Foto ini ialah ketika kunjungan kali ketiga pada Mei 2008.Foto ini dirakamkan di kawasan Air Terjun Betong,Hulu Terengganu.Budak-budak Kampung Felda Mengkawang dan kawan-kawan Joe yang merangkap kawan-kawan aku juga.
Ini pula ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Terengganu.Foto ini dirakamkan di Pantai Long Beach,Pulau perhentian.I love this beach very much coz it still clean.Meaning not bitch (pantai ini tidak tercemar dengan sampah sarap yang menyakitkan mata)
Ini pula muka kontrol.Aku rasa aku snap sendiri kot picture ini.Lokasinya ialah di Pantai Batu Burok,Kuala Terengganu pada satu petang hari.Foto ini juga ialah masa kali pertama aku bersama my geng menyelusuri Bandar Kuala Terengganu.Senyum Sokmo.
Siapakah mak cik ini?Jeng-jeng.Ini adalah kunjungan aku yang keempat ke Terengganu sempena Sukma 2009 iaitu pada bulan Jun.Mak cik ini berniaga keropok lekor di kawasan tapak ekspo Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak (sebahagian bumbung stadium ini runtuh baru-baru ini).Kenapa snap gambar mak cik ni yg tengah busy buat kerja.Sebenarnya mak cik ni baik tapi aku lupa nama dia.Anak dia telah menolong aku ke Bandar Kuala Terengganu untuk mengeluarkan wang kerana kawasan stadium tidak ada ATM.Terima Kasih banyak.
Ini pula bersama pasukan boling tenpin Kedah ketika Sukma di Terengganu.Dalam foto ni ada Noor Amirah,Tengku Ariff &Afnan dan Mama mereka yang sungguh baik.Lokasi di Diman Superbowl yang terletak dalam Stadium Sultan Mizan.
Ini ketika berada di atas bot kecil atau dipanggil "teksi" oleh penduduk tempatan.Bot yang lebih besar yg kami naik di Jeti Kuala Besut tidak dibenarkan menghampiri Pantai Long Beach di Pulau Perhentian.Jadi terpaksa naik bot ni dengan kadar harga RM2 setiap seorang.
No comments:
Post a Comment