22 January 2011

Good Luck Chong Wei

Tahun lepas aku pergi tgk Final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sorang diri..Masa tu beberapa hari sebelum aku mula bertugas di Utusan Malaysia..
Aku pergi hari final..Lee Chong Wei menang dengan mengalahkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana..Pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menang jugak tapi tak ingin depa kalahkan siapa..

Tadi aku pergi jugak untuk edisi 2011. Aku pergi sorang jugak...Sebenarnya aku la minat gila dengan badminton nie, tapi memandangkan aku cuti dan tak tau nak wat apa, p jalah..Lagipun boleh jugak sokong wakil tunggal Malaysia di separuh akhir, Datuk Lee Chong Wei..Erm sampai bilalah Malaysia nak harapkan Chong Wei ja..Come la pemain-pemain lain..Bila la Iskandar Dzulkarnain, Misbun Ramdan, Muhd Syawal dan back up yang lain akan menonjol?

Tadi aku smpai Stadium Putra agak awal, sekitar 2.15 ptg..Lepas tiga jam 30 minit, barulah Chong Wei beraksi menantang Chen Hong dari China tu. Jangkaan sebelum kejohanan bermula, Chong Wei akan vs musuh yang sukar ditewaskannya iaitu Lin Dan. Malangnya mamat yg merupakan Olimpik 2008 gold medalist tu tarik diri sebelum quater final vs Chen Long. Kata nya cedera la...So Chong Wei (berdasarkan laporan Kosmo) kecewa sikit sb x dpt lawan Lin Dan..Ye ke kecewa atau sebenarnya lega ...Haha..So bg ayat coverline..Apapun, tahniah lah Chong Wei untuk persembahan mengagumkan yg hg tnjukkan ptg td..Mng straight set 21-9, 21-9 kot terhadap lawanya itu..Chong Wei mmg terlalu hebat atau Cheng Hong yg tak tahu berbadminton? Haha..

Tapi td cuma separuh akhir..Final esok aku xleh la p stadium sebab keja..So esok aku harap Chong Wei akan berjuang habis-habisan untuk kalahkan Taufik Hidayat....Yes, another final between Malaysia and arrogant Indonesia..Kalau menang esok ialah kejuaran terbuka Malaysia yg ketujuh sepanjang kariernya...Wowww.

No comments:

Post a Comment