02 September 2009

OK KA

Agak lama tidak post sebarang entry..Since balik dari Penang, ada post sekali ja pasal graduation day hari tu,lepas tu tak lagi.Aku bz, tidak sihat serta rasa tak ada mood untuk menulis.Ya,ghairah utk menulis blog tidak lagi bertandang.So,apa boleh aku buat,kenapakah jadi macam ini??

Since kerja kat Bernama, kadang-kadang (selalunya,) mood aku tak ceria la, jadi bila mood tak ceria, aku memang malas, malas kuar malam, malas lepak, jadi sesak nafas bila berada kat tempat yg ramai orang..apa kes...pastu badan jadi tak sihat, batuk dah 5 minggu tak ok, pastu macam-macam lagi, demam la, apa la, semua tu memang buat aku jadik tadakkk mood.

Aku perasan one thing, sejak aku balik bekerja di Alor Setar, aku jadi langsung tidak suka keluar lepak, ya benar2 tidak suka, aku suka balik rumah, mandi ,tengok tv lebih kurang dan tidur sekitar jam 10 malam.Eiii, bosankah hidup aku, kenapa jadi seperti ini..

Ada jugak kot beberapa reason-berkenaan dengan tak suka tempat ramai orang, mungkin sebab aku bimbang pasal H1N1 kot.Ya, HINI telah menjadi satu ancaman yg sangat serius sekarang ini.Oleh itu, jika tidak ada sebarang urusan yg sangat penting, jadi tak payh la keluar melepak kerana itu boleh membahayakan kesihatan...Ya, aku memang bimbang dengan keadaan sekarang, sehingga hari ini, sudah 71 orang nyawa di Malaysia terkorban akibat virus ini, ya, ini adalah sesuatu yg serius, angka keseluruhan yg meninggal akibat virus ini diseluruh dunia ialah lebih 2500 orang...


Aku bukan saja perlu berlawanan dengan virus HINI, tapi ada satu lagi virus yg cukup menyeksakan yg buat aku terseksa,,,tapi sekarang, alhamdulillah, sekarang dah beransur ok sikit...

4 comments:

  1. virus bercintakah yg satu lagi itu? hahaha.. ruru.. aku rasa hg dah tak 'ghairah' menulis blog sebab hg da menulis news tiap hari kot.

    ReplyDelete
  2. Bukan da..mmg xda mood nak memblog skrng..tp rasa itu akan cuba diatasi

    ReplyDelete
  3. cepatlah mengatasinya encik runi.nanti aku ketandusan pembacaan.

    ReplyDelete