26 July 2010

Facebook Tidak lagi Berprivasinya.

Lewat kebelakangan aku rasa kehidupan dan luahan perasaan di facebook tidak lagi ada privacynya.semuanya berpunca apabila semakin ramai orang yang menjadi rakan..dalam konteks aku, dulu fb selalu digunakan untuk meluahkan perasaan tak puas hati,tidak gembira atau rasa borink dengan orang itu atau orang ini.Malah kerap jugak aku meluahkan emosi yang tak gembira pada tempat kerja.

Tapi kini tidak lagi setelah ramai rakan-rakan opis aku juga berada dalam senarai rakan-rakan di FB ini.Jadi setiap luahan perasaan perlulah berhati-hati.Aku benci kot bila terpaksa mengawal penulisan walaupun hanya di alam maya.WTF.

Cakap soal kerja, aku rasa prestasi aku agak goyang dan tingtong lately.Kadang-kadang ok pada hari tertentu dan hari lain pula akan menjadi sgt teruk.Ya,itu yang aku rasakan.Walau bagaimanapun, aku masih lagi kekal di news desk selepas seorang demi seorang kawan2 seangkatan mula ditukarkan.Faizal ke desk Jawi, Fairuz ke Ekonomi, Syahril ke Wow,Deegun ke Hiburan,Rashdan ke Foreign.Dan yang paling aku cemburu (bersifat positif) bila mana Zali ditukarkan ke Sport-desk idaman aku selamanya.

Satu hari seorang senior yang bertugas di desk lain bertanya kpd aku, bagaimana kerja di news desk? Aku sedikit terkejut dengan soalannya.Seoalah dapat membaca fikiran aku dia berkata unsur favouritsm itu biasa, maka hang bersabarlah...aku hanya mampu tersenyum sahaja. Senior itu kemudiannya menyambung bicara hang bersabarlah dan berdoalah suoaya satu hari nanti akn mendapat peluang utk ditukarkan ke desk yg hang suka, aku sudah rasa semua itu-sikap pilih kasih di situ...

Aku cuma tersenyum dan mengucapkan terima kasih sahaja...Sebenarnya memang aku juga rasa tapi bukanlah pada tahap yang serius yang mana sehingga aku rasa tertekan.Langsung tidak kerana aku masih juga diberi perhatian oleh bos-bos di situ.Bukan nak meninggi diri, tapi setelah beberapa bulan, aku juga ditugaskan untuk membuat liputan function besar spt cover PM.Peluang itu ada walaupun amat terhad malah bos-bos juga memberi asgment yang agak besar kepada aku. So aku memang tidak begitu terasa unsur favouritsm sgt.Tapi aku tahu, di situ seorang wartawan senior (aku rasa dia mungkin senior 4 tahun sahaja dari aku) tidak begitu selesa dgn kehadiran aku.Aku tak tahu kenapa.

Adakah dia berasa aku menganggu dia di situ.Biasalah perasaan seperti tu ada di mana2 waima di Biro sekalipun and I dont mind.Sebenarnya aku langsung tidak berharap untuk berada di situ,senior (kononnya) janganlah bimbang, aku tidak akan rampas apa yg kau sedang nikmati sekarang kerana sesungguhnya aku langsung tidak mahu.


Apa connectionnya dengan tajuk FB. Ya, tetap sahaja ada.Aku tak boleh menulis post sesuka hati lagi kerana ada juga para bos yg menjadi rakan FB. =P. Itulah yg aku maksudnya tiadanya lg PRIVACY di sini.Malah beberapa orang ahli keluarga dan rakan di kampung juga menjadi rakan FB.Takkan nak ignored kan.Haha.



12 July 2010

Tun Dr. Mahathir

Jujurnya aku bukanlah peminat Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti kebanyakan kawan-kawan aku yang lain.Mereka meletakkan bekas Perdana Menteri Keempat itu di tempat yang tinggi dalam hati mereka,malah seorang teman rapat aku membuat pengakuan "aku dan awek aku sangat mengidolkan Tun M".

Ok that was good for both of you.Nope i dont hate him.Aku juga menghormatinya kerana sepanjang tempoh 22 tahun pemeintahannya, Malaysia mencapai pembangunan yang menakjubkan (ya, pembangunan dan bukannya kemajuan). Dan aku hormatinya untuk itu.

Seingat aku, aku tidak pernah bertemunya secara langsung biarpun ketika aku masih bersekolah (Tingkatan 5,SMK Kubang Rotan,Kedah), beliau yang ketika itu berada pada hari-hari terakhirnya sebagai PM pernah membuat lawatan mengejut ke sekolah pada hujung minggu.Aku tidak ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum minggu tersebut.Setahun sebelum itu, ketika kempen pilihanraya kecil DUN Anak Bukit beliau juga turun berkempen ke kampung aku, namun juga tidak ada kesempatan untuk bertemunya.

Kerjaya aku pada hari ini sebagai seorang wartawan memberikan peluang kepada aku untuk bertemu pelbagai golongan masyarakat sama ada tokoh ternama atau rakyat biasa. Baru-baru ini aku ditugaskan untuk membuat liputan satu majlis yang dihadiri oleh Tun M. Itulah kali pertama aku bertemunya secara langsung dan ternyata bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu masih berada pada kelasnya tersendiri.

Sebaik sahaja beliau dan Tun Dr. Siti Hasmah melangkah masuk ke dewan di Mandarin Oriental itu, semua hadiri yang berjumlah hampir seribu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan warga asing itu berdiri dan bertepuk tangan sebagai tanda hormat. Nyata auranya masih kuat.

Selepas acara habis, hampir 30 wakil media sudah bersedia untuk menemuramahnya. Bagaimanapun kami menghadapi sedikit kesukaran kerana ramai yang ingin bersalaman dengan beliau sehingga berlaku adegan tolak menolak.Wakil media berjaya mendapatkannya itu pun dengan kawalan ketat daripapda pengawal peribadinya.Aku yang sudah bersedia dengan tiga soalan tidak berjaya bertanya kepadanya sebaliknya hanya Faiz wartawan ekonomi TV3 sahaja yang berpeluang dalam pc 3 minit itu.

Itulah pengalamannya.Bagaimanapun aku bersyukur kerana story aku daripada "pc" 3 minit itu digunakan keesokkan harinya berserta byline.

Tun Dr. Mahathir or Che Det, terima kasih banyak untuk jasa anda terhadap Malaysia dan saya menanti lagi kesempatan untuk membuat liputan membabitkan anda dan saya berharap saya beroleh peluang untuk bertanya anda satu atau dua soalan pada waktu itu.