25 December 2010

MALAYSIA BOLEH


Inilah kami ULTRAS MALAYSIA ketika aksi separuh akhir pertama MALAYSIA vs Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil..
Hari yang ditunggu sejak minggu lepas =d

Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki, Malaysia vs Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

And guess, i make it to the stadium this evening walaupun pada mulanya aku berhadapan dengan dugaan.


Seebnarnya, (aku agak pasti) aku bercuti hari ini. Jadi memang tidak ada masalah untuk aku ke stadium. Bagaimanapun, pada hari Jumaat aku dikejutkan dengan perkhabaran bahawa aku bercuti pada 25 Disember dan bukannya 26 Dis.OMG..


Perasaan serabut terus bertandang. Aku nak sangat tengok selepas mendapat semangat luar biasa ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Malaysia vs Vietnam di stadium yang sama.

Waktu itu aku menyertai sekumpulan penyokong yang menggelarkan diri sebagai ULTRAS MALAYSIA. Mereka memang chill dan sangat bersemangat. Berdiri, menyanyi, bersorak sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.Lebih mengharukan apabila mereka turut membawa sepanduk yang pastinya membangkitkan semangat pemain MALAYSIA...

Itulah yang cari selama ini dan aku menemui bersama mereka =d


Aku terus bekerja keras supaya aku dapat pergi stadium memandangkan tiket sudah dibeli.Dan Shanty rakans etugas di pejabat berubah hari untuk ttukar shif kerja dengan aku. Aku mengambil shifnya bermula 8 pagi hingga 4 petang dan dia masuk ikut normal shif 10 pg hingga 6 petang (tapi jangan harap boleh balik pukul 6 petang) =d.TQVM Shanty.


Apapun aku berharap agar Harimau Malaysia akan menunjukkan persembahan mantap dan mengalahkan Indonesia dengan ebkalan selesa sebelum bertandang ke Jakarta untuk perlawanan timbal balik.. MALAYSIA BOLEH..UNTILL THE LAST REBEL.

No comments:

Post a Comment