
Ultras in Action

Ini semasa perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 9 Feb lepas. Ultras in action
ULTRAS MALAYA
Hahaha..Sejak bila mula join UM ni? Sebenarnya semua ni jadi secara tak sengaja....Aku x taw sgt pon psal UM...walaupun kononnya aku merupakan penyokong setia bola sepak tempatan..Ye memang aku suka tgk local league tapi lebih kepada sokongan utk team Kedah..Cuma lately ja (lebih setahun lalu mula sokong Malaysia sejak menang emas Sukan Sea 2009-tak guna..haha)..
Aku mengikuti Piala AFF 2009 yang diadakan di Indonesia. Perlawanan pertama Malaysia menentang tuan rumah... Aku memang x sempat nak tgk games tu. Ketika tu aku berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu nak balik ke KL selepas menghadiri kenduri kahwin senior universiti di Kelantan dan percutian singkat di Pantai Timur.
Malam tu, flight delayed satu jam.,.Jadi, time tunggu tu, sempat online FB kejap...Masa tu, seorang kawan update status ,bunyinya lebih kurang mcm ni-Penyokong Indon di Stadium Utama Gelora Bung Karno menjerit dan menghina ketika lagu Negaraku berkemundang sebelum perlawanan membabitkan kedua negara berlangsung. WTFFF.Aku jadi bengang dan hot terus aku post status mamaki hamun mereka semula..
Sampai ja di KL,KEPUTUSANNYA, Malaysia dikalahkan 1-5 oleh Indon. Huhuhu... Terkejut gak..Tapi aku tak risau pon, masa tu, aku rasa Malaysia akan bangkit semula...
Game by Games dan akhirnya Malaysia berjaya mara ke separuh akhir menentang Vietnam dan perlawanan semi final 1 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yehaaa dan aku rasa harus pergi tengok pertarungan itu. So aku call kawan2 aku di Kedah yg akan datang, nak join mereka di Bukit Jalil...
Bila hari pertandingan, aku ingatkan hanya mereka lebih kurang 10 orang ja, rupanya mak oiii banyak gila-bergabung dengan penyokong dari negeri lain dan membentuk UM. Aku jadi kagum dan rasa sgt cool. Mereka sangat bersemangat malah beberapa jam sebelum jam, berkumpul beramai-ramai di satu sudut di luar stadium, bernyanyi ramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara.Wahhh ini sudah bagus dan aku join ja..Paling best bila nyanyi lagu Inilah Barisan Kita ..Perghh bersemangat betoii..
Momentum diteruskan sehingga dalam stadium ...Inilah yg aku cari selama ni, menonton bola sepak sambil tak henti-henti bersorak, memukul dram dan menyanyi untuk team yg kita sokong..
No comments:
Post a Comment