13 July 2009

Failure is Not An Option...Haha..


Apakah ini? Eoooo


Masa tengah boring tadi, posing jap.Huhu.

Pergh bukan main tajuk post tapi baru sahaja beberapa jam yg lalu aku gagal dalam audition Penyampai Ikon RTM.Haha..

It ok its alright..fikirkan kegagalan itu dari aspek positif.Pada masa yg sama, harus mengakui bahawa aku tak memenuhi syarat mereka.Ok, daripada reseach aku buat mengenai Penyampai Ikon yg RTM buat tu ialah untuk mencari penyampai berita yg mampu membuatkan penonton terus setia dan melekat menonton berita-berita RTM.Apakah yg dapat difahami dengan penyataan itu.From my point of view, mereka inginkan seseorang yg mempunyai wajah yg cantik dan kacak, kemudian akan dilatih menjadi pembaca berita.Biasalah, manusia suka melihat pada yg cantik.

Aku pulak, haha..aku mengaku aku memang tak hensem,tapi aku bersyukur dengan kurnia Allah SWT kepada aku, at least aku tak cacat.

Ramai juga yang pergi audition tadi dan aku ada jumpa beberapa orang coursemate aku di USM.

Tidak apa, jadi peristiwa hari ini sebagai pengalaman, bila lagi aku nak rasa tunggu 3 jam hanya untuk membaca berita 2 minit.Hari ini aku dah rasa pengalaman itu.

05 July 2009

Baby Caket...


Baby sebelum sakit.

Baby diberi gas untuk membersihkan papu-parunya.

Baby tetap cuba mengcomelkan drinya walaupon tgh caket.


My only nephews called Baby warded at Tung Shin Hospital now.Cian dia.According to the doctor
dia mengalami masalah papru-paru berakhir.Baby dimasukkan ke hospital pada malam ulangtahun kelahirannya yg ke-2.Oleh itu, mama dan papanya terpaksa bermalam di sana untuk menjaga anak manja mereka itu....Mereka celebrated birthday kat ospital.Hehe..

Oleh itu,sambutan ulangtahunnya yg dirancang semalam terpaksalah dibatalkan.Kepada baby, get well sonn.Love You..Muahhh

# Aku perasan perangai baby sekarang ni agak melampau padahal umur baru 2 tahun.Apekah budak ni nak kena cepuk dengan aku? Haha.

04 July 2009

Hari Yang Busy di Tempat Kerja


Antara Golla Bagpack yg aku berjaya jual ari ni.Ari ni aku bagi offer price RM100 ja,Normally RM130.

Itu Umie ,kawan Noor,dtg menyemak kat kedai time customer ramai.Kedai tu dah la sempit,tapi nasib baik dia slim molim : )

Kedai sebelah dah tutup pintu tapi kami kedai kami masih ramai lagi customer.Alhamdulillah, rezeki.

Gila weh ari ni sgt bz kat tempat keje...Uikz,mana boleh merungut, lagi ramai customer, lagi banyak rezeki.Alhamdulilah,,,,syukur kepada Allah.Hari ni aku berjaya jual banyak laptop bag pack,Yahoo puas hati sangat...

Tadi chatting dengan Yusri di Facebook.Dia bagitaw dia dapat keje di The Star, gaji pula masyukk.Alhamdulillah, murah rezeki dia.Dulu pon dia pernah buat praktikal di sana.Kiranya sirih pulang ke gagang la ni.Tahniah Yuss..Im happy for you.Aku pula, nasib belum menyebelahi aku untuk menjadi wartawan...sabar byk2.Tadi Fizi suruh hantar resume kat RTM Penang, katanya wartawan sambilan diperlukan. Apakah?Yes...cuba je mana taw ada rezeki.

01 July 2009

Saya Sudah Berusia 23 Tahun....


My only birthday gift.Thanks to Mr Kelvin.

My birthday cake.Thanks to Nora.

Happy Birthday to myself.Alhamdulillah sudah 23 tahun aku diberi kesempatan untuk hidup di dunia oleh Allah SWT.
Tahun ni apa yg special about my birthday?Hurm, aku rasa tak apa-apa yg istimewa sgt cuma for the first time, birthday tahun ni,im not a student anymore.Yahoo : ).Seanjang beberapa tahun lepas, setiap kali tarikh 30 Jun, aku masih berada di bangku sekolah dan di kampus.Hari semalam di tempat kerja.So kat situ, adalah sikit perbezaannya.Thanks to my sister Nor yg beli sebijik kek yg cumil and then berkumpul dekat mamak stall named Kitaro together Azam and his cute girlfriend Ieda,my school friend Din and Ali.Also there is Noor.Thanks for wished and remembered about my birthday.Also thnaks to Ziwa who called from Jakarta, Jen (she is the first one to wish,Eoo Pee See,Azam, and some uni friend who wish me though facebook and myspace.

