.Saya menyertai Utusan pada tahun 1998, dan sekarang saya jadi macam hari ini.Yang paling penting kamu kena sedar diri, jangan ingat senang nak dapat kerja".
Itulah kata-katanya kepada kami,sebenarnya panjang lebar lagi.Hampir 30 minit berada dalam bilik dia.Sayang,aku tak ingat nama dia.Apa yang penting,aku kena take note.Aku sangat tahu, ada cabaran yang besar sedang menanti aku dihadapan.Ya,itu pasti.Kena marah, tengking,maki,balik lambat dan sebagainya.Aku perlu kuat untuk itu.Demi mengejar cita-cita aku.Harus kuat,tabah,rajin, belajar, jangan sombong, jalinkan hubungan baik dengan semua orang, jangan pedengki, jangan malas, disiplin kerja mesti bagus, rajin dan segala macam elemen positif lagi.Adakah aku ada semua benda-benda yang disebut di atas itu.
Mohd Firdaus Bin Ismail bertahanlah kamu,cepat-cepatlah biasakan diri.Buanglah segala sikap malas yang bersisa itu.Kamu harus berjuang untuk kehidupan kamu sendiri.Benar, ada seribu ranjau menanti, tapi kamu juga punya senjata untuk menghadapi serangan dan cabaran itu.Anggaplah cabaran sebenar bagi kamu telah bermula.Selamat menghadapi realiti hidup dan teruslah berjuang.Insyaallah...
No comments:
Post a Comment