07 February 2011

cuti part 1

To Hijau Kuning With Love
Sudah lama x update blog yg x seberapani walaupun ada banyak benda yg ditulis...Nak mulakan dengan apa?

Oh sebelum Tahun Baru Cina, aku bercuti selama 7 ari..Yeah, lamanya x bercuti..Huhuhu..Mulanya aku cadang nak bercuti ke Pulau Kok Lipe di Thailand, tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, so aku bercuti di utara tanah air ja..Semestinya Pulau Pinang dan Kedah..

Aku ke Penang pon follow Fizi and Mila dari KL.Fizi datang untuk interview dengan Harian Metro dan berdasarkan ceritanya, dia diterima bekerja dan akan memulakan tugasnya pada 1/3/2011 ini.Tahniah bro, Im happy for you =D.

Ohh lupa, mamat tu dah pkai kereta Perdana,,,walaupon second hand tapi perkembangan yg bagus...Setia betul dia dengan jenama Malaysia, zaman kami study USM dulu, dia guna Kancil..pastu tukar to Saga and now Perdana..selesa gak kereta Perdana tue bila meluncur lagi atas highway dari KL menuju ke Pulau Pinang..

Sampai Penang, pasangan Fizi-Mila trus bawak aku ke Juru, menikmati nasik ketam yg menurut mereka sedap dan famous di situ..Rasanya? Oklah..Sebenarnya, aku tak suka sangat makan ketam...hihi..

Lepas makan, Fizi dah sangat gedik dan tak sabar nak bertarung boling dengan aku-semuanya gara-gara kami seri ketika bermain di Times Square..Whatever la Fizi, aku tak takut pon..Mulanya nak bowl di Megamall Perai tapi bila sampai sana, tak da lanes kosong..Ayo 50 lanes pon full.Xguna betul , sebabnya ada tournament ikan bilis apa ntah..So kami pergi ke Premium Lanes kat Bayan Baru..Lanes tu baru diubahsuai dan sesuai untuk jalankan tournament antarabangsa..Dulu masa aku main bowling untuk USM, sesekali ada gak p traning kt situ dan lorongnya terus cuma baik sikit dari Bukit Jambul Bowl sahaja ( lanes bowling paling gampang di Penang, mungkin gak Malaysia)

Premium lanes ni menjadi venue untuk Pesta Bowling Antarabangsa Pulau Pinang, sebelum ini diadakan di Megamall Perai..Main punya main, selepas tiga games, aku menang dan menutup mulut Fizi.. Hahahaa...

Malam aku tido di rumah Mat Ki kiat Relau.Esoknya bangun terus ajak Mat Ki dgn SHrek p makan ayam penyet Ibu Darah Tinggi kat Penang. Fuyooo rindu dan ketagih oooo.Last aku makan masa balik ke pulau untuk konvo aku 2009. Konmvo tahun lepas aku p jugak, tapi Ibu Darah Tinggi tutup kedai..So puaslah aku makan dan alhamdulillah kenyang..Lepas tu, masuk pusing-pusing dalam USM jap before jumpa Jen dgn Zima kat Khalel.Lama gak tarak jumpa ini perempuan dua olang..Lama betul sembang..sebelum Hanis come for fews minute. Dah sambung master erk gadis jelita tu..Tahniah.. Malam tu, xtaw nak wat apa, main boling lagi dgn Fizi, kali ni Jen dgn Zima ikut dan macam biasa aku menang..Habis men bowling lepak Khalel lagi....Banyaknya aku makan...Then Ijoy datang..best gak bila dia cita pengalaman jadi cikgu...Dia dituaskan mengajar di Penang Free School selepas bergraduasi..Tahniah sb x dicampak ke pendalaman Sarawak atau Sabah..Ijoi jugak gtaw dia mungkin akan kahwin dengan Su tahun ni..Sekali lagi tahniah..=d


Abih lepak dgn Ijoy, aku smbung lepak lagi di Khalel dengan Keri budak hoki tu..Gosh lebih sepuluh jam aku spent time di Khalel sempena cuti kali nie..Konon2 rindu mamak tu..Choiii

Then esoknya balik Kedah... So update pix kat kedah la..Pix pasal bola...


No comments:

Post a Comment