Sejak 1 November lalu, Kedah dilanda banjir besar dalam sejarah negeri itu, Ini kerana beberapa kawasan yang langsung tak pernah mengalami musibah itu turut terkena penangan banjir. Ini termasuklah beberapa kampung di Kubang Rotan dan juga taman2 perumahan di bandar itu sendiri..
Aku sempat balik ke Alor Setar pada 5 November lepas. Ketika itu hampir keseluruhan daerah Kota Setar ditenggelami air..Aku langsung tak dapat balik ke rumah, hanya sampai ke pekan Kuala Sungai yang terletak kira2 3 kilometer dari rumah. Jalan di pekan itu merupakan jalan darat utama untuk ke Perlis turut ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana air banjir yang agak deras melimpah ke atas jalan... Apapun aku harap semua mangsa banjir bersabar menerima ujian Allah SWT...
Kali terakhir Kedah dilanda banjir besar ialah pada tahun 2005 tapi tidaklah seteruk kali ini..
Kepada mereka yg ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa2 banjir, amatlah dipersilakan kerana mereka sangat memerlukannya..Cuma pesan saya jangan jadikan banjir sebagai medan persaingan politik!....
No comments:
Post a Comment