Lega.Tanggungjawab aku sebagai atlet boling USM sempena Karnival Sukan Masum 2009 at my hometown Alor Setar.Tak sangka akhirnya aku dipilih untuk mewakili USM dalam acara boling tenpin walaupun cuma dipanggil pada saat akhir setelah tiga pemain utama yang dipilih telah menarik diri kerana komitmen lain yang lebih penting.Tak kisahlah sebagai second choice, yang penting peluang dan kesempatan yang terbuka untuk aku.Maksudnya, dua cita-cita utama aku di USM dah tercapai.Satu untuk mendapatkan segulung ijazah (insyaallah konvokesyen bulan Ogos ini).Satu lagi untuk mewakili USM dalam acara boling tenpin untuk Sukan Masum.Alhamdulillah, dah tercapai.
Ya, aku akui bahawa sesungguhnya aku bukanlah seorang pemain boling yang hebat seperti Remy Ong, Tim Mack, Zulmazran Zulkifli atau Jason Belmonte.Sesungguhnya masih terlalu jauh untuk menjadi seperti mereka.Yang ada cuma keyakinan diri sahaja.Oleh itu,aku (dan mungkin juga pemain-pemain boling USM yang lain)amat memerlukan seseorang yang tahu asas bermain boling yang betul.Walau bagaimanapun,aku SANGAT KECEWA dengan Unit Sukan USM yang menggaji seseorang yang entah apa-apa.Aku sangat pasti jurulatih hanjingg itu bukanlah somebody dalam dunia boling tanah air.Kenapakah Unit Sukan begitu bebal dalam hal ini.
Secara keseluruhannya,team boling tenpin USM berhasil memungut dua butir pingat gangsa menerusi Nor Hidayah Nurdin atau Yaya.Yaya meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan wanita selepas melakukan 201,189, 211,159,187 dan 224 untuk jumlah keseluruhan 1,136 pin.Yaya juga berjaya meraih sebutir lagi pingat gangsa menerusi acara all events serta melayakkan diri ke acara master.Yang lain semua hanyut.Kami terpaksa akui bahawa universiti lain lebih hebat. UiTM diwakili oleh Mohd Noer Said (represented Malaysia for 19th Asian Bowling Championship at Jakarta 2006,ex Malaysia elite team member, a few gold medal from SUKMA),Sufri Hassan Mindar (represented Malaysia for Asian University Games last year),Mohd Ozir (2008 SUKMA Bronze Team Medalist). UPM pula ada Zaid Izlan (pernah mewakili Malaysia ke Kejohanan Remaja Dunia di Jerman dan Naib Juara Terbuka Malaysia).UTM pula ada Fahmi Bahri (National Champion).Jadi peluang untuk team lelaki USM yang terdiri daripada Ajai, Epol,Rosdi dan aku untuk menang memang berada dalam keadaan yang sangat sukar.Bukan kami yakin kepada kemampuan diri, tetapi kami kena sedar tentang jurang yang agak besar yang wujud diantara dengan pemain-pemain lain terutama daripada UPM,UITM,UIAM,dan juga UTM.
Namun begitu, kami ada mensasarkan untuk menang sebutir pingat gangsa dalam acara berpasukan lelaki.Tahun lalu,pasukan lelaki menduduki tempat keempat.Walaubagaimanapun, pada malam sebelum acara berpasukan lelaki diadakan, kami berhadapan dengan masalah dalaman.Ini kerana jurulatih bercadang untuk menghantar pasukan wanita balik ke USM secepat mungkin sebaik sahaja mereka menamatkan acara berpasukan wanita.Rancangan coach itu nyata tidak disenangi oleh pemain wanita kerana mereka mahu terus berada di Kedah memandangkan seorang player iaitu Yaya telah memastikan tempatnya untuk acara Master.Mereka mahu berada disitu untuk menyokong Yaya.Perbincangan kami pada malam itu di homestay memang agak tegang.Sebenarnya semua pemain tidak berpuas hati dengan jurulatih itu termasuk aku.Bagi kami,dia adalah seorang yang sangat tidak berguna itu....
#akan bersambung...

No comments:
Post a Comment