Bahagian drumstik juga diserang.
Virus Gatal menyerang tangan.Sakit dan gatal .
Salinan Police report mengenai kehilangan dompet.
Tidak tahu macam mana untuk berfikir dan menulis untuk post kali ini.Bunyinya seperti aku patah semangat.Tidak.Bukan patah semangat cuma lemah kerana banyak perkara yang tidak begitu menggembirakan berlaku pada aku dalam tempoh dua tiga hari ni.
Pertama sekali, rancangan aku dgn Azam untuk menetapi dikawasan yang dekat dengan tempat kerja sudah selesai.Selepas penat dan berpeluh-peluh mencari,akhirnya kami jumpa bilik yang dekat dengan Plaza Low Yat,iaitu di Jalan Imbi. Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja ialah lima minit sahaja.Kami menyewa bilik yang mempunyai ruang yang cukup untuk dua orang.Kadar sewa ialah semahal RM350.Sorang perlu bayar RM175.Tak payah bayar deposit.Alhamdulillahllah.
Pada hari Sabtu lepas, dompet duit aku yang telah dicuri.Dalam tu ada kad pengenalan,kad atm Maybank, Student Card USM (tak mungkin aku akan dapat lagi, ahhh tidakkk) dan wang tunai RM300 (jumlah gaji pertama yang aku terima selepas bekerja satu minggu).Macam mana boleh jadi macam tu.Sebenarnya, aku rasa 70% kehilangan dompet tu adalah disebabkan KECUAIAN aku.Aku tertinggal dompet di seat belakang dalam kereta Noor.Aku benar-benar terlupa.Sampai ja dirumah selepas makan malam di Kampung Baru,aku terus masuk dalam rumah dan tidur.Esok pagi Nana guna kereta tu untuk jemput pak cik aku di Puduraya.Selepas bangun dan bersiap untuk pergi ekrja, baru aku sedar pasal dompet yang tertinggal tu.Aku terus call Nana.Dia cakap dia ada kat tingkat tiga dan parking kereta kat Basement 3.Aku mula rasa bimbang.On the way nak pergi parking, Nana call aku dan bagitau dompet aku tak ada dalam kereta.Ha sudah.Sampai kat kereta, aku terus masuk dan cari dompet tu dalam kereta tapi tak ada.
Sebenarnya....
SELEPAS JEMPUT PAK CIK AKU DARI PUDURAYA, NANA DAN MAK TERUS KE PLAZA LOW YAT.NANA DAN MAK AJAK PAK CIK NAIK ATAS TAPI PAK CIK CAKAP NAK TUNGGU MEREKA DALAM KERETA SAHAJA.NANA DAN MAK NAIK ATAS AGAK LAMA.HAMPIR DUA JAM.
PAK CIK CAKAP DIA BORING TUNGGU LAMA SANGAT KAT TEMPAT PARKING.OLEH ITU DIA JUGA TINGGALKAN KERETA TANPA DIKUNCI.TINGKAP BAHAGIAN PENUMPANG BELAKANG JUGA TIDAK BERKUNCI.DIULANGI,DIA TINGGALKAN KERETA MACAM TU SAHAJA SEDANGKAN DIA TAHU DALAM TU ADA BEBERAPA BARANG BERHARGA!!!! TERMASUK DOMPET AKU.BILA PAK CIK BERPATAH BALIK DAN SAMPAI KE KERETA, DIA TERNAMPAK SEORANG LELAKI YG TAK DIKENALI BERADA DALAM KERETA NOOR DAN DUDUK DI BAHAGIAN PEMANDU,PAK CIK BERTANYA BUAT APA?ORG TAK DIKENALI TU MENJAWAB,NAK KUNCI KERETA.KEMUDIAN TERUS KELUAR DARI KERETA NOOR DAN BERJALAN KE ARAH KERETANYA.PAK CIK BIARKAN SAHAJA!!!!!!!.SEBAB KES NI AKU BERGADUH DENGAN NANA.
Aku terpaksa buat laporan polis.Leceh betul semua proses2 itu.
Lepas tu bila pindah masuk rumah baru kat Jalan Imbi tu, aku diserang virus gatl kulit.Mulanya ingat gatal sikit-sikit ja tapi dalam masa 8 jam, beberapa bahagian di kaki, tangan dan perut telah membengkak.Adoiiii,sangat sangat sakit.Aku terpaksa pergi klinik dan disuntik serta diberikan beberapa jenis ubat.Aku menderita betul dengan kesakitan ini.Doktor cakap aku alergik dengan bangunan lama.Kawan -kawan aku cakap,aku terlanggar hantu.Apekahhh.....
No comments:
Post a Comment