
Malam tadi sekitar jam 10 malam, aku habis kerja di Plaza Low Yat.After that, aku dengan Azam terus blah dari Low Yat menuju ke hadapan kawasan lepak budak-budak di depan Maybank Bukit Bintang.Sebelum itu, Yuji ada mesej aku ajak lepak kat situ utk tengok member2 dia main alat muzik kat situ.Disitu juga ada seorang lelaki kerdil yang mengecat dirinya dengan cat berwarna silver dan duduk diatas kerusi serta tidak bergerak, sekaligus menarik perhati orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu.Sesiapa yang inin bergambar dengannya,boleh berbuat demikian.Dihadapannya pula tersedia satu bekas kecil.Tujuannya ialah memudahkan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepadanya ats idea kreatifnya itu. Well bagi aku, oklah dia buat macam tu.Walaupun dia dikurniakan fizikal yang kekurangan, namun otaknya masih berfungsi ,sekurang-kurangnya melakukan sesuatu yang berfaedah untuk dirinya.Dia tidak mencuri dan tidak meminta sedekah dari satu kedai makan ke kedai makan.Selain itu, tindakan lelaki kerdil yang aku tidak pasti taraf kewarganegaraan itu (aku agak dia Warganegara China) telah menambahkan lagi keunikkan Bukit Bintang.Ini kerana ramai pelancong yang berhenti sebentar untuk menangkap gambarnya ataupun sekadar melihat sahaja.Pasti gambar-gambar itu akan dibawa pulang ke negara mereka dan ditunjukkan kepada saudara mara dan rakan-rakan dan seterusnya menimbulkan keinginan untk berkunjung ke Malaysia.
Lelaki kerdil itu tidak seperti seorang lelaki yang mempunyai fizikal normal yang meminta wang dari meja ke meja ketika aku sedang makan di Restoran Warung di Kampung Baru sebentar tadi.Aku agak geram kerana dengan selambanya datang kepada aku dan bertanya"abang, ada seringgit tak? .Lelaki itu tidak cacat.Tapi aku syak dia adalah seorang penagih dadah berdasarkan keadaan fizikalnya.
Sebenarnya aku ingin bercerita pengalaman ketika menonton persembahan budak-budak yang bermain alat muzik tradisional di hadapan Bangunan Maybank itu.Ketika aku bersama kawan aku Yuji sedang berbual-bual dengan mereka, tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan India yang berpakaian agak kemas cuba untuk meramahlkan diri dan sekaligus menyertai perbualan kami.Ya, rakyat Malaysia memang friendly.Namun begitu, rasa pelik mula muncul apabila lelaki itu seolah-olah ingin menjadi sebahagian daripada kami.Aku yg rasa agak pelik terus bertanya samaada mereka sudah lamakah mengenali lelaki itu tetapi mereka kata tidak.Hurm,lantaklah.Lelaki itu seolah-olah tidak sabar untuk melihat kumpulan anak-anak muda itu kembali bermain muzik.
Apabila kumpulan anak muda itu kembali bermain muzik, lelaki itu kelihatan sangat enjoy dan mula menggoyangkan badannya.Then,dia pergi ke bahagian hadapan mereka dan mula menari dengan asyiknya.Pergerakkannya seolah-olah seperti menari tarian klasik India.Orang ramai yang menonton aksi itu mula bersorak dan menepuk tangan.Aku pun ikut layan jugak.Seorang pelancong Arab yang berkepala botak kelihatan tidak senang dengan tindakan lelaki India itu menari.Dia kemudiannya mengeluarkan beberapa keping wang kertas RM10 dan terus mencampakkan ke arah lelaki itu.Tindakan lelaki Arab berkepala botak itu menyebabkan lelaki Arab itu berhenti menari dan berdiri terpaku sahaja.Selang beberapa minit kemudian,lelaki India itu kembali menari dengan riangnya.Lelaki Arab itu masih tidak gembira melihat sikap lelai India itu yang tengah layan dancing seorang diri.Lelaki Arab itu sekali lagi mengeluarkan beberapa keping duit sepuluh ringgit dan sekali lagi mencampakkan ke arah lelaki India itu.Tapi pada kali ini, lelaki India itu mengelakkan dirinya dan wang dicampak itu tidak sempat mengenai tubuhnya seperti kali pertama tadi.Lelaki India itus ekali lagi melarikan diri dan berdiri kaku.Pada masa yang sama, budak-budak yang bermain muzik itu menamatkan persembahan mereka.Lelaki India itu kemudian datang kepada lelaki Arab itu dan kemudian berkata "I like you sir".
Lelaki Arab itu kemudian terus angkat kaki dari satu.Aku dan kawan aku yg berada di situ pelik melihat perangai mereka.
No comments:
Post a Comment