27 July 2009

Tanya Pada Siapa By Angelika


Angelika – Tanya Pada Siapa



Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua

Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti

1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi

@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena

#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah

Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)

Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah

Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki

Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..










Dua tiga hari kebelakangan ni, aku suka betul dengar lagu di atas.Bagi aku, anak-anak muda yang bernama Angelika ini sangat kreatif dan berkarya.Muziknya funky tetapi masih tetap enak untuk dinikmati.Bila aku suruh kawan-kawan aku dengar, some of them tanya, lagu Indon ke?Ohh exactly not.Anak -anak muda Malaysia juga mempunyai bakat dan keupayaan untuk menghasilkan karya muzik yang mampu menangkap halwa telinga.

Sekarang ni, aku tengah tunggu, bila agaknya Angelika akan muncul membuat persembahan dalam TV.Orang-orang besar dalam industri muzik Malaysia, tolong bagi peluang kepada mereka ini, kerana aku percaya mereka mempunyai potensi hebat!

2 comments: