24 July 2009

Who Will Win?


Malaysia women eyeing to defent team gold medal.Good Luck!!
Picture from abf.com


Strong Korean women team anchor by Kim Yeau Jin in coming WWC.
Pic from Abf.com

Amerika Syarikat a.k.a Unites States of America memang gah dengan reputasi sebagai kuasa sukan dunia selain China dan Australia.Buktinya,setiap kali temasya Sukan Olimpik atau apa-apa kejohanan dunia, negara Uncle Sam itu tidak pernah gagal untuk meraih pingat emas.Sebutlah apa jenis acara sukan sekalipun, nama atlet mereka pasti tersenarai antara yang mencabar.Tiger Wood menguasai padang golf, Micheal Phelps pula terlalu unggul di kolam renang dan Maurice Green pula memecut laju di balapan.Itu sekadar beberapa nama sahaja.Apakah rahsia kejayaan mereka dalam lapangan sukan.Adakah kerana jumlah penduduknya yang ramai(melebihi 200 juta) menyebabkan mereka mempunyai banyak bakat-bakat untuk dicungkil dan diketengahkan.Ada kontro jika faktor ini dijadikan ukuran kerana India juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai (melebihi 800 juta namun masih gagal meraih emas pada Temasya Olimpik di Beijing tahun lalu).Mungkin kalau ditanya kepada pegawai-pegawai sukan di Malaysia, mereka mungkin memberi jawapan yang cukup klise iaitu pembangunan sukan!Apakah istimewanya pembangunan sukan negara itu kalau dibandingkan dengan negara kita.

Pernahkah kita membiarkan akal kita berfikir bahawa perancangan, tektikal dan berani menanggung risiko juga merupakan salah satu resepi kejayaan.Ya mungkin itulah rahsia mereka.Pada ketika ini, seluruh peminat sukan boling tenpin(malang sekali bagi Malaysia kerana acara sukan ini tidak dipertandingkan pada Temasya Olimpik) sedang menunggu gelanggang boling di Casman Center, Las Vegas, Amerika Syarikat dibuka kerana akan menjadi venue Kejohanan Boling Wanita Dunia 2009.Apa yang lebih menarik dan mencabar, buat pertama kalinya Persatuan Tenpin Bowling Dunia (WTBA) telah membenarkan pemain boling yang bergelar profesional untuk menyarung jersi negara masing-masing.Sebelum ini , hanya permain yang bertaraf amatur sahaja yang dibenarkan menyertai kejohanan dunia.Peraturan baru yang diluluskan ini sekaligus menyaksikan pasukan tuan rumah menjadi "hot favourite" bagi edisi kali ini.Apa tidaknya,enam orang pemain profesional,(bermain dalam liga profesional di negara itu,PBA) akan menggalas cabaran Amerika dengan sasaran utama mereka adalah untuk meraih pingat emas acara berpasukan yang mana kali terakhir mereka merasai nikmat pingat emas acara itu ialah 22 tahun lepas(aku berusia 1 tahun ketika itu, haha, so baby and cute kot aku waktu itu).Pada edisi 2005 di Aalborg,Denmark,pasukan wanitanya yang ketika itu dibarisi oleh Lynda Barnes,Stefanie Nation,Diandra Asbasty,Shanon Pulhowsky,Shanon O Keefe dan Lisa Noor dikecewakan oleh Taiwan dengan 12 pin.Dua tahun kemudian, ketika Montery, Mexico menjadi tuan rumah,impian menggunung Amerika Syarikat untuk meraih pingat emas acara berpasukan itu dileburkan pula oleh MALAYSIA dalam pertarungan paling sengit apabila Shalin Zulkifli melakukan spare untuk mencecah jatuhan pin 6,323 sekaligus menewaskan Amerika Syarikat dengan kelebihan 7 pin.Amerika yang dibarisi oleh Lynda Barnes,Shanon O Keefe,Diandra Asbasty,Tennelle Milligan,Shanon Pulhowsky dan Stefanie Nation sekadar berupaya menjatuhkan 6,317 jatuhan pin walaupun membuat kebangkitan hebat pada blok kedua permain acara itu.Selain Shalin, cabaran negara ketika itu turut dipikul oleh Esther Cheah,Zandra Aziela,Wendy Chai, Sharon Koh dan Choy Poh Lai.

Apakah Amerika Syarikat akan berjaya dalam misi untuk meraih pingat emas untuk edisi kali ini?Selain Amerika, Malaysia dan Australia juga menggunakan khidmat pemain profesional untuk saingan kali ini.Shalin Zulkifli (turn to pro last year) akan bersama-sama Esther Cheah,Siti Safiyah Amirah,Zandra Aziela, Sharon Koh dan Wendy Chai akan turun melorong bola dalam usaha untuk mempertahankan pingat emas,apatah lagi itulah sasaran utama Malaysia Tenpin Bowling Congres (MTBA) pada tahun ini.Australia pula kembali mendapatkan khidmat Maxine Nable yang juga Juara Piala Dunia AMF 1998 setelah hampir sepuluh tahun tidak menggunakan khidmatnya( Nable bergelar pemain profesional pada tahun 2000).Selain itu, Australia juga mengekalkan Ann Maree Putney (Juara Piala Dunia AMF 2007) untuk mengibarkan cabaran negara kangaru itu.Satu lagi negara yang turut menjadi pilihan untuk meraih pingat emas ialah gergasi boling Asia iaitu Korea Selatan.Pada edisi di Mexico, Korea meraih 2 pingat emas menerusi acara beregu dan all event.Namun untuk edisi kali ini, Korea dilihat menggunakan strategi berbeza apabila tidak menyenaraikan Choi Jin A yang menyumbang dua pingat emas tersebut sebaliknya menyenaraikan lima orang muka baru iaitu Hang Sun Ok,Jeon Eun Hee, Hong Su Yeon,Son Yu Hee dan Kang Hye Yun.Hanya Kim Yeau Jin sahaja yang disenaraikan.Apakah motif mereka.Adakah sekadar ingin memberi pendedahan tentang kejohanan dunia kepada pemain ini( jika benar,keputusan itu sangat bagus!).Walau bagaimanapun,pemain-pemain baru yang disenaraikan oleh Korea untuk edisi kali ini, tidaklah begitu berhingus malah mempunyai bisa yang tajam setanding dengan skuad utama.Mereka telah membuktikan pada Kejohanan Bowling Asia di Hong Kong tahun lepas apabila meraih 5 daripada 6 pingat yang ditawarkan!Baki dimenangi oleh MALAYSIA.

Keputusan Kejohanan Boling Asia Tahun 2008 ( lihat pencapaian KOREA SELATAN)


Single
1
Hwang Suk Ok (Korea) 225 218 236 249 290 279 1,497
2 Choi Jin A (Korea) 267 248 234 239 279 227 1,494
3 Jeon Eun Hee (Korea) 236 236 235 224 248 300 1,479
4 Kim Yeau Jin (Korea) 224 248 275 240 232 229 1,448
5 Esther Cheah (Malaysia) 225 224 228 239 254 227 1,397
6 Shalin Zulkifli (Malaysia) 248 255 202 236 217 234 1,392
7 Zandra Aziela (Malaysia) 228 210 205 235 246 246 1,370

#Nota; Sebanyak 61 pemain daripada 12 buah negara Asia mengambil bahagian

Double
1 Esther Cheah (Malaysia) 221 244 224 237 254 193 1,373
Shalin Zulkifli 200 187 222 257 224 236 1,326
2,699
2 Gye Min Young (Korea) 245 216 190 184 237 225 1,297
Jeon Eun Hee 276 198 228 221 214 167 1,304
2,601
3 Cheng Dongdong (China) 235 191 256 182 246 206 1,316
Wu Suqin 234 217 190 196 215 204 1,256
2,572
4 Hwang Suk Ok (Korea) 209 208 223 216 213 203 1,272
Kim Yeau Jin 225 226 266 202 196 182 1,297
2,569
5 Choi Jin A (Korea) 215 205 223 181 227 201 1,252
Gang Hye Eun 234 199 237 190 215 195 1,270
2,522

# Nota;30 beregu bertanding.

Trio
1 Gang Hye Eun (Korea) 204 176 244 260 228 227 1,339
Jeon Eun Hee 184 234 219 288 218 258 1,401
Gye Min Young 205 249 225 257 192 279 1,407
4,147

2 Choi Jin A (Korea) 202 244 218 235 238 245 1,382
Hwang Suk Ok 224 193 220 268 205 238 1,348
Kim Yeau Jin 178 215 269 279 258 199 1,398
4,128

3 Wang Yu Ling (Taiwan) 164 211 181 222 218 192 1,188
Chieh Hsiu Lan 202 246 202 203 180 186 1,219
Huang Chiung Yao 258 246 215 174 224 236 1,353
3,760

4 Esther Cheah (Malaysia) 171 161 188 245 240 225 1,235
Zandra Aziela 245 190 203 214 171 209 1,232
Shalin Zulkifli 202 242 196 224 200 218 1,286
3,760
# Nota;Sebanyak 18 trio bertanding.

Team

1 Choi Jin A (Korea) 216 232 300 153 185 183 1,269
Jeon Eun Hee 191 256 205 175 267 224 1,318
Gyang Hye Eun 258 199 236 177 222 219 1,311
Gye Min Young 0 0 0 205 267 241 713
Hwang Suk Ok 191 226 189 0 0 0 606
Kim Yeau Jin 210 193 207 190 218 228 1,246
6,463

2 Esther Cheah (Malaysia) 215 267 226 179 176 185 1,248
Wendy Chai 245 269 215 226 195 202 1,352
Siti Safiyah Amirah 201 189 204 184 203 203 1,184
Zandra Aziela 218 178 228 207 171 189 1,191
Shalin Zulkifli 171 238 192 194 184 246 1,225
6,200

3 Amanda Ng (Singapore) 257 222 191 173 255 149 1,247
Bernice Lim 163 194 192 168 196 178 1,091
Cherie Tan 233 238 175 215 205 216 1,282
Jasmine Yeong Nathan 246 213 199 191 216 255 1,320
Jazrell Tan 248 232 223 178 180 185 1,246
6,186

All Events

1 Jeon Eun Hee (Korea) 1,479 1,304 1,401 1,318 5,502
2 Choi Jin A (Korea) 1,494 1,252 1,382 1,269 5,397
3 Kim Yeau Jin (Korea) 1,448 1,297 1,398 1,246 5,389
4 Hwang Suk Ok (Korea) 1,497 1,272 1,348 1,224 5,341
5 Gye Min Young (Korea) 1,263 1,297 1,407 1,299 5,266
6 Esther Cheah (Malaysia) 1,397 1,373 1,235 1,248 5,253
7 Gang Hye Eun(Malaysia) 1,322 1,270 1,339 1,311 5,242

Master

1 Choi Jin A (Kor) 3,751
2 Gye Min Young (Kor) 3,727
3 Jeon Eun Hee (Kor) 3,653
4 Hwang Suk Ok(Kor) 3,592
5 Kim Yeau Jin (Kor) 3,575



Korea Selatan nampaknya dilihat menggunakan strategi yang sama dengan Amerika Syarikat apabila menggugurkan pemain yang menyumbang emas pada edisi terlalu.Amerika tidak menyenaraikan Diandra Asbasty untuk kali ini.Malaysia pula terus mengharapkan kudrat lima pemain yang beraksi dua tahun lepas iaitu Shalin Zulkifli ,Wendy Chai (Juara Master Dunia 2008) Esther Cheah, Zandra Aziela,Sharon Koh(Juara Terbuka Singapura 2009,Juara Terbuka Taiwan 2008)dan Siti Safiyah Amirah (Juara Master Dunia 2009 dan muka baru WWC).Hanya Choy Poh Lai yang digugurkan.

Negara manakah akan berjaya meraih banyak pingat emas.Dan yang paling dinantikan adakah Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan.Selain empat negara yang disebut di atas, apakah ada negara lain seperti Colombia, England, Sweden, Finland dan Singapura akan muncul membuat kejutan.Sama-sama kita nantikan dan kepada pemain Malaysia, selamat berjuang!!!

#Result from abf.com







2 comments: