24 May 2010

XYZ dan kisahnya, dia perlukah sedikit nasihat kah?

XYZ sedang menyeksa diri sendiri apabila memilih jalan sukar walaupun jalan yang cerah dan tidak ada halangan sudah ada di depan.Kenapa dia memilih untuk tidak mahu memberikan peluang sedangkan XYZ tahu peluang sebegitu tidak selalu datang menjengah.

Beritahulah dia, kamu tidak dapat meneruskan apa yang diinginkannya kerana itu bukan keinginan kamu.Adakah kamu akan menyesal jika kamu berterus-terang sedangkan kamu yang memulakan ini semua.Kamulah yang membawa dia ke lembah penuh pengharapan dan apabila dia benar-benar berada pada dsar lembah yang kamu sendiri tak pasti dalamnya itu, kamu mahu dia segera keluar.Adilkah untuk dia.Kenapa kamu bertindak kejam, eminta dia keluar segera dari terus mengharapkan kenikmatan di dasar lembah itu.Apabila dia keluar, kamu akan menutup semula lembah itu dengan timbunan-timbunan sampah.Kamu kejam,dan kejam.

Saya tahu sebab kamu.Kamu tidak bersedia untuk "memberikan" kamu kepada dia kerana banyak lagi permasalahan yangs edang membelenggu kamu ketika ini.Cuma satu, saya harap kamu berfikir secara rasional sebelum sebarang ketetapan diputuskan.Adakah kamu mampu berfikir secara rasional dalam hal ini.Saya yakin boleh menggunakan kewarasan akal fikiran untuk menganalisis sebarang kesan mendatang.Cuma, halangan halangan terbesar kamu waktu ini ialah kamu sendiri yang tidak mahu membenarkan diri kamu berfikir secara rasional.Kenapa kamu masih mengharapkan masa lalu yang memang tidak ada bulan dan bintang untuk kamu.Apa lagi yang kamu inginkan sebenarnya?

Mungkin kamu sendiri sudah tidak tahu sebabnya kan?Kamu letih dengan semua yang kamu harungi.

Apapun, saya mendoakan yang terbaik untuk kamu.

No comments:

Post a Comment