16 July 2009

The Story of Bernama.


Satu masa lalu.

Asgment tengah laut.Hari-hari terakhir menjalani latihan praktikal di Bernama.Ikut Jabatan Perikanan ke tengah laut berhampiran Pulau Bunting.Best jugak walaupon mabuk laut sekejap.

First of all, aku minta maaf jika gambar ini menyinggung perasan.Ini adalah satu kisah sedih.Anak mak cik berbaju biru yang berusia sembilan tahun telah meninggal dunia kerana dipanah petir di Pendang ketika pulang dari kelas AL-Quran.Al-Fatihah.

Asgment yg agak menyeramkan dan buat aku sedikit cuak.Kemalangan maut.Tangan mangsa terputus.Kemudian tangan yang terputus itu, terputus lagi kepada dua bahagian.Encik Polis menunjukkan sisa daging mangsa yg terletak di kereta.Kereta itulah yg melanggar mangsa.

Ini asgment yg best.Rombongan penyokong bola sepak pasukan Kedah ke Stadium Shah Alam sempena perlawanan akhir Piala FA tahun 2008.Aku sangup bangun awal pagi sebab tak nak terlepas
asgment ni.

Banyak juga kejadian jenayah yg berlaku di Kedah rupanya.Ini pula kes Jabatan Kebajikan Masyarakat
Daerah Kota Star yg dipecah masuk.

Asgment Program Sains Bersama Angkawasan di SMK Yan, Kedah.

Ini apa ni.Kes kecurian wayar elektrik kalau tak silap aku.

Lihat betul2 telur ayam yang dipegang oleh lelaki itu.Kebesaran Allah.

Ini pula asgment yg menghiburkan hati dan jiwa serta asgment masa lapang.Sepasang pengantin bersanding menggunakan ermmm apa ya(org Kedah panggil kebokta ).Menurut mereka, nak nampak kelainan.Well done for your effort!


Asigment tentang larangan menjual minyak kepada kenderaan asing dalam jarak 80 kilometer dari sempadan.Lokasi ialah di sebuah stesyen minyak berhampiran Bukit Kayu Hitam.

Ini asgment Persatuan Alumni UUM membuat gotong royang membersihkan dan membesarkan rumah penduduk kampung di Changloon, Kedah.

Asigment bersifat sukan mcm ni aku mmg suka.Majlis Penyerahan Bendera kepada atlet2 Kedah yg ke Sukma Terengganu.Location, Pusat Sukan UUM,Sintok,

Asigment suci di rumah Anak-anak Yatim,ALor Setar.

Asigment yg paling menyayat hati .25 orang banduan yg berkelakuan baik telah diberi kesempatan utk makan bersama anggota keluarga selama 2 jam sempena sambutan Hari Ibu Penjara Pokok Sena.Seorang anak memeluk bapanya.Seorang bapa yg gembira kerana akan dibebaskan sembilan tahun lagi setelah dipenjara selama 20 tahun.Seorang pemuda berusia 25 tahun yg dipenjara 226 bulan, seorang lelaki yg dipenjara 19 tahun dan seorang lelaki tua yg akan menghabiskan seluruh hidupnya dalam penjara.Aku bersimpati lebih-lebih kepada ibu-ibu banduan tersebut.

Asigment bersifat kemalangan.Kesian kepada mangsa-mangsa yg terlibat dalam kebakaran di Kampung Sanglang,sempadan Kedah-Perlis

Asigment bersifat politik.Hurm, kadang2 best jugak tapi kadang2 cam h*** politik ni.Keadaan semakin menjadi selepas PRU 12.

Asigment JPJ membanteras penunggang dan pembonceng motorsikal yg tak berlesan.Hurm sebenarnya
aku pun tak ada lesen.Lalalalalalalal.

Ini aku suka.Asigment yg paling dinantikan.Kedah vs Home United (Singapore) AFC Cup.
Kedah won 4-1.Epiiiiiiiiii.

Ini satu lagi kes jenayah yg sempat aku buat liputan.Kes rompakan kedai emas di Pekan Jitra yg
membabitkan kerugian RM1 juta.Wow, what the f*** la perompak.Rock!.Haha.

Asigment yg paling membosankan.Majlis angkat sumpah PBT yg baru.

Ketua Polis Daerah adalah sumber maklumat utama utk kes macam ni.

Ini adalah liputan kes jenayah pertama yg aku buat.Kes pembunuhan seorang nenek di Taman Berlian, Jitra,Kedah oleh cucunya sendiri iaitu pada 10 Mei 2008.Nenek itu dibunuh satu hari sebelum sambutan hari ibu.Agak menakutkan juga, maklumlah first time aku buat liputan kes bunuh tapi semuanya ok saja.



Semua gambar-gambar di atas mewakili kenangan aku di Bernama ketika menjalani latihan praktikal setahun yang lalu.Walaupun kini aku sebenarnya masih terkial-kial mencari peluang dan kesempatan bergelar wartawan selepas habis belajar, namun gambar -gambar tersebut tetap menyimpan kenangan.

Adakah aku masih berpeluang untuk menjadi warga Bernama sekali lagi.......Hanya masa yang dapat menjawab dan memberi penyelesaian kepada soalan aku.

No comments:

Post a Comment