Sepanjang 23 tahun, apa pencapaian terbesar aku ya?Setakat ini aku rasa ialah berjaya menamatkan pengajian di Usm dalam tempoh tiga tahun.Yg lain-lain tak ada lagi.Apa yang tak ada?Ya aku maksudkan harta kekayaan yang menjadi pengukur utama.Betul la tu,aku tak ada kereta lagi,tidak ada rumah lagi dan tak ada juga himpunan pakaian dari label Calvin Klien atau Feragamo.Aku jugak tak ada jam Tissot lagi, juga tak mampu lagi untuk memliki set bilik tidur yg berharga RM1500 yg aku tengok kat IKEA ari tu.Tapi tak apa, aku akan berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi aku.

Aku ingat satu peribahasa Cina yg berbunyi (Kahkah) "kalau kita ditakdirkan bernasib baik, jangan risau, ia akan datang,tapi jika kita ditakdirkan tidak bernasib baik, berusahalah mencarinya"......hurmm aku sangat setuju la dengan apa yg cuba disampaikan oleh si pencipta peribahasa itu.Adalah menjadi sgt beruntung bagi sesiapa yang dikateogorikan sebagai nasib baik.Walau bagaimanapun, aku rasa sesiapa yg dilahirkan sebagai nasib baik is mereka yang dilahirkan dalam dulang emas meaning mempunyai ibu dan bapak yg mempunyai harta kekayaan duniawi yg banyak lagi mcukupi untuk hidup senang lenang di atas muka bumi ini.Dan mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengukuhkan ekonomi diri lepas habis belajar.Tapi bukan semua la macam tu, ada juga yang berusaha atas kaki sendiri.

Hurm Christiano Ronaldo yg berusia 22 tahun juga seorang aku fikir sangat bertuah.Dalam usia semuda itu, dia sudah boleh hidup senang lenang kerana kehebatannya bermain bola sepak.Aku pernah terbaca rencana tentang si Christioano Ronaldo itu yang berasal daripada keluarga yang susah.Hasil kehebatannya bermain bola sepak dan mewakili kelab bola sepak paling kaya dalam EPL iaitu Manchester United dengan bayaran gaji yang sangat lumayan, dia mampu membeli beberapa kereta mewah dan banglo serta menghadiahkan keluarganya sebuah kediaman yang selesa.Baguslah macam tu.


Oklah aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yg wish birthday aku.Thanks to Kelvin yg bagi hadiah hanphone.Sesungguhnya perjalanan untuk mendapatkan apa yg aku inginkan baru sahaja bermula.Selamat Menghadapi realiti hidup En Mohd Firdaus Bin Ismail.

26 June 2009

What About Now
by Chris Daughtry




Shadows fill an empty hear

As love is fading

From all the things that we are

But are not saying....


Can we see beyond the scars?

And make it to the down

Change the colours of the sky

And open up to

The ways you make me feel ALIVE

WHAT ABOUT NOW

WHAT ABOUT TODAY








Bagi waktu -waktu seperti sekarang, terasa sangat kosong dan kosong lagi.How can i overcome this feeling.








17 June 2009

Terengganu



Foto ini ialah ketika kunjungan kali ketiga pada Mei 2008.Foto ini dirakamkan di kawasan Air Terjun Betong,Hulu Terengganu.Budak-budak Kampung Felda Mengkawang dan kawan-kawan Joe yang merangkap kawan-kawan aku juga.


Ini pula ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Terengganu.Foto ini dirakamkan di Pantai Long Beach,Pulau perhentian.I love this beach very much coz it still clean.Meaning not bitch (pantai ini tidak tercemar dengan sampah sarap yang menyakitkan mata)

Ini pula muka kontrol.Aku rasa aku snap sendiri kot picture ini.Lokasinya ialah di Pantai Batu Burok,Kuala Terengganu pada satu petang hari.Foto ini juga ialah masa kali pertama aku bersama my geng menyelusuri Bandar Kuala Terengganu.Senyum Sokmo.

Siapakah mak cik ini?Jeng-jeng.Ini adalah kunjungan aku yang keempat ke Terengganu sempena Sukma 2009 iaitu pada bulan Jun.Mak cik ini berniaga keropok lekor di kawasan tapak ekspo Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak (sebahagian bumbung stadium ini runtuh baru-baru ini).Kenapa snap gambar mak cik ni yg tengah busy buat kerja.Sebenarnya mak cik ni baik tapi aku lupa nama dia.Anak dia telah menolong aku ke Bandar Kuala Terengganu untuk mengeluarkan wang kerana kawasan stadium tidak ada ATM.Terima Kasih banyak.

Ini pula bersama pasukan boling tenpin Kedah ketika Sukma di Terengganu.Dalam foto ni ada Noor Amirah,Tengku Ariff &Afnan dan Mama mereka yang sungguh baik.Lokasi di Diman Superbowl yang terletak dalam Stadium Sultan Mizan.

Ini ketika berada di atas bot kecil atau dipanggil "teksi" oleh penduduk tempatan.Bot yang lebih besar yg kami naik di Jeti Kuala Besut tidak dibenarkan menghampiri Pantai Long Beach di Pulau Perhentian.Jadi terpaksa naik bot ni dengan kadar harga RM2 setiap seorang.

15 June 2009

AKU MENDERITA !!!!11


Bahagian drumstik juga diserang.

Virus Gatal menyerang tangan.Sakit dan gatal .

Salinan Police report mengenai kehilangan dompet.


Tidak tahu macam mana untuk berfikir dan menulis untuk post kali ini.Bunyinya seperti aku patah semangat.Tidak.Bukan patah semangat cuma lemah kerana banyak perkara yang tidak begitu menggembirakan berlaku pada aku dalam tempoh dua tiga hari ni.

Pertama sekali, rancangan aku dgn Azam untuk menetapi dikawasan yang dekat dengan tempat kerja sudah selesai.Selepas penat dan berpeluh-peluh mencari,akhirnya kami jumpa bilik yang dekat dengan Plaza Low Yat,iaitu di Jalan Imbi. Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja ialah lima minit sahaja.Kami menyewa bilik yang mempunyai ruang yang cukup untuk dua orang.Kadar sewa ialah semahal RM350.Sorang perlu bayar RM175.Tak payah bayar deposit.Alhamdulillahllah.

Pada hari Sabtu lepas, dompet duit aku yang telah dicuri.Dalam tu ada kad pengenalan,kad atm Maybank, Student Card USM (tak mungkin aku akan dapat lagi, ahhh tidakkk) dan wang tunai RM300 (jumlah gaji pertama yang aku terima selepas bekerja satu minggu).Macam mana boleh jadi macam tu.Sebenarnya, aku rasa 70% kehilangan dompet tu adalah disebabkan KECUAIAN aku.Aku tertinggal dompet di seat belakang dalam kereta Noor.Aku benar-benar terlupa.Sampai ja dirumah selepas makan malam di Kampung Baru,aku terus masuk dalam rumah dan tidur.Esok pagi Nana guna kereta tu untuk jemput pak cik aku di Puduraya.Selepas bangun dan bersiap untuk pergi ekrja, baru aku sedar pasal dompet yang tertinggal tu.Aku terus call Nana.Dia cakap dia ada kat tingkat tiga dan parking kereta kat Basement 3.Aku mula rasa bimbang.On the way nak pergi parking, Nana call aku dan bagitau dompet aku tak ada dalam kereta.Ha sudah.Sampai kat kereta, aku terus masuk dan cari dompet tu dalam kereta tapi tak ada.

Sebenarnya....
SELEPAS JEMPUT PAK CIK AKU DARI PUDURAYA, NANA DAN MAK TERUS KE PLAZA LOW YAT.NANA DAN MAK AJAK PAK CIK NAIK ATAS TAPI PAK CIK CAKAP NAK TUNGGU MEREKA DALAM KERETA SAHAJA.NANA DAN MAK NAIK ATAS AGAK LAMA.HAMPIR DUA JAM.

PAK CIK CAKAP DIA BORING TUNGGU LAMA SANGAT KAT TEMPAT PARKING.OLEH ITU DIA JUGA TINGGALKAN KERETA TANPA DIKUNCI.TINGKAP BAHAGIAN PENUMPANG BELAKANG JUGA TIDAK BERKUNCI.DIULANGI,DIA TINGGALKAN KERETA MACAM TU SAHAJA SEDANGKAN DIA TAHU DALAM TU ADA BEBERAPA BARANG BERHARGA!!!! TERMASUK DOMPET AKU.BILA PAK CIK BERPATAH BALIK DAN SAMPAI KE KERETA, DIA TERNAMPAK SEORANG LELAKI YG TAK DIKENALI BERADA DALAM KERETA NOOR DAN DUDUK DI BAHAGIAN PEMANDU,PAK CIK BERTANYA BUAT APA?ORG TAK DIKENALI TU MENJAWAB,NAK KUNCI KERETA.KEMUDIAN TERUS KELUAR DARI KERETA NOOR DAN BERJALAN KE ARAH KERETANYA.PAK CIK BIARKAN SAHAJA!!!!!!!.SEBAB KES NI AKU BERGADUH DENGAN NANA.

Aku terpaksa buat laporan polis.Leceh betul semua proses2 itu.

Lepas tu bila pindah masuk rumah baru kat Jalan Imbi tu, aku diserang virus gatl kulit.Mulanya ingat gatal sikit-sikit ja tapi dalam masa 8 jam, beberapa bahagian di kaki, tangan dan perut telah membengkak.Adoiiii,sangat sangat sakit.Aku terpaksa pergi klinik dan disuntik serta diberikan beberapa jenis ubat.Aku menderita betul dengan kesakitan ini.Doktor cakap aku alergik dengan bangunan lama.Kawan -kawan aku cakap,aku terlanggar hantu.Apekahhh.....