01 May 2010

Selamat Pengantin Baru Ed& Yan = )

Lately aku memang agak letih-berpunca daripada kekurangan tidur.Tidur agak lambat dan bangun agak awal kerana tuntutan tugas(sebenarnya bukanlah 100% tuntutan tugas, sesetengah punca adalah salah sendiri yang tidak pandai bahagikan masa)

Pagi tadi (1 Mei 2010) aku tidur sekitar pukul 6 pagi dan bangun ketika jam menunjukkan 8.45 pagi!!!.Rajinnya bangun pagi.Sebenarnya, malam semalam aku bertolak ke Lumut bersama tiga orang senior USM untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan kami,Ed.Cadangan awal kami nak bertolak pada jam 9 malam namun disebabkan kelewatan aku sampai ke Shah Alam(tempat pertemuan sebelum bertolak),kami berempat hanya memulakan perjalanan pada pukul 12 tengah malam.Ya ampun, aku lewat tiga jam atas banyak sebab.Tapi nasib baik, Heri, Jan and Jep tak marah aku.Haha.Mungkin sebab dah lama mereka x jumpa aku, jadi kesalahan aku semalam diampunkan.

Jarak Shah Alam-Lumut, tidaklah terlalu jauh, namun tidak juga terlalu dekat.Anggaran aku sekitar 250 kilometer.Kami sampai di Lumut sekitar pukul 4.45 pagi dan terus menyertai Sadris,Anoy and Khairul yang sudah sampai awal.Mereka sempat menyaksikan majlis akad nikad Ed.Khabarnya, dengan hanya sekali lafaz ja.Mantap la Cikgu Ed.Haha.

Sampai sahaja di tempat penginapan, Sadris and Anoy terus bangun dan bersembanglah kami sehingga subuh.Khairul juga menyertai sessi itu-aku tak begitu mengenali Anoy and Khairul kerana waktu aku mula menjejak kaki ke USM,mereka berdua sudah menamatkan pengajian.
Banyaknya cerita2 zaman study di USM yang diceritakan.Kebanyakan cerita tentang kenakalan ketika bergelar student.It remembered me to my student life moment and I miss it.

Oklah,apapun tahniah kepada Ed dan Yan, sama padan, sama cantik.Yan hebat kerana berjaya menundukkan Ed.Seingat aku mereka mula berpacaran sekitar tahun 2007 dan syukur alhamdulillah hubungan pasangan kekasih kini telah menjadi ikatan suami isteri yang sah mengikut lunas dan hukum Islam. = )

Aku memang suka melihat kesudahan mereka,Yan secocok dengan Ed,sepadan la kata orang.Manis, bersopan santun, mudah mesra, tidak sombong(paling penting).

Selamat Berbahagia sehingga hujung nyawa.
Nanti aku upload pix majlis diorang yang agak grand tuh di sini.Hehe.


Nota# Ed ialah senior yang rapat dengan aku ketika di USM(berlainan kos tapi tinggal di desasiwa yang sama, kini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Manjong).Yan pula sedang melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana biologi di Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat.

Subang Jaya,3.11 am. = )

No comments:

Post a Comment