24 January 2010

Tiga Kakak

Aku agak bertuah kerana mempunyai tiga orang kakak kandung.Aku kata bertuah kerana bukan semua orang di dunia ini mempunyai kakak .Jadi aku faham bagaimana perasaan mempunyai kakak.Ada kisah suka duka.Itu adat.Kakak sulung aku bernama Shahrom tapi kami adik beradik memanggil dia dengan gelaran Along atau Kak Da.Dia bukan anak sulung tapi kerana dia anak perempuan sulung dan cucu perempuan sulung(sebelah ayah) jadi panggilan itu dikira tidak salah buatnya.Along sekarang sudah berusia 33 tahun.Dia telah berkahwin dengan Mohd Syafiq Bin Abdullah lima tahun dahulu.Along yang kini bekerja dengan sebuah syarikat minuman ringan, sedang meniti hari-hari bahagia bergelar ibu.Ya, setelah lama berkahwin, Along kini disahkan mengandung tiga bulan dan kami sekeluarga sangat gembira mendapat berita ini.Aku tahu dia memang sudah lama teringin bergelar ibu namun semua itu kuasa Allah.Syukurlah kini sebab dia mengandung jugak.Aku difahamkan Along dan suaminya ada masalah kesihatan.Apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuknya.

Kakak kedua aku, Nana atau Shahrul Khodina bte Ismail atau Nana yang berumur 29 tahun.Cepat betul masa berlalu.Nana sudah hampir berusia 30 tahun.Aku membesar bersama Nana dulu.Nana yang jaga aku dulu waktu kecil.Banyak kisah suka duka yang telah kami lalui bersama.Banyak dosa yang telah aku lakukan pada dia.Banyak kali juga hati dia aku sakiti dan banyak juga kata-kata kesat yang pernah aku "hadiahkan" untuk dia. Aku tahu kehidupan dia sentiasa mencabar.Aku harap dia akan berjaya atasi semua ini.Nana kini merupakan seorang ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia hampir 3 tahun.Dia berkahwin dengan Shahrul Nizam Jaafar, seorang lelaki yang juga berasal dari Kedah.Nana seorang perjuang,degil dan segala bagai lagi.Apa lagi yang boleh aku perkatakan tentang dia?Aku harap dia akan terus suksess dengan perniagaannya.

Che Nor atau Nor.Paling rapat dengan aku kerana usia kami yang tidak begitu jauh.Dia bakal menginjak usia 27 tahun pada November ini.Dia degil,nakal buas,tapi masih ada sisi positif sebagai kakak.Dia tersendiri dan sesuatu.Masih bujang dan kini sedang menyulam cinta dengan warganegara China.Sama seperti Nana,aku kira kehidupan dia juga agak mencabar walaupun sesetengah daripada cabaran yang dihadapinya berpunca daripada tindakan dia sendiri.Dia sudah merancang perkahwinannya dengan Kelvin pada Oktober ini.Aku harap segalanya akan berjalan lancar.

Selain mereka bertiga sebagai kakak kandung, ada lagi dua wanita yang aku anggap sebagai kakak juga.Kak Ida dan Kak Rin.Aku sudah kenal mereka sejak tujuh tahun yang lalu.Zaman mula melepak dan berfoya-foya di Bukit Bintang.Mereka adalah kenalan Nor.Kak Ida sudah berkahwin pada 1.1.2010 dengan Fakrul Azam dan kini sedang mengecap nikmat bahagia sebagai seorang isteri.

Bagaimanapun, nasib Kak Rin tidak begitu baik jika dibandingkan dengan Kak Ida dalam soal teman hidup.Sebenarnya,Kak Rin juga sedang memghitung hari untuk bergelar isteri tapi sesuatu telah terjadi.Aku sangat bersimpati.Aku harap dia akan sentiasa tabah kerana semua yang berlaku adalah ujian Allah untuk hambanya.Percayalah, masih ada sinar bahagia yang menanti di depan.

2 comments:

  1. Tpksa update sebab borink weh.aku xsabaq nak mulakan keja..dah 2 minggu lebih dok kumpul lemak ja. : )

    ReplyDelete