12 July 2010

Tun Dr. Mahathir

Jujurnya aku bukanlah peminat Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti kebanyakan kawan-kawan aku yang lain.Mereka meletakkan bekas Perdana Menteri Keempat itu di tempat yang tinggi dalam hati mereka,malah seorang teman rapat aku membuat pengakuan "aku dan awek aku sangat mengidolkan Tun M".

Ok that was good for both of you.Nope i dont hate him.Aku juga menghormatinya kerana sepanjang tempoh 22 tahun pemeintahannya, Malaysia mencapai pembangunan yang menakjubkan (ya, pembangunan dan bukannya kemajuan). Dan aku hormatinya untuk itu.

Seingat aku, aku tidak pernah bertemunya secara langsung biarpun ketika aku masih bersekolah (Tingkatan 5,SMK Kubang Rotan,Kedah), beliau yang ketika itu berada pada hari-hari terakhirnya sebagai PM pernah membuat lawatan mengejut ke sekolah pada hujung minggu.Aku tidak ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum minggu tersebut.Setahun sebelum itu, ketika kempen pilihanraya kecil DUN Anak Bukit beliau juga turun berkempen ke kampung aku, namun juga tidak ada kesempatan untuk bertemunya.

Kerjaya aku pada hari ini sebagai seorang wartawan memberikan peluang kepada aku untuk bertemu pelbagai golongan masyarakat sama ada tokoh ternama atau rakyat biasa. Baru-baru ini aku ditugaskan untuk membuat liputan satu majlis yang dihadiri oleh Tun M. Itulah kali pertama aku bertemunya secara langsung dan ternyata bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu masih berada pada kelasnya tersendiri.

Sebaik sahaja beliau dan Tun Dr. Siti Hasmah melangkah masuk ke dewan di Mandarin Oriental itu, semua hadiri yang berjumlah hampir seribu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan warga asing itu berdiri dan bertepuk tangan sebagai tanda hormat. Nyata auranya masih kuat.

Selepas acara habis, hampir 30 wakil media sudah bersedia untuk menemuramahnya. Bagaimanapun kami menghadapi sedikit kesukaran kerana ramai yang ingin bersalaman dengan beliau sehingga berlaku adegan tolak menolak.Wakil media berjaya mendapatkannya itu pun dengan kawalan ketat daripapda pengawal peribadinya.Aku yang sudah bersedia dengan tiga soalan tidak berjaya bertanya kepadanya sebaliknya hanya Faiz wartawan ekonomi TV3 sahaja yang berpeluang dalam pc 3 minit itu.

Itulah pengalamannya.Bagaimanapun aku bersyukur kerana story aku daripada "pc" 3 minit itu digunakan keesokkan harinya berserta byline.

Tun Dr. Mahathir or Che Det, terima kasih banyak untuk jasa anda terhadap Malaysia dan saya menanti lagi kesempatan untuk membuat liputan membabitkan anda dan saya berharap saya beroleh peluang untuk bertanya anda satu atau dua soalan pada waktu itu.

No comments:

Post a Comment