Ali
Laris,memang laris hasil jualan lelaki Pakistan berbaju Merah ini.
Jus buah-buahan juga mendapat sambutan.
Nurul, salah seorang pelanggan setia ayam goreng berempah Ali.
" Fried Chicken, Currypuff,Sandwich, Juice "
Ungkapan itu akan didengar hampir setiap di Plaza Low Yat ketika jam menunjukkan pukul 5 petang dan ke atas.Pelantunnya pula ialah seorang lelaki Pakistan yang tidak begitu tinggi dan perutnya agak buncit.Dia akan menjinjing sebuah beg pakaian yang sering digunakan oleh orang-orang yang baru di tiba di Hentian Puduraya sekitar tahun 1990 an.Dalam beg itu, tersusun karipap, ayam goreng berempah, sandwich dan seleksi jus yang diniagakan oleh Ali,lelaki Pakistan yang aku maksudkan.
Karipap berinti telur rebus ubi kentang dijual pada harga RM1,Ayam Goreng Berempah,Sandwich dan Jus pula dijual pada kadar harga RM2.
Hari ini, tiba-tiba aku rasa nak beramah mesra dengan dia.Menurut Ali,dia mula menjejak kaki ke Malaysia pada tahun 2000 dan cuma pernah pulang sekali sahaja ke Lahore.Selepas itu, dia tak pernah balik lagi.Anak dan isterinya juga sudah dibawa ke Malaysia.Itu sahaja maklumat yang aku dapat.Cukuplah, malas nak tanya banyak.
Ali (betul ke nama sebenarnya).Aku tak pasti tentang namanya yang sebenar, tapi itulah panggilan budak-budak yang bekerja di sini kepadanya.So, aku pon panggil dia Ali.Ali ialah salah seorang daripada warga asing yang bersepah-sepah bekerja mencari rezeki di Low Yat.Cuma apa yang membezakan dia dengan warga asing yang lain ialah dia bekerja sendiri iaitu menjalankan perniagaan.Aku perasan, pada waktu tengah hari, dia menjual nasi lemak,waktu petang jual karipap dan ayam goreng.Kadang-kadang, untuk jualan waktu petang, dia buat tiga trip. Hurm, aku rasa agak lumayan juga pendapatan si Ali ni.
Sedap ke karipap dan ayam goreng berempah yang dijual Ali.Mulanya, aku langsung tak tergerak hati untuk membeli karipap daripadanya.Aku menganggap bahawa cara penyediaannya tidak hygien.Jadi setiap kali dia datang, aku buat tak tahu sahaja.Walau bagaimanapun, satu hari tu, aku rasa lapar dan malas hendak keluar makan.Aku cuma minum air dan hisap rokok sahaja dalam kedai.Ali muncul dan buat kali pertamanya aku membeli dan merasa karipap yang dijualnya.Rasanya sedap jugak tapi tidaklah terlalu lazat.Enak karipap itu pada tahap biasa-biasa sahaja kerana aku pernah makan karipap yang jauh lebih sedap lagi.Selepas makan, baru aku berfikir semula hygienkah cara penyediaannya?Sejak hari itu, aku tak membeli lagi karipap Ali.
Orang Malaysia memang terkenal dengan sikap supportive. Macam tu jugak dengan budak-budak yang kerja di sini.Merekalah pelanggan setia yang tak jemu membeli ayam goreng berempah.Menurut mereka, sedap!.Tapi aku masih tidak beli juga kerana fikirkan tentang hygien.Haha.Namun pendirian mula berubah selepas kali pertama mencuba.Ya, aku beli, bayar RM2,pilih bahagian drumstik dan menikmatinya.Wowwww.Awesome rasanya.Haha.Mungkin kerana ayam itu masih panas.Aku topup lagi ayam goreng itu ketika second trip Ali.Nampaknya hari itu, aku terkena penangan ayam goreng berempah Ali.Huhu.Wtf, haha.Dan keadaan yang sama berulang.Aku beli lima hari berturut-turut ayam goreng itu sehingga pada ahri keenam aku rasa muak dan tak mahu beli lagi.Cuma jus tembikai sahaja yang aku masih beli.For a while, aku nak stop makan ayam goreng berempah Ali.
Itu Ali yang menjual ayam goreng.Bagaimana dengan warga asing yang lain.Sesungguhnya sangat banyak warga asing di Malaysia.Plaza Low Yat menjadi lubuk mencari rezeki bagi mereka.Ali, si Pakistan yang menjual karipap, ayam goreng berempah dan jus.Sebenarnya, ada lagi warga Pakistan yang menjalankan perniagaan di Plaza Low Yat iaitu jual Laptop!Satu masa lalu(5 tahun lepas) peniaga Cina yang menguasai kaunter,kiosk, dan lot-lot kedai.Situasi mula berubah kini apabila warga asing terutama dari Pakistan yang mkenguasai rental-rental kedai di IT Mall ini.Apa sudah jadi.Pada tahun lepas, Kosmo pernah melaporkan tentang serbuan Jabatan Imigresen dan menangkap beberapa orang peniaga Pakistan.Namun, this is MALAYSIA bro.Lepas seminggu, peniaga Pakistan yang ditangkap itu kembali menjalankan perniagaan seperti biasa.Ya seperti biasa.Hurm, kenapa keadaan ini berlaku.Bagaimana orang asing yang tidak ada kerakyatan boleh rental?Asimple answer is the power of money!!!.
Pak Guard juga ada dikalangan warga asing terutamanya dari Nepal.Ya, adalah beberapa orang security Nepal yang menjaga keharmonian Low Yat.Penjaga toilet yang meminta bayaran RM0.50 pula terdiri daripada mak-cik-mak cik warga Indonesia dan lelaki -lelaki terpilih dari Bangladesh.Kenapa guna istilah lelaki terpilih.Yalah, kerana masih ramai lagi rakyat Bangladesh yang menunggu peluang untuk masuk bekerja di Malaysia.
Warga asing di Low Yat menguasai setiap floor.LG Floor yang menempatkan foodcourt juga dipenuhi dengan mereka sehingga post cashier yang sebelum ini sinonim dengan gadis Melayu dan Cina Malaysia juga kini berubah.Malah ada mamat Bangla yang jadi cashier!Tak boleh blah betul.Kakitangan kitchen jangan cakap la.100% mereka sapu.Aku bukan anti dengan warga asing yang bekerja di Malaysia malah mengalu-alukan kedatangan mereka lebih-lebih lagi yang profesional dan mampu memacu pertumbuhan ekonomi mereka tapi kalau sampai level-level yang basic macam tu pon, takkan orang asing juga nak isi.Apa cerita ni Encik Datuk Menteri Sumber Manusia.Ini Malaysia beb!Ini baru di Plaza Low Yat, belum lagi tempat lain.Some said why so many foreign worker here for the post that I mentioned above is the low cos of salary paid to them and they willing to work.HURM!!Wtf again I said.
No comments:
Post a Comment