07 October 2010

Pengorbanan, Bowling dan Terima Kasih Zaim

Demi rasa kecintaan yang mendalam terhadap sesuatu perkara, kita sanggup melakukan apa sahaja, biarpun kadang-kadang memang ada risiko.Itulah yang sedang aku lakukan ketika ini.
Aku kini sudah memulakan langkah demi mencapai cita-cita aku untuk bertanding dalam pertandingan bowling di peringkat antarabangsa iaitu dengan menjadikan Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Thailand yang akan diadakan pada April 2011 sebagai permulaan.

Dua hari lepas, aku telah membelanjakan jumlah yang agak banyak untuk mendapatkan kelengkapan boling baru merangkumi bagasi untuk mengisi dua biji bola, sebiji bola baru dan kasut.Ini kerana bola yang aku telah gunakan sejak tahun 2006 sudah tidak begitu bagus fungsinya. Harganya? Biarlah rahsia kerana "banyak juga".Tapi untuk minat dan mahukan sesuatu!,Aku kena buat pelaburan.

Kenapa minat sangat boling? Semuanya ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ke-16 pada 1998.Ketika itu, aku hanya berusia 12 tahun. Siaran langsung untuk acara boling tenpin disiarkan setiap hari di kaca televisyen yang mana menyaksikan empat pemain negara iaitu Kenny Ang, Ben Heng, Shalin Zulkifli dan Lai Kin Ngoh menyumbang 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa untuk kontinjen negara. Aku terpesona melihat apa itu boling dan mula menanam impian untuk menceburi diri secara aktif.

Bagaimanapun, impian itu sukar dilaksanakan ketika itu kerana keadaan ekonomi keluarga. Ya, aku tak malu untuk mengakui hakikat itu. Ketika itu, masih ada kakak dan adik-adik aku yangs edang bersekolah , di tambah pula dengan status mak yang tak bekerja. Jadi, kena pentingkan apa yang penting dahulu. Walau bagaimanapun, aku mula bermain boling buat kali pertama dalam hidup aku ialah pada November 1999 di Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar. Wlaupon hanya bermain satu permainan, jatuhan 93 pin itu sudah cukup menggembirakan aku. Sejak itu, aku akan bermain boling bila ada kelapangan dan juga DUIT!. Ya, itulah kombinasinya, kalau ada amsa tapi tidak ada duit pun tak guna juga. =p.

Pada 2005, ketika di tingkatan enam atas, aku pernah menyertai pemilihan untuk mewakili sekolah. Kalau tidak salah aku, 10 orang telah menghadiri pemilihan itu dan hanya empat terbaik yang akan dipilih. Aku menduduki tempat keempat dan terpilih. Rasa gembira juga pada masa itu. Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak lama apabila keesokkan harinya guru yang menguruskan kelab boling sekolah memanggil aku. Katanya, aku tidak layak untuk mewakili sekolah kerana melebihi had umur! Hah..What the....Mengikut peraturan, hanya peserta berumur 18 tahun ke bawah sahaja yang dibenarkan bertanding dan tahun 2005 bermaksud aku berumur 19 tahun.Atau dalam lain2 perkataan, pertandingan itu hanya untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Di situ aku terpaksa terima hakikat bahawa aku sudah tua.=p.Rasa kecewa memang ada tapi apakan daya.

Kehidupan diteruskan sehinggalah aku bergelar pelajar di Universiti Sains Malaysia. Hari pertama melangkah masuk ke situ, aku tanam dua pokok cita-cita yang harus dicapai dalam tempoh tiga tahun.Pertama berjaya mendapatkan segulung ijazah komunikasi (kewartawanan).Kedua, mewakili universiti pada Kejohanan Sukan Universiti Malaysia (Masum).Syukur alhamdulillah, kedua-duanya berjaya aku capai. Terima Kasih Allah SWT.

Pada tahun pertama di USM, aku diberikan peluang untuk bermain liga mewakili universiti, bertanding menentang trio-trio dari sekitar Pulau Pinang. Satu peluang yang baik walaupun aku bermain dengan begitu buruk sekali. Apa yang aku ingat, trio aku bersama dua orang lagi pemain, hanya menamatkan saingan di tangga ke 39-daripada 40 pasukan yang bertanding. Nah!=p. Pengalaman bermain liga itu juga sebenarnya ada cerita sukarnya. Masih ingat lagi, ketika penghujung semester semakin hampir, ber,maksud wang sudah tidak banyak. Satu malam, games berakhir pada pukul 11 malam dan perkhidmatan bas terakhir ialah pada pukul 10.30 malam untuk balik ke kampus.

Kami bermain di pusat boling paling azab di dunia iaitu di Kompleks Bukit Jambul yang mana jaraknya untuk balik ke USM sekitar 4 kilometer. Wang yang aku ada cuma 40 sen sahaja kerana keesokkan harinya barulah kakak aku akan bank in sedikit belanja.Lalalala. Dengan wang "sebanyak itu" aku call kawan aku untuk meminta tolong mengambil aku . Bagaimanapun pon panggilan tidak di jawab. Seorang lagi aku call, dimengatakan bahawa sudah balik rumah di Kulim dan agak tidak masuk akal untuk berpatah balik ke USM semata2 untuk hantar aku pulang ke hostel.Akhirnya dengan baki yang ada, aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki balik ke kampus membawa bersama dua biji bola 15 lb.Pada masa itu, aku tidak ada bagasi lagi hanya ada beg galas sahaja. Lalalalalala. Sepanjang perjalanan, aku berjanji tidak akan bermain bowling lagi.Sungguh! Penatnya memang rasa nak m.=p.
Bagaimanapun, semua itu hanya sementara apabila aku terpilih mewakili desasgiswa Fajar Harapan untuk sukan antara kolej.Aku bermain selama dua tahun berturut-turut sebelum gagal pada tahun ketiga.=p

Pada tahun terakhir, sampai pada satu peringkat, aku seolah2 dapat merasakan bahawa cita-cita aku untuk bermain boling di Masum seolah2 bakal terkubur. Saingan memang mencabar, ada beberapa player yang sudah ada pengalaman main masum...So, apa yg nak harap lagi kan...Tapi nak mengalah mcm tu saja pon tak boleh gak..kena lawan la..dan selepas "mengharungi cabaran yang maha dasyat"alhamdulillah aku berjaya terpilih bersama kontroversi besar.Haha.

Sebenarnya, aku jadi bersemangat nak main bowling ni pon sebab persekitaran tempat kerja sekarang.Walaupun mereka wartawan dan jurugambar but some of them have reputation and class. Mereka lebih berumur dari aku tapi pencapaian dan apa yg mereka lakukan itu memang aku kagumi.

1) Metra Syahril Mohamed-sudah lapan tahun kerja di Utusan Malaysia. Yang menarik pasal mamat ni, dia merupakan 27 calon akhir Angkasawan Pertama Negara...Bayangkan daripada 12 000 yang pohon, dia sampai peringkat top 27. Walaupun gagal, namun syarikat hantar dia buat liputan di Moscow masa Sheikh Muzaffar nak terbang ke Angkasa.

2) Saiful Haizanm- Baru saja balik dari ekpidisi bermotor ke London dari Bangi...

3) Mohd Noor Amin-Jurugambar yang mencatat sejarah mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam masa 111 hari.
Akan di update.

No comments:

Post a Comment