20 May 2011

Penyokong Malaysia

Penyokong Kedah atau Hijau Kuning



Penyokong Kelantan-pix Sukan Mania



Penyokong Selangor Penyokong Perak-pix Facebook Perak FA.










Penyokong Negeri Sembilan







Bola sepak tempatan juga mempunyai kelompok peminatnya yang memeriahkan suasana.Pada waktu ini, bola sepak kita (terutamanya pasukan kebangsaan) boleh dikatakan berada pada frasa kebangkitan terutamanya pada peringkat Asia Tenggara.


Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan Sea di Laos pada Disember 2010 dengan menewaskan Vietnam sekaligus menamatkan penantian 20 tahun. Selang setahun pada Disember tahun lalu, kita muncul juara Piala Suzuki AFF dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir.


Jelas, kini Malaysia adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara walaupun dari kedudukan ranking dunia kita masih ketinggalan di belakang Vietnam, Thailand dan Indonesia. Malaysia kini berada pada ranking 143 dunia dan pencapaian terbaik kita ialah berada pada ranking 77 dunia sekitar tahun 1993.


Itu sejarah lama dan tidak pasti adakan Malaysia mampu mengulangi pencapaian itu atau mungkin lebih hebat lagi seperti layak ke pusingan akhir Piala Dunia pasca 2000.


Sebenarnya, penyokong (lebih tepat lagi yang hadir ke stadium setiap kali pasukan mereka beraksi) memainkan peranan besar terhadap psikologi pemain untuk menampilkan aksi terbaik. Hakikat itu dapat dilihat dalam arena bola sepak tempatan ketika ini apabila Kelantan kini menampilkan aksi memukau dalam saingan Liga Super dan Piala FA.


Penyokong pasukan yang digelar The Red Warrior itu membuktikan bahawa mereka mampu menguasai mana- mana stadium di Semenanjung Malaysia jika pasukan mereka beraksi. Kelompok merah ( warna baju yg sering dipakai) akan kelihatan di mana-mana stadium. Itulah kesungguhan mereka. Malah ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Selangor di Stadium Shah Alam minggu lalu, media tempatan melaporkan sebanyak 20,000 penyokong Kelantan berada dalam stadium berbanding 10, 000 penyokong tuan rumah.Sorakan "Go Go Go" secara serentak pula oleh mereka memang memberi semangat luar biasa (saya merasai sendiri pengalaman itu sebanyak tiga kali ketika menyertai mereka menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan)..


Satu lagi situasi menarik yang dapat dilihat ialah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan yang juga naib juara 2009 membuat perhitungan dengan juara bertahan, Negeri Sembilan. SNBJ yang mampu menampung 100 000 penonton itu dikuasai mereka dengan hampir 70 000 tempat duduk berwarna merah...


Baru-baru ini, aku sempat ke Stadium Sultan Mohammad di Kota Bharu untuk menyaksikan Kelantan menentang Kedah ( pasukan yg akan aku sokong sampai mati). Stadium yang berkapasiti 20000 penyokong penuh dengan lautan merah.


Semua ini membuatkan aku merindui suasana 2007 dan 2008 ketikan Kedah menguasai bola sepak tempatan. Itulah suasananya apabila Stadium Darul Aman yang berkapasiti 35 000 penonton sesak dengan warna hijau kuning. Aku harap situasi itu akan kembali.Kami akan kembali dan Kedah tidak akan mengalah.


Selain itu, Selangor juga mempunyai kelompok penyokong yang ramai. Terengganu, Negeri Sembilan dan juga Perak..

1 comment: