
Catatan selepas hujan ini sedih-sekurang-kurangnya untuk diri aku..
Walaupun sudah lebih tiga minggu, seorang teman dan senior di Universiti Sains Malaysia, Abdullah Zubair meninggal dunia, tapi perasaan sayu itu masih ada....
Kamu salah seorang teman terbaik dan unik dengan caramu sendiri..
Seorang lelaki kurus, tinggi, penendang bola pada hampir setiap petang di padang berhampiran Tasik Harapan, berpelikat dan berkopiah setiap kali Maghrib, dunhill merah 14 akan terus segar dalam ingatan..
Aku rindu kamu sahabat...
Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment