In front of sawah padi at Kampung Sungai Baru Tengah,Alor Kedah.
Kegirangan di bendang pada hari raya.
Pic di sawah padi aka bendang ketika sambutan Hari Raya Aidil Adha yang lalu.Kawan-kawan dari KL ikut pulang, kononnya nak merasai kemeriahan raya korban di kampung.Kawasan sawah padi ini didepan rumah kawan aku, Jimmy di Kampung Telok Talipon,Kubang Rotan,Alor Setar, Kedah.
Video bertarikh 30.6.2008.Asigment Jabatan Perikan Malaysia-menenggelamkan bot-bot nelayan yang menggunakan pukat tunda.Tujuan untuk dijadikan tukun tiruan.Ini semua dilakukan supaya hasil laut Malaysia mampu bertahan untuk tempoh yang lebih lama dan menjamin sumber pendapatan nelayan.Jika hasil daripada perlaksanaannya positif, Malaysia juga dapat mengurangkan import ikan daripada luar terutamanya Thailand!(aku rasa agak matang bila menulis seperti ini,haha)
Lupa plak, pak cik aku juga ada yg bergelar nelayan, malah ayah aku pon dulu ketika zaman muda, pernah juga turun ke laut kerana kampung nenek dengan laut tak jauh.Lagipun, aku memang sgt menghargai peranan dan sumbangan nelayan.Aku sangat-sangat suka makan ikan laut,ikan sungai dengan ikan air tawar, kurengg suka walaupon ketika zaman kanak-kanak, selepas padi dituai, aku selalu turun ke sawah padi a.k.a bendang membawa serkap untuk tangkap ikan such as haruan, puyu, keli,sepat, kadang2 ular pon terlekat..eiiiii,geli.Tak tahu kenapa suka sgt turun bendang masa tu.Mungkin hanya fikir seronak saja masa tu walaupun badan memang berbau kambing berlumpur, kuku kaki jangan cakap la bertukar warna jadi kuning berkarat.Haha.Eooo.Pastu bila balik rumah,terpaksa mandi lama-lama just nak hilangkan bau lumpur tu.Tapi itulah kenangan aku sebagai anak kampung jati kampung Sungai Baru Tengah,Alor Setar Kedah.Nanti bila aku balik kg, nak amek pic bendang byk2 dah uploadkan sahaja di sini!Itulah yang aku suka pasal Kedah.Kehijauan sawah padi sangat mendamaikan terutamanya selepas dua atau tiga minggu anak benih ditabur.Masa tu pemandangan sangat agak cun la.Siap boleh buat klip video lagi.Haha.Ditambah pula jika masa itu,angin sepoi-sepoi ataupun agak tak sepoi bertiup, pergghh memang layan la.Haha.
Walaupun Kedah terkenal dengan gelaran Jelapang Padi Malaysia kerana merupakan negeri pengeluar hasil padi yang utama di negara ini,namun aku risau apabila sesekali pulang ke sana.Ini kerana, semakin banyak kawasan sawah padi yang dibangunkan menjadi kawasan perumahan.Keadaan sangat ketara terutamanya sepanjang 12 tahun lepas.Aku harap pemerintah Kedah dapat melakukan sesuatu supaya keunikan Kedah sebagai Jelapang Padi Negara tidak hilang.
# Video tengah laut akan diupload akan internet connection laju.Sekarang ini connection sgt siput babi!
No comments:
Post a Comment