16 April 2010

Saya Nak Serius...

Saya nak serius dan memang nak serius..Awat selama ni tak serius kah kamoo?Hihi.
Serius pasal apa woi?
Oklah, serius pasal boling.Haha.Ceh, ingatkan apa tadi, rupanya serius tentang sukan baling botol tu.Huhu.Nak buat macam mana, itu yang aku minat..

Ok serius yang macam mana? Aku dah fikir panjang, aku nak aktif sertai pertandingan boling.Ya,itu langkah terbaik.Aku dah letakkan sasaran.Aku akan sertai Kejohanan Bowling Terbuka Antarabangsa Thailand dan Malaysia pada tahun depan.Serius aku nak buat macam tu.Aku dah risik-risik dengan kawan aku,yang juga merupakan seorang pemain boling Thailand.According to him, it will cost around USD 2000.Ya, kos agak mahal dan ditukar ke duit Malaysia,sekitar RM6-7 ribu kot, mungkin lebih atau mungkin kurang sikit.Sukan ni memang perlukan perbelanjaan yang agak tinggi.Tapi aku rasa insyaallah, boleh kowt.Tapi kos itu hanya untuk menyertai pertandingan selama seminggu dan tidak termasuk kos penerbangan, makan, minum dan penginapan.Kos penerbangan tidak ada masalah sangat, sebab sekarang dah ada Air Asia-Now everyone can fly.Haha.So boleh booking awal dan akan dapat harga murah.Hehe.Kos makan dan penginapan sahaja yang perlu difikirkan.Rilex la, aku ada masa lebih kurang setahun lebih lagi untuk kumpul.yes, mesti boleh punya.

Jadi sekarang ni adalah masa untuk cari duit bagi merealisasikan cita-cita aku yang ingin merasai suasana pertandingan bowling peringkat antarabangsa.Bagi mencapai tujuan itu, usaha diperlukan.Aku kena berlatih dengan lebih gigih lagi.Minggu lepas aku pulang ke Kedah untuk join satu pertandingan boling.Walaupun aku tidak menang, tapi aku dapat rasa yang prestasi dan permainan aku sudah bertambah baik.Cuma perlu diasah lagi.Ya, terus berlatih, sekali lagi, it need a cost.Huhu.Oklah tak kisah, janji aku enjoy.Banyak juga permain boling yang bermula pada usia agak lewat aku rasa seperti bekas pemain lelaki utama Malaysia, Kenny Ang-mewakili negara pada Sukan Komanwel 1998 ketika usianya mencecah 45 tahun dan berjaya meraih dua pingat emas.Dia boleh dan aku percaya, aku juga mampu melakukan perkara yang sama.Yezza.Remy Ong dari Singapura, yang juga merupakan pemenang pingat emas Kejohanan Dunia juga bermula pada usia yang agak lewat.Contoh dah ada depan mata kan, jadi serapkan aura daripada kejayaan mereka.

2 comments: