04 January 2011

Alhamdulillah MALAYSIA menang..


Kali pertama aku menconteng muka.Pix ni semasa sesak beramai2 untuk masuk dalam stadium


Pix 1 yang menunjukkan penyokong bersemangat mengibarkan bendera.


Alhamdulillah akhirnya Malaysia berjaya menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat sejak kejohanan diperkenalkan pada 1996. =D dan terima kasih Allah untuk kurniaan terindah ini buat rakyat Malaysia.Tq Tq and Tq..


Aku gembira kerana menjadi sebahagian daripada hampir 70 000 penyokong Harimau Malaya yang memenuhi Stadium Nasionak Bukit Jalil pada final pertama yang mana Malaysia menang 3-0 beserta mutu permainan yang cun ditunjukkan oleh Syafiq Rahim dan rakan2.


Seperti biasa ( ceh2, baru lagi la bro, haha) aku menyertai kumpulan ULTRAS, bersorak, menyanyi, mengibarkan bendera sepanjang 90 perlawanan. Rasa puas sangat lebih-lenih lagi selepas gol kedua dijaringkan, satu perasaan indah. Aku sangat bangga apabila melihat lautan kuning manusia di Bukit Jalil sama -sama berganding bahu mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Malahan, pada satu saat,s elepas ULTRAS memukul gendang, hampir keseluruhan penyokong Malaysia mengibarkan bendera secara perlahan-lahan serentak! (rujuk Pix 1) =D



Sempena final jugak, aku melakukan perkara baru yang tak pernah aku buat sebelum ini iaitu menconteng muka.Sebenarnya tak ada apa pon, saja je nak cuba disamping nak all out suport Team Malaysia.. =d (Rujuklah pix diatas)

Final kedua diadakan di Jakarta. Pergi? Haha tak sempat la cuma menyertai ULTRAS menonton di Restoren Hakim Seksyen 7, Shah Alam..Wow hapening, aku rasa lebih 2000 orang berkumpul di situ dgn suasana kuning biru yg memang superb!





















No comments:

Post a Comment