11 May 2010

Memblog lagi untuk kesekian kalinya...Semalam, aku telah mendapat surat pengesahan jawatan iaitu lantikan yang pertama.Teah, that was good for me.Im happy for that after all workhard here. =p.

Semalam juga telah dimarahi oleh my bos.Haha.Semuanya berpunca daripada tindakan aku tidak menyertai kontinjen Jabatan Pengarang semepna Sukan Staff di Bangi.Sebenarnya, pada tarikh yang sama, aku menyertai pertandingan bowling media bersama TNB (entry sebelum ini).Aku diarahkan oleh bos supaya menulis sepucuk surat penjelasan.Ok,Ok,aku akan wat =p.

Hari ini pula, BERNAMA menelefon dan memaklumkan bahawa aku dipanggil untuk sesi temuduga stage 2.Stage pertama yg melibatkan ujian lbertulis telah selesai 2 minggu lepas(it quite tough) =p.Yeah..BERNAMA BERNAMA and BERNAMA. Agensi yang menjadi impian aku untuk membina kerjaya.Aku berharap agar semuanya berjalan lancar.

Utusan Malaysia? Kalau ada rezeki dengan BERNAMA, aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada Utusan Malaysia.Bulan ini, masuk bulan keempat aku di sini.Aku mula rasa suka dan perlahan-lahan membiasakan diri dengan semua yang ada di sini.Pada minggu2 awal, aku sedikit tertekan di sini. =p.Sekarang, keadaan beransur pulih dan oklahhh.

Apapun, aku mengharapkan yg terbaik di hung cerita...

Ini adalah story terbaru yang dapat byline..haha..

SSM serbu syarikat tawar lot rumah burung layang-layang

Skim penipuan pelaburan dibongkar
oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 10 Mei -Penipuan membabitkan skim pelaburan burung layang-layang yang mencecah nilai RM400, 000 terbongkar selepas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melakukan serbuan ke atas premis Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kulim, Kedah.

Menurut kenyataan SSM,modus operandi syarikat tersebut ialah menawarkan penjualan lot pelaburan rumah burung layang kepada orang awam tetapi hak pengurusan dipegang syarikat.

"Syarikat ini menjanjikan pulangan kepada peserta dengan pembahagian keuntungan mengikut nisbah 80:20.

"Peserta skim berkenaan juga diyakinkan dengan nilai penjualan kasar sarang burung yang kononnya boleh mencecah nilai RM120, 000 sebulan sekiranya pelaburan maksimum dilakukan,"kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, siasatan kes tersebut dibuat mengikut peruntukan Seksyen 84(1) dan Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965.

Sebuah itu dibuat setelah pemantauan berterusan selama beberapa bulan terhadap syarikat itu.

# Disiarkan Utusan Malaysia Muka Surat 16, Dalam Negeri
Selasa 11 Mei 2010.




No comments:

Post a Comment