12 June 2009

My Mum come to KL


My mum Sopiah bt Ismail-Gaya over nak pegi kenduli la tu : ))

Pagi time my mum sampai KL together my sis.Agak lama juga tak jumpa mak, last day jumpa 25 May which is hari aku bertolak ke KL.Mak, i miss u and loved you.

Pic tu waktu mak nak pergi kenduri umah Mie aku rasa.Mak kalau nak pergi kenduri memang suka pakai cantik.Hehehe.Cantik ke? Yolah cantik jugak.Satu lagi dia suka pkai bedak tujuh lapis.Haha.Apa pun, one things yang aku sedar, sekarang ni semakin hari aku semakin sayang kat mak aku.Bukan dulu aku tak sayang, tapi biasalah zaman budak-budak kan.Aku tak dapat berfikir dengan rasional dan matang.Selalu saja nak melawan dan bergaduh dengan mak.Aku masih ingat lagi time tingkatan 3 dan 4, memang hubungan aku dengan mak agak tidak baik.Aku menyesal kerana membiarkan situasi itu berlaku dahulu. : (

Satu perkara tak baik.Tapi aku melihat itu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup aku.Walau bagaimanapun, alhamdulillah, sekarang ni aku sedar mak adalah insan paling penting dalam hidup aku.Mak dah banyak berkorban untuk aku.Time aku sakit teruk sbb operation sekitar 2005, bila aku tersedar, mak lah yang ada disisi aku.

No comments:

Post a Comment