27 February 2010

Kahwin Campur Bukan Sebab Utama Cerai



KUALA LUMPUR 26 Feb.-Perkahwinan campur bukan faktor utama kegagalan rumah tangga, sebaliknya sikap individu itu sendiri yang menentukan kerukunan institusi kekeluargaan.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata,sikap bertolak ansur dan saling memahami antara suami isteri sangat penting supaya pertelingkahan yang wujud dapat diselesaikan dengan baik.

"Masalah dalam rumah tangga boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan sesiapa pun akan mengalaminya, tidak kira berkahwin sesama bangsa atau perkahwinan campur.

"Malah ada juga perkahwinan sesama bangsa dan agama runtuh walaupun masih baru. Ini disebabkan mereka tidak boleh bertolak ansur dan tidak memahami antara satu sama lain,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meminta golongan muda supaya berwaspada sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin campur kerana banyak kes penceraian berlaku dengan warga asing.

Menurutnya, menerusi kajian ilmiah yang dilakukan oleh ahli sosiologi di negara ini antara 1995 dan 1998, dalam setiap 10 perkahwinan, hanya tiga yan berjaya.

Sementara itu,Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ),Datuk Nooh Gadut berkata, individu yang berhasrat untuk berkahwin dengan pasangan berlainan agama harus memikirkan kuptusan tersebut secara rasional.

"Kalau perempuan Melayu yang mahu kahwin dengan bangsa asing,tanya diri sendiri, mampukah aku membimbingnya untuk menjalani cara hidup sebagai seorang umat Islam.Itulah perkara utama yang harus difikirkan,"katanya.

Menurut Nooh, perkahwinan itu perlu dilihat dari skop yang lebih luas dan tidak berlandaskan perasaan cinta semata-mata.

"Perkahwimnan bertujuan untuk membina keluarga, kemudian mendapat zuriat yang akan meneruskan syiar Islam serta menyambung proses pembangunan negara,"katanya.

Beliau berkaya, jika perkahwinan itu mengalami kegagalan dan pasangan memilih untuk kembali kepada agama asal, ia turut menjejaskan imej agama Islam.


Disiarkan Utusan Malaysia 27/2/2010.

Sei Nilam,Ampang
3.25 am.


No comments:

Post a Comment