20 December 2010

lost badly!

Catatan ini ditulis pada ketika fikiran, hati dan segalanya tentang diri saya sedang bercelaru. Entah bagaimana harus dimulakan kerana kekusutan ini terlalu mengcengkam.

Pada setiap hari saya cuma meneruskan kehidupan dan rutin kerja tanpa ada apa-apa rasa. Kenapa begitu.Kenapa dan Kenapa.

Saya berasa moral dan semangat kerja berada pada paras paling rendah..sangat rendah dan jauh sekali dengan semangat perjuangan yang dipamerkan oleh pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja melayakkan diri ke pentas final Piala AFF Suzuki selepas kalit erakhir melakukannya 14 tahun lalu!

Saya benar-benar malas kerja sekarang..Banyak sangat benda yang buat aku jadi serabut...Kenapa? Apa yang buat hang serabut. Kerja macam biasa sudahlah, janji setiap bulan gaji masuk..Boleh bayar semua bil..

Kenapa janji macam nie..Adakah kerana "janji dan hutang" lebih lima tahun lalu kepada Yang Maha Esa tidak ditunaikan.. Ya Allah, apa sudah aku lakukan. Masih ada waktukah untuk aku menunaikan jani aku padamu? Aku sangat berharap agar kesempatan itu akan sentiasa ada..

Despite being down in my career, i found "new love" in my life and this is what i looking for the a fews year back. Ia memberi kepuasan tahap lima dan saya sangat menghargainya.
Semoga usaha baik kita terhadap kecintaan ini berterusan dan sama-sama kita memrikan sokongan terbaik supaya kejayaan berada dalam genggaman walaupun laluannya sukar.Ya sukar dan berliku seperti mana saya cuba lari dari tempat itu!

Yes, i lost badly , then fought back but still...arghhhh!!

No comments:

Post a Comment