MIRACLE...
Itu ada berlaku.Dan memang telah berlaku atas sebarang alasan.Lewat 2 tahun lalu, hanya sekadar sebuah impian kosong tentang keinginan terhadap sesuatu sahaja.
IMPIAN KOSONG...
Yang mana si penyimpan impian itu sangat pasti sama sekali tidak mungkin ia menjadi kenyataan...Yg tak mungkin akan bertandang sama sekali kerana ia tidak lebih sekadar sebuah IMPIAN KOSONG.
MIRACLE....
Ia hadir.Keinginan hitam telah menjadikan sebagai PUTIH,walaupun hanya untuk seketika sahaja tapi cukuplah kerana ia amat beerti.Walaupun telah berlaku satu "pengkhianatan" terhadap sebuah "persahabatan" tapi itu tetap telah terjadi.Maafkan saya, maafkan saya dan maafkan saya.
Saya benar-benar memohon kemaafan walaupun secara realitinya kita langsung tidak "terjejas" dengan apa yang terjadi. Itulah kehidupan, apabila kita tersilap langkah, semuanya boleh berubah.
Perasaan juga jadi bercampur,berbagai kenikmatan bersatu, tak kurang ada penyesalan tapi itulah yang telah "kita" pilih.
"Selamat Menghadapi Realiti Kehidupan Atas Sebarang Perkara Yang Terjadi"
Starbuck,Plaza Low Yat,Kuala Lumpur.
17:48, Feb 13,2010.
ur best post so far run. saya suka bahasa kamu. =)
ReplyDeleteya.. luahan perasaan.
ReplyDelete