Ok saya free sekarang ni.Saya telah berhenti kerja di Bernama pada 9.1.2010 yang lalu.Ini kerana aku telah mendapat tawaran menjadi wartawan kadet di Utusan Malaysia.Syukur alhamdullillah.Tapi belum apa-apa lagi sudah ada communication down. Pada mulanya,aku mendapat panggilan telefon daripada HR Utusan mengatakan bahawa aku akan mula bekerja pada 18.1.2010!Bagaimanapun,12.1.2010 dia meminta aku supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu untuk mengambil surat membuat medical check out di klinik panel iaitu Ampang Specialist Hospital.Lepas semua proses bla,bla,bla settle, aku diberitahu supaya melapaor diri pada 2.2.2010!!Lama lg tu.(Actually aku nak post tentang entry kali ni 2 minggu lepas tapi selalu tangguh).Aku pulak dah resigned dengan Bernama pada tarikh di atas itu.Apa aku nak buat.Jadi sepanjang tempoh itu, aku memang lepak di KL sahaja dan ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.Aku kena kerja.Aku tak biasa duduk melepak macam orang lain.Tapi untuk kali ini memang aku terpaksa sangat-sangat walaupun aku tak gemar.
Sehingga tarikh itu, aku hanya akan menambahkan ketulan lemak saja...Tidakkk tapi itu yang sedang berlaku sekarang..tido lambat, menonton TV atau online, bgun lewat, buang masa, x kontrol makan, minum manis, dan bla, bla lagi...uish broink tue...Pada hari Ahad lepas aku ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir "Proton Malaysia Open Super Series 2010".Lima acara dipertandingankan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.Wakil Malaysia telah mara kedua acara akhir iaitu perseorangan lelaki menerusi pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu lelaki iaitu Koo Kien Keat/Ta Boon Heong.Mereka telah menang dalam aksi masing-masing.Ramai juga penonton yang hadir.Jangkaan aku ialah sekitar 6-7 ribu orang.LCW menewaskan pemain Thailand,Bonsak Ponsana dengan stright set manakala beregu ebrhempas pulas sehingga set ketiga sebelum mencatatkan kemenangan ke atas pasangan China.Aku difahamkan itu bukan beregu terbaik China.LCW menampilkan aksi kemas terutamanya pada perlawanan kedua malah mendahului lawannya dengan selesa iaitu 9-0 pada set kedua.Gaya permainannya sangat pantas.
Aku ke sana seorang diri.Ya..Memang benar.Aku perasan la, sejak 3,4 tahun kebelakangan ni, kalau nak pergi mana2, aku mesti kena ada kawan sedangkan dulu buat apa-apa, sorang-sorang ja.Choyyyy aku tak suka kot sikap macam ni.Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh.Macam sebelum ke Bukit Jalil,aku ada SMS sorang membe ajak dia pergi, tapi alasannya tidak ada transpot.Choyyy, aku pun x ada transpot kot.Naik LRT sudeyy.Jadi sekarang ni,aku harus bergantung kepada diri sendiri.Tak boleh harap orang nak teman kita sepanjang masa.Harga tiket RM20 untuk Upper Tier=bahagian tempat duduk yang paling atas.Boleh nampak permain sebesar.......botol mineral water dan bulu tangkis sebesar apa ya...tapi nmpk jugak la pergerakkan bulu tangkis tu.Oklah sekali sekala bayar RM20 untuk sokong pemain badminton Malaysia.
Apabila aku menoleh ke bahagian tempat duduk bawah,aku nampak banyak wakil media yang membuat liputan.Hampir 50 orang terdiri daripada wartawan,jurugambar, jurukamera dan juga pengulas sukan.Aku cam beberapa muka seperti Rashid Salleh(ESPN),Hasbullah Awang(RTM) Fazli Rais(TV3) dan dua orang pengulas sukan sukan dari luar negara.Wartawan surat khabar pon ramai.Jumlah lebih ramai daripada wartawanan yang membuat liputan Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Alor Setar beberapa bulan lepas.Aku juga terlibat buat liputan tu.Best ja tengok wakil media buat kerja.Aku benar-benar rindu untuk berada di situ.Masuk tak payah beli tiket,dapat plak seat yang memang view clear.Pengalaman buat liputan Kejohanan Badminton Remaja Dunia memang tak akan aku lupakan. =p.Harap aku akan dapat peluang buat liputan sukan lagi atau dalam lain-lain perkataan, aku akan ditempatkan di sport desk.
Tapi berdasarkan maklumat awal yang aku terima, agak susah juga untuk diletakkan di sport desk apatah lagi bagi wartawan yang baru bertugas.Zainal dan Fiena(kedua2nya wartawan utusan).Ermm, adakah maklumat mereka boleh dipercayai.Menurut Fiena lagi, biasanya wartawan baru akan ditempatkan di meja general.Benarkah?It ok lah.I dont mind.Yg penting aku dapat kerja dana ada gaji bulanan yang tetap.Tak perlu bersusah payah macam di Bernama lagi.Siapa tahu nasib aku berbeza, ada editor sukan yang suka hasil kerja aku dan ditawarkan duduk di meja sukan.Chaiyookk berfikiran positif ok..
No comments:
Post a Comment